PELAKON Siti Elizad Shariffudin meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan seorang individu yang lantang mengkritik masakan dan dekorasi rumahnya sewaktu kunjungan hari raya, baru-baru ini.
Kesal dengan tindakan itu, Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, mengakui kecil hati apabila individu berkenaan menegur masakannya kurang sedap di hadapan tetamu lain.
“Saya ada hati dan perasaan tipu kalau kata tak terasa hati sebab bila saya terima tetamu datang ke rumah saya memang berlapang dada tapi bila saya masak, (dia) siap komen masakan saya kurang sedap.
“Tegur masakan saya tu depan suami dan orang ramai bagi saya macam kurang sesuai sebab kalau bergurau boleh tapi tak perlu khalayak ramai macam tu kan.
“Muka saya memang dah lain ketika itu tapi nasib baik suami tenang kan saya dan minta jangan jawab mengenai perkara itu biarkan saja,” kata Elizad kepada mStar.
Kata Elizad lagi, individu tersebut turut menyusun beberapa barang di rumahnya kerana tidak sedap di matanya. Tidak hanya menyusun atur kedudukan dalam rumah, individu tersebut menegur lokasi meja makan.
Elizad menyelitkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa beradab Ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara mahupun sahabat handai. - mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|