CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beto Kusyairi tolak babak ‘atas katil’, penunggang agama

11-4-2025 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1054| Komen: 14|Original author: tatod


1000012918.jpg



PETALING JAYA: Pelakon, Beto Kusyairi, 45, dengan keras menolak sebarang permintaan untuk melakonkan babak yang berunsurkan seksual dalam filem mahupun drama.

Kata pemilik nama sebenar Nur Kusyairi Zakuan Osman, hal tersebut kerana dia enggan lakonan-lakonan itu selamanya tersimpan di Internet dan ditonton keluarga di kemudian hari.

Saya akan tolak habis-habisan babak melibatkan katil. Memang saya tak pernah buat babak intim sebegitu waima merogol sekali pun.

1000012919.jpg



“Prinsip itu saya pegang kerana mahu menjaga sensitiviti keluarga. Sebab, kalau saya buat (babak intim), ia akan jadi khazanah yang boleh ditonton semua orang dalam Internet sampai bila-bila,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada masa yang sama, Beto juga enggan melakonkan watak seorang penunggang agama  seperti ustaz scammer yang makan duit anak yatim dan sebagainya.

“Saya tak mahu watak sebegitu wujudkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap ustaz yang baik-baik di luar sana. Nanti asal berjubah, orang akan ‘cop’ tak boleh pakai, sedangkan memang seorang pendakwah,” kongsinya.

Sementara itu disoal adakah dia juga akan mengikut jejak seperti pelakon tempatan lain yang menerima watak-watak lelaki songsang, Kata Beto, perkara itu adalah bergantung kepada jalan cerita drama atau filem terbabit.

1000012938.png


“Kalau watak Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) ini saya tengok pada jalan cerita. Kalau pada awalnya watak itu teruk dan di hujung cerita dia berubah, mungkin saya akan pertimbangkan.

“Tapi sebolehnya, saya cuba lakonkan watak LGBT ini  sebab saya tak mahu menggalakkannya,” jelasnya. – UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 10-4-2025 05:57 PM
Beto tgh bercakap pasal drama yg tu tu tu ke?
Quote selipar_hijau 10-4-2025 06:04 PM
tolak pun takpe, tak ramai yg nak tgok ko pun
kecuali peminat2 yang 'gred A' lahh
Quote BoongaKertas 11-4-2025 09:00 AM
bgus bang, chuols ada pendirian. ada lah tu nanti rezeki lebih luas sbb pendirian mcm ni mmg top top meletop.
Quote chandrahusin 11-4-2025 09:17 AM
semoga istiqomah
Quote Tasikchini 11-4-2025 10:54 AM
bagus beto idok la berlakon dalam keadaan separa sedar
Quote A-Are 11-4-2025 10:58 AM
pelakon penyanyi artis ni agaknya mmg akan kawen dgn yg memahami kerja dorang agaknya...xboleh byr kalau kawen dgn pelakon mcm mana..hari2 stress mikir laki pegang2 peluk2 perempuan lain...dahlah artis wanita canatik2..
Quote JahLupa 11-4-2025 12:19 PM
Kipidap bang..
Quote miss_strangers 11-4-2025 12:37 PM
Contoh pelakon papan atas yang firm n tegas. Xde lembik n menurut saje dengan alasan separa sedar kohkohkohkoh
Quote marchikobonzo 11-4-2025 12:59 PM
Bagus la bang, jangan jadi bodo sangat sb dpt offer back to back, watak meleser2 dengan pompuan pun accept je asalkan dapat maintain popular
Quote keiko_omey 11-4-2025 02:48 PM
aaaaaaa tapi bukan ke sblm ni berlakon dgn ezzaty abdullah dalam KL Gangster Under World tu ada babak2 panas gak? ke i olls yg terhantuk kepala hilang ingatan.
Quote Nuyak 11-4-2025 03:21 PM
dia pernah berlakon cerita ala2 ajaran sesat kan.. yang jadi isteri dia dalam tu Zara Zya..serious la Beto bagi statement gitu..
Quote Piramida 11-4-2025 04:32 PM
Betul tu Beto...baik jag hati org keliling.
Korang org2 kreatif ni mesti boleh fikir cara lain nak kasi visualise kan babak2 mcm tu.... Bkn main lakon je benda2 meloyakan.
Quote OsHiN_hOnEy 11-4-2025 04:48 PM
ofkos lar dia boleh memilih watak
dia dtg dgn pakej yg menaruhkan BAKAT
filem epik yg ada ramai lagi cast yg eye candy pun
dia berjaya mencuri perhatian kita
cuma tu lar kdg dia ni ada sombong sikittt jee
Quote OsHiN_hOnEy 11-4-2025 04:49 PM
ofkos lar dia boleh memilih watak
dia dtg dgn pakej yg menaruhkan BAKAT
filem epik yg ada ramai lagi cast yg eye candy pun
dia berjaya mencuri perhatian kita
cuma tu lar kdg dia ni ada sombong sikittt jee

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.071633 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top