Pelakon Datin Atikah Suhaime yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama telah menerima kejutan daripada ibu mentuanya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime sedang mendukung anaknya, kemudian ibu mentuanya datang dari arah belakang lalu menyarungkan seutas rantai emas.
Bukan itu sahaja, ibu mentua aktres berusia 34 tahun itu juga turut menghadiahkan cucunya gelang emas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu sebagai menantu yang beruntung kerana disayangi oleh keluarga mentua.
Atikah sangat bertuah, walaupun keluarga jauh di Singapura dan duduk dengan mentua tapi dia tak pernah rasa tersisih.
Ini baru betul, selalu orang fokus bagi hadiah dekat baby tapi kesian ibu-ibu yang bertarung nyawa.
Dia menantu yang baik, jadi dia dapat pun mentua yang baik.
Susah nak dapat keluarga yang betul-betul boleh terima kita.
Pada 8 Mac lalu, Atikah berkongsi berita gembira dengan mengumumkan sudah selamat melahirkan puteri sulung yang diberi nama Lyla Mulan Teh.
Imbas kembali, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.
Sumber :– OhBulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|