CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada pihak cuba laga-lagakan saya dengan Ella - Shima

15-4-2025 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1029| Komen: 20|Original author: tatod

1000015801.jpg



KUALA LUMPUR: Pernah dituduh bermusuh dengan Ratu Rock, Ella ketika awal pembabitan dalam bidang seni, Shima mendakwa isu itu tercetus disebabkan ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka.


Shima atau nama sebenar, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 56, berkata biarpun pernah menganggotai kumpulan yang sama dengan Ella, iaitu The Boys, mereka tidak sepatutnya dibandingkan kerana masing-masing ada kelebihan sendiri.


"Kami datang daripada kumpulan sama iaitu The Boys. Ella lebih dahulu sertai The Boys. Selepas Ella keluar, saya pula masuk.


"Jadi, sudah tentu ada pihak yang banding dan laga-lagakan kami. Bagi saya, senang sahaja. Ella ada suara tersendiri dan saya dengan suara saya. Bakat masing-masing berbeza dan genre muzik saya ketika bersama The Boys lebih kepada hard rock," katanya pada sesi podcast Borak Harini terbitan Berita Harian (BH) yang disiarkan.


1000015799.jpg


Mengimbau saat dia menyertai kumpulan The Boys, Shima yang popular dengan lagu Teringin berkata, semuaya berlaku tanpa dirancang.


"Suatu hari, saya, adik dan rakan-rakan dapat tahu The Boys buat persembahan di sebuah kelab di Klang. Kami pun pergilah untuk melihat mereka. Ketika itu, The Boys ada dua penyanyi wanita. Ella tiada sebab sudah keluar dari kumpulan itu.


"Hendak dijadikan cerita, adik saya minta saya menyanyi dan Lord Lokman (gitaris The Boys) ajak saya naik pentas. Lagu pertama saya dengan mereka adalah The Power Of Love dipopularkan Jennifer Rush.


"Selepas itu, Lord tawarkan saya untuk menyanyi dengan The Boys. Kebetulan, salah seorang penyanyi mereka hendak berhenti sebab mahu berkahwin. Jadi, saya pun jadilah pengganti. Kiranya ini adalah rezeki saya," katanya.


1000015803.jpg


Shima memberitahu peluang untuk menjadi artis rakaman terbuka luas selepas bakat mereka dikesan Pengurus Artis & Repertoire (A&R), CBS Records ketika itu, iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.


"Selepas sertai The Boys, kami rondalah dari satu kelab ke satu kelab dan bermain di kelab malam serta disko.


"Saya ingat lagi ketika itu, arwah Adnan Dayang dan tengok kami menyanyi. Dari situlah kami dapat tawaran untuk jadi artis mereka dan bermulalah Shima & The Boys," katanya yang mendapat mendapat pendedahan awal dalam bidang nyanyian menerusi kumpulan koir d sekolah.


1000015802.jpg


Sementara itu, menjawab dakwaan membuat pembedahan plastik demi cantik, Shima pantas menyangkal.


"Saya tidak pernah buat apa-apa pembedahan pada muka. Saya takut soal bedah-bedah ni. Apa yang saya buat hanyalah rawatan pada wajah, bukannya pembedahan.


"Saya bukannya jenis artis yang hipokrit dan terus terang, saya buat rawatan estetik pada wajah di sebuah klinik di Kepong. Saya buat rawatan yang ditaja sepenuhnya.


"Sebelum ini, saya tidak pernah buat apa-apa pada wajah. Apabila usia sudah menginjak 56 tahun dan kebetuan saya nak buat 'comeback', jadi saya terima tawaran mereka," katanya.- BH ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 15-4-2025 01:55 PM
dan kaka el sebenarnya lebih bijak ...membuat keputusan bijak dan bernasib baik.
Quote prince_marhaen 15-4-2025 02:26 PM
meols rasa macam dejavu pulak rasa macam Baby Shima nanti jadi macam sheols... sheols muda2 dulu ligat jugak kannn...
Quote Tutul 15-4-2025 05:30 PM
msg2 ad aura tersndiri.. klu d bndingkn ella dgn shima, shima lbh cntik dn comel ketika tu.. tp aura ella dr dlu energetic smpi skg sume lgu dy jd hits.
Quote Tutul 15-4-2025 05:30 PM
msg2 ad aura tersndiri.. klu d bndingkn ella dgn shima, shima lbh cntik dn comel ketika tu.. tp aura ella dr dlu energetic smpi skg sume lgu dy jd hits.
Quote bintangct 15-4-2025 06:07 PM
gomak sungguh aihh dua2 dlm majalah lama tu hahahha
apa² pun iols rasa ella lebih power yeahhh
Quote Burong_Hantuk 15-4-2025 06:56 PM
Acik shima 0 -Ella 1000
Quote sleepandream 15-4-2025 08:41 PM
dolu2 gambar dekat tangga gitu pon jadi yach
Quote straycat 15-4-2025 08:47 PM
Omeynya Achik Ella.
Quote acikonion 15-4-2025 11:12 PM
Omey Ella.. Mmg nampak manjahh..
Quote netto_ 15-4-2025 11:21 PM
Lawonya acik ella. Dr mudo sampai tuo skg lawa lah. Introvert la tapi acik el ni
Quote IzzahF 16-4-2025 08:44 AM
aiols pikirkan dorang bergaduh zaman skrg..cehh citer lama
Quote ashilalat 16-4-2025 06:07 PM
*Shima pernah menang Vokal Terbaik AIM 1 pada tahun 1993.
*Ella tak pernah menang Vokal Terbaik AIM

