CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Bermula di Amerika, makin ramai Gen Z dikatakan beralih ke telefon bimbit asas... Bosan dengan smartphone!

10-4-2025 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 597| Komen: 12|Original author: tatod

20b03160-1f74-11ef-a13a-0b8c563da930.jpg


MESTI ramai tidak percaya, apabila anak muda masa kini atau lebih sinonim dengan panggilan Gen Z sedang beralih daripada menggunakan telefon pintar (smartphone) kepada telefon bimbit asas.

Memetik laporan CNBC Indonesia, kebanyakan daripada mereka meluahkan kebosanan menggunakan peranti tersebut.

Malah pempengaruh 'dumb phone' atau telefon bimbit asas, Jose Briones menyatakan, kelompok generasi ini sudah mula bosan dengan paparan skrin pada telefon pintar.

Tambahnya, trend peralihan tersebut telah pun bermula di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu.

download.jpg


Penjualan telefon bimbit asas itu juga dikhabarkan melonjak sehingga mencapai puluhan ribu unit dalam tempoh satu bulan pada 2022.

Bagaimanapun, pasaran peranti generasi dahulu ini masih didominasi oleh masyarakat Timur Tengah, Afrika dan India dengan skala 80 peratus seperti laporan Penyelidikan Counterpoint.

Dalam pada itu, laman Instagram Folksmanti mengulas tiga faktor kenapa kelompok Gen Z mahu beralih ke peranti asas tersebut.

1. Rasa tepu terhadap telefon pintar, yang terus menghubungkan mereka dengan dunia digital tanpa henti.

2. Keinginan untuk 'detoks' digital, kerana menyedari kesan negatif seperti ketagihan menggunakan media sosial dan gangguan kesihatan mental.

3. Peningkatan fokus dan kesejahteraan, kerana penggunaan telefon bimbit asas membuatkan mereka lebih bersosial dengan individu lain. - mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 10-4-2025 08:03 AM
Kejap lg naik hrga la dumb phone tu... Main game ulor
Quote misszazaz 10-4-2025 08:52 AM
elok la tu
Quote prince_marhaen 10-4-2025 10:17 AM
Budak-budak gen-z opis meols yang intern2 pun ramai pakai phone basic as daily phone, smartphone guna amik gambar je, post kat socmed pun private diorang kata pastu delete hahaha.. macam Nokia ni...




pastu diorang tunggu Lightphone masuk Malaysia... dia macam tab analog zaman dulu, display dia hitam putih tu..




Quote babynina30 10-4-2025 12:57 PM
Baguihnya. Idak minda nk begantung dgn net saja
Quote babynina30 10-4-2025 12:57 PM
Baguihnya. Idak minda nk begantung dgn net saja
Quote Tutul 10-4-2025 05:03 PM
ada pro n cons la.. tp memg btl gna gdget lama ni lg bgus untuk semua org x kira umo, skg sume org ngadap smrt phn bila xde tenet dn data mcm org giler, pdhl zamn era 70-80an elok jew dok main teng teng, btu srmban, getah, laga biji getah, pnjt pokok sronoknya la aaiii.. bdk skg lembik nk srh sume malas nk kna jerit tengking baru nk buat, dulu jerit tengking mak mse nk maghrib je pnggil balik
Quote kotakbaju 12-4-2025 11:43 PM
Laa meols antaranya yang masih guna nokia 1280 tu. Sebab meols guna 2 nombor. Yang guna nokia tu nombor lama2 yakni nombor fon 1st iols beli. Masih menten guna lagi nombor tu sampai skrg. Yang guna smartphone ni nombor baru guna 3 tahun gitu.

Fon nokia tu meols buat guna dengar radio, lepas tu set alarm, save nota2 penting, buat list apa2, ha senang.
Quote trunks 13-4-2025 01:50 AM
tak ada gila nya la nak guna handphone zaman batu hehe,,mak saya
yang umur 83 pun guna smartphone,guna whatsapp la kata dia mudah
chat kata dia, dulu2 zaman batu,dia guna handphone biasa tu aje
sekarng tak mainla susah nak taip katanya haha
Quote kotakbaju 13-4-2025 09:03 AM
trunks replied at 13-4-2025 01:50 AM
tak ada gila nya la nak guna handphone zaman batu hehe,,mak saya
yang umur 83 pun guna smartphone,g ...

Wahh mak uols sihat lagi ye dia.

Tapi ye la org tua2 ni lebih mudah guna smartfon, sebab skrin lebih besar dan jelas. Wasap tu kan sama ada boleh taip atau buat voice note, jd diorang boleh pilih yg mana mudah bg diorang. Haa kalau mata tak brapa nampak, guna voice note, mudah hehe.
Quote kotakbaju 13-4-2025 09:04 AM
trunks replied at 13-4-2025 01:50 AM
tak ada gila nya la nak guna handphone zaman batu hehe,,mak saya
yang umur 83 pun guna smartphone,g ...

Eh lupa.

Thanks kasi tacang. Dan juga nak ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
Quote trunks 18-4-2025 05:13 AM
kotakbaju replied at 13-4-2025 09:03 AM
Wahh mak uols sihat lagi ye dia.

Tapi ye la org tua2 ni lebih mudah guna smartfon, sebab skrin l ...

haha,,ye sihat lagi, betul awak cakap,diaorang tak nampk menaip
dan guna voice message...dan kalau orang lebih berumur pun
selesa guna smartphone.tak adanya nak kembaali ke
handphone zamana batu tu,lagi kan kita ni ha hehe

ye selamat hari raya dah selamat

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.037819 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top