CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahnita putar belit, bekas rakan kongsi pecah rahsia

11-4-2025 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16890| Komen: 200|Original author: tatod

1000013039.jpg



PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, nama bekas model Zahnita Wilson kembali menjadi bualan ramai apabila bekas rakan kongsi bisnesnya dikenali sebagai Neysahz mendakwa semua perkara yang didedahkan aktres itu kepada umum sebelum ini adalah tidak benar.


Tidak berniat untuk campur tangan, dia bagaimanapun terpanggil bersuara kerana mendakwa pelbagai perkara yang berlaku seperti tidak masuk akal sebelum berhenti menjadi rakan kongsi Zahnita beberapa bulan lalu.


"Sejujurnya saya tak berminat lansung masuk campur masalah rumah tangga orang tetapi untuk kes Zahnita, saya terpaksa bersuara sebab antara yang terawal membantu dari segi kewangan bantu dia keluar dari rumah suaminya.


“Dia sudah rancang lama sebelum viral lagi, dulu memang saya naif sebab percaya tetapi selepas bekerjasama sejak Ogos 2024 sehingga Februari lalu, banyak perihal diri dia yang diputar belit sampai berputar otak saya dan kawan-kawan lain.



“Saya rasa benda serba tak kena dan mungkin tidak berkat. Allah SWT tunjuk jalan keluar ketika bisnes sedang di atas. Saya tak menyesal,” katanya dalam satu hantaran media sosial.


Dakwanya lagi, semua perkongsian Zahnita mengenai masalah yang dilalui sebelum ini adalah palsu semata-mata.


Dia juga berasa simpati dengan nasib empat anak Zahnita yang terkesan dengan kemelut tersebut dan tidak mendapat pembelaan daripada ibu mereka sendiri.


"Kisah dongeng yang disajikan kepada satu dunia, adalah tidak benar. Saya turut bersimpati ke atas anak-anak, suami dan ibu mentua atas segala kehancuran yang telah berlaku.


“Tak pernah sekali, dia sebagai ibu mempertahankan anak sulungnya ketika ditohmah satu dunia kerana mempertahankan ayahnya walaupun saya sudah pernah ingatkan supaya muat naik sebarang video pertahankan anaknya.


“Banyak lagi saya nak dedahkan. Dia telah hancurkan masa depan anak-anaknya termasuk anak bongsunya. Namun, saya yakin, dia juga berusaha beri terbaik untuk mereka,” ujarnya.


Berani bersuara, Neysahz berkata dia bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang demi masa depan empat anak Zahnita.


“Suami awak sudah kerugian berpuluh ribu, anak-anak menanggung malu dan kesihatan mental juga terkesan.


”Kalau suami awak masuk penjara sebab cerita yang kononnya kena kena dera, awak fikir akan mampu bayar segala-galanya untuk anak-anak? Bisnes awak pun sudah jatuh disebabkan ego sendiri.


"Saya bersedia untuk disaman demi tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki istimewa. Harap awak sedar sebelum terlambat.


“Maaf semua, saya simpan ini terlalu lama. Kepada Encik Abd Zackery Ghouse, kalau anda baca ini, tolong cari saya,” jelasnya.



Terdahulu, Zahnita pada 2 Disember tahun lalu berkongsi foto dalam Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.


Dakwa aktres berkenaan, punca kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah oleh suami sendiri selain mengatakan Zackery mempunyai hubungan dengan wanita lain.


Susulan itu, pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.


Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.


Tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Zahnita kemudiannya nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember tahun lalu.


Kemudian pada Mac lalu, Zackery memaklumkan pihak mahkamah menggugurkan tuduhan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya selain mendapat hak lawatan dan bermalam.


Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 10-4-2025 09:12 PM
Uuuuiii!!!....juicy!!!
Quote shahirakay 10-4-2025 09:58 PM
Nama ex biz partner macam ala ala nama tt yang post pasal pelakon skandal dengan? Yang dalat komen komen kelakar dari acik forum teeew
Quote dua_chzy 10-4-2025 10:16 PM
Jadi, rahsia apa yang pecah? Apa yang diputar belit? Meols baca ayat awek ni yang banyak pusing2 beating around the bush tak go straight to the point gaya acik2 mak jemah ngumpat tepi tingkap sangat?
Quote annehuda 10-4-2025 10:38 PM
shahirakay replied at 10-4-2025 09:58 PM
Nama ex biz partner macam ala ala nama tt yang post pasal pelakon skandal dengan? Yang dalat komen k ...

Thread yg ni kan?

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5416051&extra=page%3D1&mobile=2
Quote annehuda 10-4-2025 10:40 PM
dua_chzy replied at 10-4-2025 10:16 PM
Jadi, rahsia apa yang pecah? Apa yang diputar belit? Meols baca ayat awek ni yang banyak pusing2 bea ...

