CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru nak raya, suami dah kantoi plan ‘check in’ dengan perempuan sempena cuti hari pekerja

11-4-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1295| Komen: 5|Original author: Raline

dd.PNG


PETALING JAYA – Seorang wanita tampil secara terbuka di media sosial berkongsi pengalaman pahit menjelang Aidilfitri baru-baru ini, apabila mendakwa menemui bukti suaminya merancang untuk menginap di sebuah resort bersama wanita lain sempena cuti Hari Pekerja akan datang.

Dia yang dikenali sebagai Suri memuat naik hantaran itu menerusi kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri memohon pandangan dan pengalaman orang ramai, khususnya kaum wanita dan golongan peguam, tentang prosedur membuat aduan tangkap khalwat terhadap suami sendiri.

Menurut pengakuan wanita itu, rancangan curang pasangannya terbongkar selepas dia menemui perbualan WhatsApp antara suami dan pihak pengurusan resort yang menunjukkan bukti tempahan bilik telah dilakukan, lengkap dengan pembayaran deposit serta nombor bilik.

Wanita itu yang menetap di Selangor menyatakan hasrat untuk membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Bentong, Pahang.

“Saya terfikir juga untuk buat laporan polis dan minta bantuan mereka ke resort, tapi risau kalau tak dibenarkan masuk sebab ia kawasan persendirian,” luahnya.

Dalam masa sama, Suri berkongsi perasaan bimbang akan reaksi suami yang mungkin bertindak agresif jika dia secara melulu menyerbu resort tersebut.

Katanya, dia tetap akan menyimpan segala bukti untuk memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah.

Di ruangan komen, ramai yang memberikan panduan prosedur tangkap khalwat kepda Suri selain turut menyarankan agar wanita itu menghubungi pejabat agama berdekatan.

“Telefon pejabat agama, serahkan segala bukti. Semasa serbuan elok puan pergi sekali bawa seorang ahli keluarga untuk teman,” kata Nooreen.

“Dapatkan khidmat peguam syarie untuk tindakan sewajarnya dalam kes puan ini. Moga Allah mudahkan urusan puan,” kata Aliya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 10-4-2025 01:13 PM
Nak sapu ubat buasir kot
Quote hayrin86 10-4-2025 04:40 PM
Siapa lagi nak sambut Hari Pekerja. Hari Pekerja dah tak relevan lagi dah..
Quote Samerosie 10-4-2025 05:37 PM
Resort mana ni boleh dpt no. bilik siap2? Apa nak takut resort x kasi masuk kau gi la ckp kau bini dia, dah book bilik ni no nya.
Quote ninja boy 10-4-2025 05:57 PM
Pi thailand la jais jawi xde
Quote silance 10-4-2025 06:00 PM
Sebulan sebelum check-in dah tau no. bilik? Ini luar biasa. Waktu check in nanti sukaati front office staff la nak bagi bilik no berapa. kalu aku staff, aku bagi bilik ada pijat untuk couple hanat. .

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037326 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top