*Shima pernah menang Tempat Ke 2 AJL 1991 dan Persembahan Terbaik AJL 1991
*Ella tak pernah menang apa-apa anugerah AJL

*Shima pernah menang Lagu Solo Terbaik Pujaan 10 Nescaffe 1993 melalui lagu Teringin
*Ella tak pernah menang apa apa di Pujaan 10 Nescaffe

*Shima pernah 4x layak ke AJL - Setelah Aku Kau Miliki, Teringin, Apa Ku Rasa, Aku Tetap Aku
*Ella hanya 2x layak ke AJL - Sepi Sekuntum Mawar Merah, Simbiosis

*Ella pernah menang Penyanyi Wanita Popular di ABPBH 1993
*Shima tak pernah menang apa apa anugerah di ABPBH

*Shima ada 1 album bersama The Boys, 8 album solo, 4 album kompilasi, 1 album runut bunyi
*Ella ada 10 album solo

*Shima berlakon dalam 4 filem
*Ella berlakon dalam 3 filem

p/s - sebenarnya pencapaian Shima lebih baik dari Ella di zaman kemuncaknya. Tp dah tertulis nasib Ella lebih baik dan kerjaya Ella lebih stabil dalam mempertahankan karier nyanyian. Kerjaya Ella diurus dengan baik oleh org sekeliling walaupon Ella masa kini struggle utk dptkan lagu hits, senasib dengan penyanyi² senior lain.
Quote noell 16-4-2025 08:10 PM
ashilalat replied at 16-4-2025 06:07 PM
*Shima pernah menang Vokal Terbaik AIM 1 pada tahun 1993.
*Ella tak pernah menang Vokal Terbaik AIM
...

salah satu album solo acik shima adalah album english penuh cover album rambot maggi mee
Quote Minami2013 16-4-2025 08:38 PM
Ella ni plg meols ingat lagu standing in the eyes of the world..

Masa zaman ella popular, meols rase non malay pun pegi tgk konsert dia. Shima pulak meols tak ingat selain lagu teringin. Tapi suara dua2 ni nak sama jugak la. Cuma ella ade serak2 yg buat lagi best.
Quote ashilalat 16-4-2025 09:05 PM
noell replied at 16-4-2025 08:10 PM
salah satu album solo acik shima adalah album english penuh cover album rambot maggi mee

Betol...album penuh english tajuk More Than Your Girl. Acik Shima lebih advance ya dari acik ella. Acik ella pon takat rakam album di USA jah, tp album omputih nan hado.

Tak ramai ye artis melayu/penyanyi main stream nyanyi melayu tp ada album penuh english. Acik shima la salah satu yg ada album penuh english selain Tok Pah, Siti, Ning, Jaclyn.
Quote sleepandream 17-4-2025 05:01 PM
ashilalat replied at 16-4-2025 06:07 PM
*Shima pernah menang Vokal Terbaik AIM 1 pada tahun 1993.
*Ella tak pernah menang Vokal Terbaik AIM
...

wow chuols dejavu pulak bila baca fakta2 begini... adakah chuols tokpitput
Quote JunkMail 17-4-2025 08:16 PM
Punya banyak album acik Shima tapi aku tau lagi teringin je. Lagu lain kena pendam ke
Quote September14 17-4-2025 09:27 PM
Pnynyi dulu2 cantik2 glemer2, x mcm pnynyi skg sedih jer mcm xde aura
Quote tuntasha 17-4-2025 09:35 PM
acik Ella ada pengurus yg teliti. macam Misha Omar dijaga baik walaupun dorang adik beradik

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.122006 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top