CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu muda umur 18 tahun buang bayi dalam mangkuk jamban

11-4-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3157| Komen: 34|Original author: Raline

hj.PNG


SABAK BERNAM – “Harap penjara ini insafkan kamu, tanam semula sahsiah diri,”

Demikian tegas Majistret Siti Hajar Ali yang menjatuhi hukuman penjara sebulan bermula hari ini terhadap seorang pembantu kedai yang mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi dilahirkannya dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak, bulan lalu.

Tertuduh, Nur Alieya Danisha Muhd. Alif Subramaniam, 18, turut dikenakan denda RM5,000 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayarnya. Tertuduh membayarnya.

Siti Hajar dalam penghakimannya menegaskan, hukuman itu memadai selepas mengambil kira semua faktor penilaian dan pemberatan sewajarnya seperti umur tertuduh masih muda.

“Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh yang telah insaf dan kesal perbuatannya. Namun, mahkamah berpendapat kepentingan awam perlu dititikberatkan tanpa meminggirkan kepentingan peribadi tertuduh yang masih muda.

“Hukuman ini bertindak sebagai pengajaran yang menginsafkan kepada tertuduh malah sebagai pencegahan kepada rakan-rakan sebaya dan masyarakat mengenai hukuman berat akan menanti.

“Ia juga dapat memulihkan tertuduh dengan membentuk semula displin, mematuhi peraturan dan menanam semula sahsiah yang dapat mengubah sifat serta tingkahlaku tertuduh yang berpadanan dengan norma masyarakat Madani,” katanya.

Nur Alieya didakwa telah menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan cara membuang mayat baru dilahirkannya yang telah mati di dalam tandas wanita sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, kira-kira pukul 11 pagi pada 23 Mac lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-keduanya mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh tidak tahu dirinya mengandung tetapi rasa sakit perut seperti senggugut. Apabila ke tandas stesen minyak itu didapati secara tiba-tiba bayi terus terkeluar jatuh ke dalam lubang.

Tertuduh panik dan terus membersihkan diri dan keluar daripada tandas dengan tertuduh juga mengesahkan tiada siapa terlibat dalam rancangan itu kerana ia berlaku secara mengejut dan bersalin dalam tandas.

Tertuduh menyatakan punca dia mengandung kerana dirogol oleh lelaki yang baru dikenali dan tidak melaporkan kepada sesiapa kerana takut.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK), Peguam Muhd. Muqri Mohd. Khairi dalam mitigasinya memaklumkan anak guamnya merupakan pembantu kedai makan dan tinggal bersama dan ditanggung seorang ibu tunggal.

“Kejadian ini merupakan pengalaman pertama dengan tertuduh tidak boleh berfikir secara waras dan bertindak melulu pada hari kejadian. Mohon hukuman denda sesuai dengan umurnya dan membentuk dirinya menjadi insan lebih baik pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira kekerapan kes dengan ia melibatkan nyawa seorang bayi tidak berdosa.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suasana di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di sini, digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi di tandas wanita premis itu.

Lebih menyayatkan hati apabila mayat itu ditemukan orang awam dalam keadaan terlangkup dalam lubang tandas.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 10-4-2025 03:58 PM
hurmmmmmmmmm
Quote kelapaparut 10-4-2025 07:12 PM
Msia ade bank bayi kan.. Ramai yg nak angkat, berderu org nak jaga
Quote nisako 11-4-2025 08:35 AM
cm mana sikit je hukuman sian baby
Quote Kitty_catz 11-4-2025 08:50 AM
kena rogol? awat tak buat report awai2 and inform mak pak dhekk?
Quote smartaleck07 11-4-2025 09:03 AM
seriously dia beranak baby mcm berak je?
Quote afie_m 11-4-2025 09:12 AM
perut tak membesar ke...
Quote A-Are 11-4-2025 10:11 AM
punyalah ramai orang nak anak angkat..bagi jela dekat rumah kebajikan confirm ramai nak
Quote nutcrack8 11-4-2025 10:36 AM
Bdak ni x tau nk buat ape dan die x tau ape consequences dari tindakan dan keputusan yg die ambil.

