CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami hadiahkan kain kafan siap ikat reben untuk Noorkhiriah

15-4-2025 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1241| Komen: 27|Original author: Raline

ri.PNG


Sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-47, pelakon Noorkhiriah menerima hadiah 'istimewa' pemberian suaminya sendiri.

Terkejut dengan pemberian itu, Khiriah atau Nookhiriah Ahmad Shapie tidak menyangka suaminya iaitu Azfaizul Ahtan memberikan satu set kain kafan.

Malah dia juga sangat terkejut apabila hadiah berkenaan diletakkan pada tempat duduk belakang keretanya.



"Saya nak pergi shooting, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.

"Siap dengan riben. Saya terima," katanya.

Khiriah berkongsi perkara tersebut dalam satu video reaksi menerima hadiah berkenaan yang dimuat naik di Instagram milliknya pada Jumaat.



Membalas komen pengikut di sosial media, pelakon ini memberitahu dia tidak sedar akan tindakan suaminya itu.

"Tak hilang berderau sampai sekarang. Bila masa dia buat pun tak tahu," ujarnya.

Bagi Khiriah meskipun hadiah tersebut bukan seperti kebiasaan, ia sebagai satu tanda untuk memperingat hari kematian.

Secara berseloroh dia juga memberitahu pemberian itu bagaikan kebetulan kerana dia akan menjalani penggambaran di kawasan perkuburan.



Khiriah juga menjalankan kerja amal pengurusan jenazah.

"Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini shooting di kubur.

"Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian," ujarnya.

Untuk rekod Khirah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul pada 2006 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 15-4-2025 06:53 PM
laki hang mintak hang mati cepat sbb bulih dia menikah lain
Quote Joysparta 15-4-2025 07:14 PM
hokeypokey replied at 15-4-2025 06:53 PM
laki hang mintak hang mati cepat sbb bulih dia menikah lain

Kann. Lelaki mmg cpt move on.
Quote zuriey 15-4-2025 07:41 PM
Bodo punya jantan..nak ingatkan kematian pun tak pyh la bg kain kapan..
Quote stania83 15-4-2025 07:47 PM
Khiriahh tu sebaikkk manusia..of coz dia ingat mati entah entah dia dah beli pon set kain kapan. Adoii suami dia asperger kee tak faham social cue
Quote acikonion 15-4-2025 11:24 PM
Kalau ye pun... Bg la benda lain...
Quote kepompong 16-4-2025 08:09 AM
Hadiah tu utk kegunaan org yg bagi  
Quote Samerosie 16-4-2025 08:38 AM
Terpaling kapan.  Kau bayar khairat kematian tu dah compon termasuk kain kapan.  Ke nak sawit2 gak pakai yg bae kasi?
Quote nuralisa 16-4-2025 10:26 AM
laki dia beli kat tiktok la tu...
Quote tipah89 16-4-2025 10:31 AM
xsweet langsung, mcm bodo je... ntah2 laki dia kiok dulu
Quote hokeypokey 16-4-2025 01:57 PM
Joysparta replied at 15-4-2025 07:14 PM
Kann. Lelaki mmg cpt move on.

kalau laki aku bagi aku kain kapan buat hadiah birthday, aku hadiahkan kek kapur barus utk birthday dia.. kihkihkihkihkih
Quote adeqbun 16-4-2025 01:59 PM
Mengingati kematian bkn dgn bg kain kapan...bagi la telekung atau ajak p umrah...dh mmg x sbr sgt ke nak kapankan bini sndri
Quote Lampuled 16-4-2025 02:49 PM
Balas lerr pemberian dia dgn sebiji batu nisan terukir indah namanye disitu dgn ikatan reben. Baru sama² sweet.
Quote KakRumiMenari 16-4-2025 02:54 PM
Hahahaha i terhibur dgn komen2 acik por... selayaknya dikomen begitu
Quote arffa 16-4-2025 03:15 PM
kalau aku sentap, on my special day jangan spoil kan la. tak bagi hadiah mahal pun dapat chocolate cadburry pun aku suka dah sebab my favourite. nak ingat kematian baik bagi hadiah yang boleh dia beribadah menambahkan amal sebelum kematian. bagi Alquran ke, telekung ke, sejadah ke. serius la lelaki yang tak reti konsep special day tu.
Quote Cerminputih 16-4-2025 03:58 PM
ntah hapa2 hadiah
Quote mawarberbisa 16-4-2025 06:42 PM
content je ni
Quote gideoncross 17-4-2025 01:17 AM
adeqbun replied at 16-4-2025 01:59 PM
Mengingati kematian bkn dgn bg kain kapan...bagi la telekung atau ajak p umrah...dh mmg x sbr sgt ke ...

Dh ada calon baru lh tu dlm diam
Quote Zeelalala 17-4-2025 01:57 AM
Kokye pun...sampainya hati hadiahkan kain kapan. Nanti bday suami, bagi kain kapan juga ye khiriah
Quote sangbara2020 17-4-2025 08:44 AM
beli kat kak cong tu ke

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.047881 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top