CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Akan Ceramah Anak-Anak, Terap Adab Dalam Diri Sebelum Pergi Beraya – ‘Jangan Complain Rumah Orang’

11-4-2025 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2043| Komen: 29|Original author: Raline


AliffSyukriAkanceramahAnak-630x388.jpg


Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri akan memberikan ‘ceramah’ kepada anak-anaknya setiap kali pergi beraya ke rumah sanak saudara.

Menerusi program temu bual Borak Seeni, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan dia juga akan menegur kesalahan anak-anaknya supaya dapat menerapkan budi pekerti serta adab sopan dalam diri mereka.



Ini jujur ya, serius dan bukan konten. Kalau nak pergi beraya rumah orang, saya akan berikan ceramah agama terlebih dahulu kepada anak-anak saya.

Misal kata perjalanan itu dua jam, maka selama itulah saya akan beri ceramah.

Contohnya, nak beraya rumah bapa saudara mereka jadi pertama sekali yang akan saya pesan ialah perlu bersalaman dengan semua orang.

Kedua, jangan tegur rumah orang. Kadang-kadang anak saya ini tak biasa dan akan terkeluar dari mulut mereka, ‘Panaslah rumah ini’.

Kalau saya dengar mereka macam itu, saya akan ‘sound’. Ketiga, bila makan tolong angkat pinggan ke dapur dan basuh.

Di akhir perkongsian, Aliff turut menasihati orang ramai menggunakan peluang yang ada untuk menziarahi sanak saudara tanpa melihat kepada harta benda yang dimiliki sebaliknya, berayalah dengan hati yang ikhlas.

Bagi saya perkara yang paling penting ialah keihklasan.

Bila kita pergi ke rumah terbuka yang dianjurkan seseorang, janganlah pula kita sibuk nak tengok barang kemas ke, perabot baru ke lama ke.

Gunakan peluang yang ada itu untuk eratkan hubungan silaturrahim.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara didikan Aliff terhadap anak-anaknya.

Screenshot 2025-04-11 084110.png



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 11-4-2025 12:53 PM
Belut ni kalau in character abah, auto dia berubah.
Quote kikyou 11-4-2025 01:51 PM
Sazreena: Belut ni kalau in character ab ...


Ramai kata dia "membelut" time bekerja je,kan. Waktu lain, dia tegas n mcm manusia normal yang lain. Patutla datin kekal dengan dia.
Quote dua_chzy 11-4-2025 01:53 PM
Sazreena replied at 11-4-2025 04:53 AM
Belut ni kalau in character abah, auto dia berubah.

Bagus dia jadik ketua keluarga. Anak2 pun behave. Lain dari anak2 si KM yang bini jadik ketua keluarga tu.
Quote Sazreena 11-4-2025 01:57 PM
dua_chzy replied at 11-4-2025 01:53 PM
Bagus dia jadik ketua keluarga. Anak2 pun behave. Lain dari anak2 si KM yang bini jadik ketua kelu ...

Kann..dalam belut dia tu ada la jugak ketokohan sebagai bapak walauponnnn still xleh blah masa dia suh amayan nyanyi serbuk arang gigi dherbs
Quote naina 11-4-2025 02:01 PM
Weiii sejak dia slow down ni aku makin suka plak family dia. Anak2 dia pun bahave lawa2 hensem2 tapi xsombong pun. Cakap petah tapi xde bunyi2 berlagak. Datin pun jujur ya dia tegas cerita je apa masalah dia kat live. Aku tengok video aliff ni hari bersama anak2 jalan2 mall belikan itu ini normal je..nampak la karakter abah2 tu.  Dan tadi baru dengar live datin cakap Dato' ni memang xpandai apa2. Kena cakap beribu kali pun tetap xfhm. Xpandai tengok tv, xpandai tekan duit ATM tu. Xpandai waze. Memang datin maha sabar dan faham sgt semua pasal Dato'. Anak dia si cess tu pun cerita mak dia adalah org yg sangat penyabar didunia. Pernah gaduh dgn bapak dia berbulan2 xbercakap.
Quote naina 11-4-2025 02:05 PM
Sazreena replied at 11-4-2025 01:57 PM
Kann..dalam belut dia tu ada la jugak ketokohan sebagai bapak walauponnnn still xleh blah masa dia ...

Amayan tu baik betol ya. Anak sulung yang tidak spoit brat. Dahla tinggi hensem tapi dia tidak buat perangai yang tidak2 macam kebanyakan budak2 sebaya dia lagi2 anak org kaya. So far anak2 dia semua sedap mata memandang Dr perangai dan rupa walaupun orang gaji bersusun.  Amaryan ni ke mana2 pun bapak sediakan peneman aka bodyguard OOo. Tapi dia relax je..xde nk show off apa2.
Quote jihyomelly 11-4-2025 02:59 PM
anak2 si alep sokri ni semua nampak elok2 juga kejadian & perangai…walaupun apaknya kadang2 annoying tapi anak2 normal je
Quote Sazreena 11-4-2025 03:15 PM
naina replied at 11-4-2025 02:05 PM
Amayan tu baik betol ya. Anak sulung yang tidak spoit brat. Dahla tinggi hensem tapi dia tidak bua ...

