PELAKON Keith Foo meluahkan rasa terkilan kerana membenarkan mendiang bapanya iaitu Foo Kia Suan melakukan pembedahan akibat patah tulang selepas terjatuh di rumah.
Disebabkan itu, Keith, 42, berkata bapanya terpaksa dimasukkan ke hospital dalam tempoh panjang sehingga mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan meninggal dunia pada 21 Mac lalu.
“Bapa saya jatuh selepas keluar bilik mandi. Dan kemudian saya hantar ke hospital dan selepas buat imbasan, dia patah di bahagian kaki. Dalam seminggu juga kami memutuskan untuk buat pembedahan.
“Selepas pembedahan dan disebabkan terlalu lama berada di hospital, dia dapat jangkitan paru-paru pula. Selepas itu tak sedar diri dan beberapa hari meninggal dunia.
“Ibu saya ada rasa kesal selepas buat pembedahan. Kalau tak, mesti ayah masih ada lagi sehingga sekarang. Bagi saya sebagai anak pun rasa menyesal juga. Tapi, dah ajal dia. Kalau bukan sekarang, dia akan pergi juga,” katanya kepada mStar.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|