CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri pakai niqab, Syukri Yahya tutup mata Tya Adnan bila upload gambar

15-4-2025 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7296| Komen: 102|Original author: Raline

mty.PNG


Hadir menemani suami, kemunculan isteri pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan mencuri tumpuan ramai.

Mengenakan jubah hitam lengkap berniqab, ramai memuji penampilan Tya ketika hadir ke tayangan perdana filem Blood Brother: Bara Jiwa pada Isnin lalu.

Malah tidak kurang meluahkan rasa kagum dengan perubahan Tya selepas wanita itu memilih mengubah penampilannya dengan memakai niqab sejak Februari tahun lalu



Peminat turut memuji Shukri yang memuat naik gambar isterinya di Instagram dengan meletakkan sticker bagi menutup mata Tya.

Pun begitu, ramai tetap memuji seri wajah Tya sebagai wanita muslimah sejati.

"Kagum betul dengan penghijrahan Tya. Bertutup litup masih nampak cantik dan auranya. Semoga pasangan ini kekal bahagia.

"Walau bertutup litup, semuanya hitam, mata pun tertutup tapi bila tengok nampak cantik. Tak tahu nak jelaskan bagaimana.

"Luar biasa. Tak semua suami hebat didik isteri jadi solehah bidadari syurga," komen peminat.



Shukri berkongsi gambar mereka bersama di Instagram miliknya ketika menghadiri acara berkenaan yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.

Selain isteri, Shukri juga ditemani oleh ibunya.

"Satu yang lahirkan aku dan satu yang lengkapkan aku. Terima kasih Mak dan isteri," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sebelum ini Shukri pernah pernah berkongsi tentang perubahan isterinya itu selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah tahun lalu.



Tentang filem Blood Brother: Bara Jiwa, Shukri memegang watak sebagai Fadlan yang mempunyai kisah tersendiri.

Filem berkenaan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.



Selain Shukri, pelakon lain yang turut terlibat adalah Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifli, Andy Teh, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham.

Ia mula ditayangkan pada 10 April.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicmushroomkd 11-4-2025 05:06 PM


uish....speechless. sampai mcm tu sekali ya
Quote red_velvet 11-4-2025 05:09 PM
Edited by red_velvet at 11-4-2025 05:16 PM

Kenapa pulak nak kena tutup mata? Mata tu  bukan aurat.. Dah berkelubung longgar  semua, pakej pakai niqab ni mata pulak nk di tutup? Fine, klu betul nak tutup dah boleh pakai burqa pulak lepas ni. Tapi post utk bulan bintang tu boleh pulak nmpk mata eh... Aaa konpiyus ahhh
Quote doubleA 11-4-2025 05:41 PM
Extreme punya hijrah. Bini saharul ridwan tu sopan tudung labuh jugak tapi takla sampai mata bertutup segala
Quote apedehal 11-4-2025 05:43 PM
Motip...bek tayah tunjuk lnsung
Quote apedehal 11-4-2025 05:45 PM
Btw...bini dah berhijrah cemni..hrp syuk pun berubah juga da tak menggatal lg la ye
Quote bankerpencen 11-4-2025 05:57 PM
Tapi toklakinya masihlah dalam dunia seni ittew…
Quote sukacactus 11-4-2025 10:22 PM
Overnyaaaa...
Quote hanamunir 12-4-2025 12:21 AM
maybe ttup sebab ada makeup mata, kadang ada orang ckp pkai niqab pun makeup kerr
Quote immortallez 12-4-2025 12:33 AM
Semuga Istiqamah. Jangan nanti makin lama makin pendek & kecik niqab nya, dan tudung pulak sedikit demi sedikit makin singkat
Quote sharlenetexas 12-4-2025 12:47 AM
Melampau overnyah.


Quote slyfynx 12-4-2025 01:51 AM
Kalau gitu, x yah je la upload.
Adui la.
Nk jgk upload and cover sbb nk tunjuk kat orang ramai yang "aku ni orang baik2"
Quote kikyou 12-4-2025 02:00 AM
Hurmmm kan aje la ekk
Quote L.U.S.M 12-4-2025 12:10 PM
Klu xbuat benda2 pelik out of norms nnt xmasuk news plak khenssss
Quote MatDeghem 12-4-2025 12:21 PM
Buat muka ...tak menjadi ke?
Quote Shahman86 12-4-2025 08:37 PM
MatDeghem replied at 12-4-2025 12:21 PM
Buat muka ...tak menjadi ke?

Yes i pon rasa mcm tu...mungkin dia dh buat sesuatu kat muka dia
Quote cmf_premierleag 12-4-2025 08:51 PM
Komen aku:
1. Overnye smpi kene tutup mata bagai...bini ko tu SCAMMER ke dik??
2. Aku takkan tengok film brothers apa lancau ni walau ada sapik kyle, sbb ada nanas gengster dan shukri yahya yg belakon acah2 mcm bagos..kowser nk tgk jantan lembut acah2 gengster belakon
Quote selipar_hijau 12-4-2025 08:53 PM
overnyaaa
kuat btol pengaruh arab kt malaysia skrg ni
Quote Minami2013 12-4-2025 08:58 PM
Syukri yahya ni muka dia ada vibe rosyam nor

Kalo berlakon cerita jadi lelaki gataiiii mesti menjadi.
Quote babycc 12-4-2025 11:01 PM
cmf_premierleag replied at 12-4-2025 08:51 PM
Komen aku:
1. Overnye smpi kene tutup mata bagai...bini ko tu SCAMMER ke dik??
2. Aku takkan tengok  ...

betul.. aku x nak tgk sebab ada nanas tu jugak.. aku x suka dia

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.045353 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top