Hantaran pelakon Sophia Albarakbah meraih perhatian netizen dengan kecantikan ibunya yang dikatakan mirip sepertinya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sophia Albarakbah, 31, dilihat mengikuti trend dimana dia memuat naik foto ibu bapanya ketika muda.
Hantaran itu meraih lebih 300 ribu tontonan di aplikasi TikTok yang memuji kecantikan ibunya iaitu Marina Wong yang juga merupakan seorang bekas ratu cantik Miss Malaysia pada tahun 1980.

Walau bagaimanapun, Sophia memaklumkan bahawa dia tidak mewaris senyuman ibunya yang manis.
Saya tidak mewaris senyuman dan giginya yang sangat cantik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami kecantikan yang diwarisi oleh aktres berusia 31 tahun itu. Selain itu, warganet turut kagum dengan ibunya, Marina yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik.

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|