CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Red sewa bilik tak ada tandas, nak mandi berak kencing di R&R

14-4-2025 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3359| Komen: 43|Original author: Raline

RD.PNG

Berdepan dengan masalah kewangan, usahawan Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red terpaksa tinggal di sebuah bilik di Sungai Buloh yang tiada tandas.

Jelas Red, 47, setiap kali mahu membawa anak-anak pulang ke rumah pada hujung minggu, dia akan bawa mereka singgah di mana-mana tandas berdekatan sebelum tiba di tempat tinggalnya.



“Tempat tinggal saya sekarang di bilik yang tiada tandas. Kadang-kadang hujung minggu saya bawa anak saya tetapi sebelum sampai saya akan singgah mana-mana tandas.

Bilik itu awalnya nak buat pejabat, ada penghawa dingin dan berharga RM250 sebulan. Tetapi saya tidak tahu pula tiada tandas.

“Namun, sebab dah terambil, saya teruskan sahajalah, “katanya dalam sebuah audio siar.



Bekas suami kepada penyanyi Adira itu turut memaklumkan bahawa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) adalah tempat dimana dia membersihkan diri.

“R&R mana je memang dah kenal saya. Pengawal keselamatan, tukang cuci dan pemandu lori kebanyakan semua dah kenal saya.

“Tidur pun dalam kereta saya okey, dah biasa.

Saya mandi pun di R&R, di situlah tempat saya buat siaran langsung TikTok,” ujarnya lagi.



Dalam audio siar tersebut, Red mengakui berada dalam fasa berjimat cermat dan masih berusaha bangkit untuk melangsaikan hutang yang mencecah RM7 juta.

Sebelum ini, dia sanggup berniaga kecil-kecilan dan sudah melangsaikan bayaran sebanyak RM30,000.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 11-4-2025 05:34 PM
oo ini kah sebab maka
tak jadi balik dgn ex yg muda?
betul la tu
no money no honey
Quote bankerpencen 11-4-2025 05:41 PM
Jap kiranya nak kitorang kesiankan kau ke macam mana tu?
Quote anggeriklatifah 11-4-2025 05:45 PM
Yelaaa tu tokk red
Ingat aku nak percayaa
Ni semua nak gift kat tiktok je suruh org simpati
Podaahh
Quote asfaz 11-4-2025 07:05 PM
igt nak kesian ke? Lebih kesian kat mangsa kau. Kau berak bawah jambatan pun tak kisah
Quote shida81 11-4-2025 08:38 PM
Sorry x kesian.. Padan la muka ko
Adira baik ko lari dr tanggung biawak
Quote Kuin-Kepam 11-4-2025 08:41 PM
7 juta hutang..ni la org ckp tu..

hutang sampai tinggal spender.
Quote mrsLucky 11-4-2025 08:42 PM
mungkin dia jadi begini kerana doa orang yang dia pernah scam?
sampai jatuh terduduk...
Quote sharlenetexas 12-4-2025 01:03 AM
Meminta simpati?


Quote slyfynx 12-4-2025 01:49 AM
Ayat2 begini adelah modal utnuk dapat duit semasa LIVE TikTok.
Yang tukang bgi gift tu kadang2 nk bg anak sendiri makan pun bercatu.
Tp demi seekor "retis", sanggup kuar duit untuk bali gift dengan coins
Quote jejaka_hensem 12-4-2025 03:23 AM
slyfynx replied at 12-4-2025 01:49 AM
Ayat2 begini adelah modal utnuk dapat duit semasa LIVE TikTok.
Yang tukang bgi gift tu kadang2 nk bg ...

Itu semua saham akhirat
Quote immortallez 12-4-2025 07:14 AM
So? Nak suruh netizen sedekah gifts banyak2 kat kau ke time Live? Netizen Malaysia memang pemurah. Artis yg kaya raya pun diaorang rajin bagi gifs mahal2.
Allah nak tukar takdir kau sekelip mata je macam flip duit syiling. Gi la cari keje tetap. Buat malu anak2 je mengemis simpati kat public macam ni.  lepas ni kalau kawin mesti sebab nak bini tanggung kan. Elok la kau menduda sampai tua
Quote DukunSentet 12-4-2025 07:23 AM
Anak ko semua 11 orang kan dari 2 bini..so nafkah diorang camna..semuanya terletak/digalas pada your ex bini ke??? Tanya jer sebab nak kepoh..
Quote 8Queen8 12-4-2025 07:30 AM
DukunSentet replied at 12-4-2025 07:23 AM
Anak ko semua 11 orang kan dari 2 bini..so nafkah diorang camna..semuanya terletak/digalas pada your ...

X Bini tiga orang. Isteri pertama waktu bersama dia sebelum dia kaya. Tak tau berapa anak dengan isteri pertama.
Quote BlackpingU 12-4-2025 07:45 AM
Terpaksalah mengemis simpati....nanti senang masa Live tololwers B40 bagi gifts
Quote L.U.S.M 12-4-2025 07:46 AM
Dulu xpndi main TikTok..dh pandai main still xbyr2 hutang pun..nmpk sgt propa
Quote tidak_kelihatan 12-4-2025 07:47 AM
Doa mangsa2 kau dah dimakbulkan Allah.

Jgn risau, kami bersama mereka
Quote Kangkung1M 12-4-2025 10:20 AM
Edited by Kangkung1M at 11-4-2025 10:29 PM

Ada satu komentar netizen dalam video TikTok di bawah yang boleh kita buat renungan.

@Muzamal Mus: nak derma perlu pada org yg betul, jika tidak ia hanyalah sekadar pemberian yg akan dipersoalkan dikemudian hari.

[TikTok]7187973763382742299[/TikTok]
Quote Piramida 12-4-2025 10:57 AM
Oklah tu...dulu kan pernah kaya raya mewah.
Merasalah so lepas ni perangai tu lebih baik.
Quote prince_marhaen 14-4-2025 10:33 AM
Pastu? Sesuailah dengan muka kau kaki buRed tu...muka gelandangan...baru padan muka ngan status.... masa ada duit kelek betina sana sini, hanis kemut pun jadi... tipu duit orang sana sini...lepas ni kalau ada yang kesian lgi tak tahu lah memang bodo ye...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051164 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top