Tu la ikutkan family dia masyuk la jugak..dgn nenek dia pun reta leh tahan. Nampak la amayan ni anak yg baik...bukan jenis terpaling branded top to toe. Jenis relaks dan pasrah...haha. Tapi aku suka Yusof adik dia. Keletah...awak tau kan ces..yg kami budak gen z..selamba la dia.
Quote chandrahusin 11-4-2025 03:27 PM
naina replied at 11-4-2025 02:01 PM
Weiii sejak dia slow down ni aku makin suka plak family dia. Anak2 dia pun bahave lawa2 hensem2 tapi ...

kannnn?
serius lah, skrg ni mmg aku tgk reels anak beranak ni
dr yg sulung, Cess, Baim, Yusof mmg beradap je anak2 dia
lawak pun ada bdk2 tu becakap kecuali yg sulung senyap
AS bwk anak2 beli brg2 fake
Yusof kantoi kan
dh la tahun ni baju2 raya diorg yg diorg pakai color lawa2

Quote seri_mawr 11-4-2025 04:45 PM
AS ni klu x buat peragai pelik2....lagi ramai peminat dia....sedangkan buat perangai pelik pun ramai peminat...

tp tahun ni aku layan lagu raya dia...
aku tgk segala2 content dia anak beranak.. - dato kelakar jua...
anak2 dia mmg lawa2 n hensem2... mak pa lawa/segak..celah mana anak nak huduh kan...?
Quote razzia 11-4-2025 04:59 PM
jarang2 anak org kaya ni bertudung,selalu menyeksi ja.bagus alif didik ank.suka tgk ank sulung dia behave sangat
Quote naina 11-4-2025 06:25 PM
Sazreena replied at 11-4-2025 03:15 PM
Tu la ikutkan family dia masyuk la jugak..dgn nenek dia pun reta leh tahan. Nampak la amayan ni an ...

Adakan video Baim dgn amayan kutuk cess. Dalam adik beradik ces yg paling Dorang menyampah. Hahah asik nak marah je. Kitorang puji pun nak marah.hahaha
Quote September14 11-4-2025 06:49 PM
Dlu masa anak2 dia kecik aku sian tgk anak2 dia mcm asyik kena marah je… garang btul dia ni n nmpk kedekut, anak2 pun x nmpk mcm t20. Tp bila diorg dah besar skit ni nmpkla anak2 dia behave n berjenis… btulla didikan dia x tlampau manjakan anak
Quote Shayang 11-4-2025 06:57 PM
Dia tak beraya ke mak dia? Mak dia beraya ngn keluarga mertua kemain buat ucapan puji2 adik badik suami meratukan mak mertua dia bagai
Tak abis2 lagi eh, asal ada peluang khen…
Quote Minami2013 11-4-2025 06:58 PM
Anak2 dia nmpak behave. Plg comel yusof dgn petah nye bercakap.

Quote L.U.S.M 12-4-2025 10:46 AM
Compare dgn ank tok bida..mmg herlok la ank si sotong ni..at least xde la dok propa menayang kete la buat biz scam org la
Quote bluebutter 12-4-2025 12:13 PM
naina replied at 11-4-2025 02:01 PM
Weiii sejak dia slow down ni aku makin suka plak family dia. Anak2 dia pun bahave lawa2 hensem2 tapi ...

Oooo tak tahu apa apa, tapi mengote tahu pulak ya, (haha gurau ajer tau!. jangan marah I hihi).

Kes pihak tok laki tak tahu apa apa ni mmg ramai yang cam ni, apalah hapa tak tahu, yang depa tahu, mandi makan berak tidur.
Alah dalam keluarga I sendirik cam tu, suruh tukar lampu tak reti, pasang rack bilik air tak reti. Ramai sebenarnya kehidupan sang jantan acah acah tak reti buat menda, sebab apa tau, sebab dorang terbiasa pemalas Dan tak disuruh buat apa apa Dari kecik.
Quote stania83 12-4-2025 12:30 PM
bluebutter replied at 12-4-2025 12:13 PM
Oooo tak tahu apa apa, tapi mengote tahu pulak ya, (haha gurau ajer tau!. jangan marah I hihi).

K ...

AS ni dyslexia jadi sbb tu banyak benda tak pandai drive tak cekap, ATM tak pandai, tgk Waze tak reti, kanan kiri tak Tau, tengok TV tak fokus. Nasib baik AS ni genius bisnis.
Quote I.K.A888990 12-4-2025 12:50 PM
mmg tak pernah lagi kan anak2 nya buat benda tak senonoh ke apa...setakat ni content anak yg perempuan tu pun elok je

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.094209 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top