CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

70 peratus wanita Malaysia kurang kena cahaya matahari

10-4-2025 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 395| Komen: 4|Original author: tatod

ilustrasi-berjemur_169.jpeg


PETALING JAYA – Sekiranya seseorang individu itu berasa letih, lesu serta murung walaupun menikmati tidur dan makan mencukupi ketahuilah bahawa anda sebenarnya kurang terdedah dengan cahaya matahari.

Public Health Malaysia (PHM) memaklumkan, selain itu, kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai simptom rambut semakin banyak gugur, sakit belakang semakin menjadi-jadi dan rasa kosong.

“Ramai wanita di Malaysia sedang melalui perkara sama. Apa yang mengejutkan, 60 hingga 70 peratus wanita Malaysia sebenarnya kekurangan vitamin D sedangkan negara kita kaya dengan cahaya matahari.

“Tetapi disebabkan gaya hidup moden bekerja dalam pejabat, bertutup sepenuhnya, kurang masa di luar menyebabkan tubuh tidak sempat menyerap cahaya matahari yang diperlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut PHM, sekiranya seseorang individu itu sudah mencuba pelbagai cara, tetapi masih berasa ‘kosong dalam terang’, bermungkinan inilah jawapannya.

“Ambillah masa untuk diri sendiri. Keluar sebentar, biar kulit rasa hangat cahaya pagi.

“Sinar matahari mungkin tidak mengubah semua, tapi ia boleh menjadi titik mula untuk rasa yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 10-4-2025 08:01 AM
Subuh2 dh keluar rumah g koje. Mmg idok ler sempat nk kissu2 ngan sun
Quote fly_in_d_sky 10-4-2025 02:17 PM
Ye saya salah yang kurang kena cahaya matahari. keluar rumah 7 lebih pagi, sampai rumah nak dekat 8 malam. Doktor ada bagi supplemen tapi the best ialah kena jemur juga ..
Quote ipes2 12-4-2025 03:27 PM
acikonion replied at 10-4-2025 08:01 AM
Subuh2 dh keluar rumah g koje. Mmg idok ler sempat nk kissu2 ngan sun

Ye, lepas tu dok dalam office sampai petang
Time sun yg diperlukan, lebih kurangnya, ialah pancaran matahari yg antara 10pgi hingga kol 2ptg gitu
malah bagi yg bertudung, area yg terexposed adalah sgt kecil iaiatu muka dan tapak / belakang tangan je
Quote Yoonggi 30-4-2025 01:25 AM
Aku ler salah sorg yg termasuk dlm percentage tu. Kurang cahaya matahari, siap kena Vit D deficiency.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.037858 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top