CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Empat selebriti bahagia dengan pucuk muda

14-4-2025 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 422| Komen: 1|Original author: tatod


1000014831.jpg



FILEM A Family Affair dibintangi Nicole Kidman dan Zac Efron telah mencetuskan perdebatan mengenai isu percintaan antara wanita berusia dengan lelaki muda.

Generasi sekarang sebenarnya lebih terbuka mengenai perkara ini. Ramai beranggapan, hal wanita bercinta dengan lelaki muda ini tidak sepatutnya dijadikan isu.

Malah, berbeza 20 tahun dahulu, situasi wanita bercinta dengan lelaki muda sekarang ini ibarat satu kebiasaan dan bukan menjadi perkara yang perlu dirahsiakan.

Malah, ramai selebriti Hollywood sekarang ini terbuka berkongsi kepada umum mengenai percintaan mereka dengan lelaki yang jauh lebih muda. Berikut adalah empat selebriti berkenaan.

1000014832.jpg



HEIDI KLUM

PERTEMUAN pertama peragawati terkenal dunia ini dengan kekasihnya, Tom Kaulitz, 34, adalah menerusi majlis hari jadi rakan mereka yang diadakan pada tahun 2018.

Perbezaan usia antara mereka adalah 17 tahun. Namun hubungan mereka terus berpaut sehinggalah Kaulitz menyuarakan hasrat untuk mengikat Klum sebagai tunangnya pada tahun yang sama. Hubungan mereka mendapat restu anak-anak Klum. Setahun kemudian mereka sah bergelar suami isteri.

1000014833.jpg


TILDA SWINTON

Pelakon berusia 63 tahun ini bertemu kekasihnya, Sandro Kopp, 46, pada tahun 2004 ketika kedua-duanya bersama-sama menjayakan filem The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe.

Mereka dikatakan bercinta tidak lama selepas pertemuan pertama itu. Empat tahun selepas itu, Kopp dan Swinton memutuskan untuk tinggal bersama. Swinton, menerusi wawancara sebelum ini memaklumkan hidupnya kini bahagia bersama Kopp.

“Saya dan bekas kekasih yang juga bapa kepada anak-anak saya iaitu John Byrne kekal berkawan baik sehingga kini. Saya juga sangat bahagia dengan hubungan sekarang,” katanya.

1000014834.jpg


CHER

Kisah percintaan penyanyi tersohor ini dengan teman lelakinya, Alexander Edwards mula dihidu wartawan pada November 2022.

Ketika itu, pasangan ini dilihat menemani satu sama lain di tempat awam di Los Angeles. Perbezaan umur antara keduanya adalah 40 tahun.

Sejak itu, mereka tidak lagi menyembunyikan hubungan malah kerap dilihat bersama terutamanya ketika acara karpet merah. Cher dan penyanyi rap berusia 38 tahun itu pernah memutuskan hubungan mereka selepas enam bulan bersama.

Namun, empat bulan kemudian, mereka hadir ke minggu fesyen di Paris bersama-sama dan dikatakan telah menyambung kembali percintaan mereka.

KRIS JENNER

Jenner, 69, bertemu kekasihnya, Corey Gamble, 43, pada tahun 2014 dalam majlis hari jadi kenalan mereka.

Ketika itu, bintang realiti TV ini dalam proses perceraian dengan bekas suaminya yang juga bekas atlet kebangsaan Amerika Syarikat, Bruce Jenner.

Setahun kemudian, Jenner dan Gamble secara rasmi di Instagram mengumumkan mengenai percintaan mereka. Keputusan itu susulan kemunculan sulung Gamble dalam program realiti popular, Keeping Up With the Kardashians.

Hubungan mereka tetap kukuh walaupun anak-anak Jenner menolak percintaan ibu mereka disebabkan perbezaan jarak umur yang begitu ketara.

Namun, Jenner sebelum ini menjelaskan dia dan Gamble lebih selesa untuk kekal bergelar kekasih dan tidak akan mendirikan rumah tangga. - Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 15-4-2025 11:40 PM
Kat malaysia pun ada la

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.045390 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top