Paling busuk pon, patut lahirkn anak tu dan letak kat baby bank atau letak kat surau. Sekurang2nya, org tau bayi Muslim.
Quote Decaffeinated 11-4-2025 11:04 AM
Kena rogol? Please don't stop there.
Quote felinecat 11-4-2025 12:50 PM
Uish, kenapa x report..terlepas laaa lelaki hidung belang tu,kuang ajo
Quote kepompong 11-4-2025 02:38 PM
Sabak Bernam @B40tastePosh
Quote Prickford 11-4-2025 03:29 PM
kelapaparut replied at 10-4-2025 11:12 AM
Msia ade bank bayi kan.. Ramai yg nak angkat, berderu org nak jaga

Dulu ada kes gini, peknen luar nikah & tak nak anak. Pastu kebetulan kawan iolls baru cerai, takde anak, so dia nak amik la anak angkat. Kawan yg kenalkan kepada pempuan yg peknen ni. Lahir apa semua, setal la bayar semua sekali hospital ape benda semua la, barang2 semua. Tup2 anak tu naik umur 3-4 tahun, bergaduh plak mak kandung nak anak tu balik. Apa boleh buat, benda cakap mulut & aturan sesama sendiri, takde secara legal amik anak tu, terpaksa la pulangkan balik.

Quote vanilacup 11-4-2025 05:28 PM
Hilang pertimbangan kerana tekanan dari salahlaku sosial..
Quote vanilacup 11-4-2025 05:28 PM
Hilang pertimbangan kerana tekanan dari salahlaku sosial..
Quote Zeatyisaac 11-4-2025 06:11 PM
Kitty_catz replied at 11-4-2025 08:50 AM
kena rogol? awat tak buat report awai2 and inform mak pak dhekk?

Dia takut kot, sebab dirogol oleh lelaki yang baru dikenali. Mungkin dia ikut lelaki tu, tanpa dengar cakap mak bapaksehingga dirogol kan? Who knows.
Quote Zeatyisaac 11-4-2025 06:15 PM
Prickford replied at 11-4-2025 03:29 PM
Dulu ada kes gini, peknen luar nikah & tak nak anak. Pastu kebetulan kawan iolls baru cerai, takde ...

Tak minta mak kandung tu bayaran balik ke semua yang dah habis berbayar sepanjang menjaga budak tu? Kena minta tu.

Teringat beberapa kes sebelum ni, Ada tiga kes, bila dapat kat mak kandung, last2 jadi mayat.
Quote shy79 11-4-2025 06:22 PM
tiada siapa terlibat?
bukan dlm cctv stesen minyak tu bdk pompuan ni mak dia pimpin nk masuk toilet ke?
mustahil dua2 tak tahu..

Quote TeropongThaico 11-4-2025 06:24 PM
Period tak regular dtg ke sampai tak tahu mengandung... Walaupun kena rogol tp huntung la ye perut tak memboyak & baby pun mudah je keluar. Dia kenal ke tak si perogol sharpshooter tu.. Gi la buat report kena rogol & minta buat ujian dna kat mayat baby tu... Bawah umur rasanya pihak berkenaan akan ambil kes... Watpe tanggung sensorang
Quote B40tastePosh 12-4-2025 12:36 AM
Edited by B40tastePosh at 12-4-2025 12:37 AM
kepompong replied at 11-4-2025 02:38 PM
Sabak Bernam @B40tastePosh


Petronas Sungai Haji Dorani kot tu......

Petronas memang banyak kes mengejut termasuk berak meletup keluar baby.

Harap Majistrate hajar dia betul² cara pelajaran teran diikut lubang yang benar, supaya berdisplin.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.053872 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top