CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kencing berak atas katil, dua anak kecil lunyai dibelasah boyfriend ibu

11-4-2025 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1067| Komen: 1|Original author: Raline

tb.PNG


Dua kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia empat dan tiga tahun menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di rumah.

Perbuatan kejam itu berlaku dipercayai selepas mangsa membuang air besar dan kencing di katil sehingga basah.

Kejadian berlaku di Penjaringan di Jakarta Utara, Indonesia pada Sabtu lalu.

"Siasatan awal mendapati ia mempunyai kaitan dengan anak-anak terbangun, lalu terkencing dan buang air besar di atas katil," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Utara, AKBP Benny Cahyadi kepada pemberita, pada Rabu.

Benny berkata, keadaan itu membuatkan suspek yang merupakan teman lelaki mangsa berang dan bertindak menampar dan menghantuk kepala kanak-kanak berkenaan ke dinding.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan daripada jiran mangsa kerana terdengar bunyi tangisan dua kanak-kanak itu.

"Kami segera menghantar pasukan untuk datang melakukan pemeriksaan ke lokasi kejadian. Kami mendapati seorang daripada dua mangsa mengalami kecederaan.

Susulan itu, polis menahan suspek berusia 28 tahun.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut terhadap kes tersebut.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 11-4-2025 09:12 AM
baru nak emo ingtkan kat msia...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.031648 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top