Gaya die mcm TT pembuka tred ni

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5416051&extra=page%3D1&mobile=2

Letak tajuk mengundang pastu isi gambar buruh bancuh simen mane ntah dia letak. Dah diasak pun tetap dipusing-pusing jugak. Adakah sebab diasak tu yg dia buat post mcm ni? Sbb kt tred lama tu dia suruh mod tutup lepas statement ni kuar
Quote sharlenetexas 10-4-2025 10:51 PM
Plot twist? Zahnita leak?


Quote doubleA 10-4-2025 11:01 PM
Ex bisnes partner ni takda life ke? Bujang? Rajin dia masuk campur hal org lain dan jaga kebajikan anak4 org lain dan nak tolong husband org lain. Kalau iols lah dah jumpa org so-claimed as saiko, dah pull out from bisnes, iols doakan yg baik2 dan teruskan dengan hidup iols je. Hidup dengan tenang. Tak koser nak tag team dengan laki member dan tolong jaga anak2 member yg masih ada makpak nenek. Tak koser nak jaga hal dalam kain org lain
Quote doubleA 10-4-2025 11:02 PM
annehuda replied at 10-4-2025 10:40 PM
Gaya die mcm TT pembuka tred ni

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5416051&e ...

Dah tu tiber kita dua kena cop rapat/kenalan zanita hanya sebab kita spell out as zani

Tak masuk akal punya claim
Quote downiey 10-4-2025 11:03 PM
ade lagi x drama nye.. nk amek popcorn.. ahakz
Quote Nozot 10-4-2025 11:14 PM
plot twist, she scandel ngan laki zani.. hareeee
Quote NalyDD 10-4-2025 11:18 PM
Mata lebam tu kena hempuk dgn mainan rupanya. Anak dia yg bongsu tu hempuk time dia tido. Katanya anak bongsu yg laki tu anak special.. autism maybe?? Tp neysah tu kata zahnita xbwk anak dia utk diagnosed and treatment.
Quote kikiharris 10-4-2025 11:23 PM
Sanggup nak kena saman sbb nk selamatkan budak2 tu.
Sorry ya, over sgtlah. Kalau sedara mara terdekat aku pahamlah jugak. Kau siapa? Org luar je.
Ni aku rasa sudi jadi pendengar kalau ex laki Zahnita nk luahkan perasaan psl masalah dia

Jgn campur tangan sgtlah. Biar jelah mak ayah budak2 tu settle sendiri. Dah bercerai, tapi tetap terikat sbb ada komitmen sebagai ibu bapa. Motif kau nak serabutkan fikiran sendiri , unless nk jadi mak tiri ler
Quote doubleA 10-4-2025 11:51 PM
Baru balik dari ig neysah ni, patut dia bitter, kat ig tu dia as personal shopper and runner pie zani ni, celah mana bisnes partner? Mati2 ingat memang partner apo. Patut she bitter sebab kena hadap customer maki pie tak dapat2 stok. Ko pun ada laki, ada anak, takyah la masuk campur anak2 zani/mamak ni. Dah pull out as PS tu cuci tangan jelah. Banyak masa nak layan makian unless ko pun enjoy the limelight
Quote cmf_jeangrey 10-4-2025 11:59 PM
Yg bermasalah bisnes tapi kau expose hal personal org..very the acik bawang padahal budak lagi
Byk pulak masa kau nk selamatkan laki dan anak org
Quote brainbiru 11-4-2025 12:16 AM
Screenshot_20250411_001310_Instagram.jpg
Quote bpbbppbp 11-4-2025 12:49 AM
Edited by bpbbppbp at 11-4-2025 12:52 AM

Selesaikan jlah secara dlaman. Klau bgitau sosial media tkut menambahkan masalah je. Klau nmpak anak x trjaga tu call jlah jkm ke. Zhnita tu kurus tu mungkinlahh ada sbb knp dia xhppy dulu. kne abuse ke x tu biar jlah court tntukan. Dia bknnya ada kat tmpat kjadian
Quote fair_iza 11-4-2025 12:51 AM
Pompuan ni knp eh..nk jd superheroes. Gaya mcm ada skandal dgn laki zahnita. Mana ada org mengaku sanggup kena saman? Famili sndiri pn x berani.
Quote asfaz 11-4-2025 01:08 AM
peliknya. Zahnita kalau pertahankan anak dia masa bekap bapak dah tentula macam mengiyakan cerita anaknya. Kau berkerjasama pun  baru lagi,yg hadap rumahtangga bertahun² tu zahnita.
Quote galleria23 11-4-2025 01:11 AM
doubleA replied at 10-4-2025 11:51 PM
Baru balik dari ig neysah ni, patut dia bitter, kat ig tu dia as personal shopper and runner pie zan ...

Dia enjoy The limelight lah. Kat Thread sana sakan suruh orang add dia kat ig kalau nak tau cite. Pastu follower dia pun mencanak2 la naik kan. Tau sangat dah modus operandi orang macam ni.

Lihat semua komen(200)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.116537 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top