CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakan holiday di Maldives- Hanis Zalikha alami alergi, tangan gatal dan bengkak

10-4-2025 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4481| Komen: 45|Original author: Raline

hz.PNG


Keterujaan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha bercuti di Soneva Jani, Maldives bersama keluarga sedikit terbatas apabila dia mengalami alahan terhadap sinaran matahari.

Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, bagaimanapun berkata alahan tersebut tidak menghalangnya untuk terus melakukan aktiviti luar bersama ahli keluarga memandangkan ia juga merupakan kegemarannya.



"Teka siapa yang alah dengan sinaran matahari? Tetapi saya sangat suka dengan penggambaraan dan aktiviti luar," katanya.

Hanis berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya yang turut memaparkan tangan serta jarinya bengkak dan kemerahan akibat alahan tersebut.

Disebabkan masalah itu, Hanis memberitahu dia terpaksa mengambil ubat sekiranya alahan tersebut berlaku dan penyakit itu akan sembuh apabila dia duduk berehat di rumah.



"Jadi makan sahaja ubat antihistamine kalau naik gatal-gatal. Bengkak hanya akan surut jika saya duduk di dalam rumah," luahnya.

Sebelum itu, Hanis turut berkongsi dirinya melakukan beberapa aktiviti seperti bermain jetski serta berjalan dan menikmati hidangan di pinggir pantai.

Terdahulu, Hanis dan suaminya Hairul Azreen menyambut hari raya Aidilfitri di Soneva Jani bersama dua anaknya iaitu Yusof Iskandar serta Alisa Aisyah.



Pasangan ini sebelum ini pernah menjejakkan kaki di resort mewah itu sekitar lapan tahun lalu.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 9-4-2025 02:57 PM
Aku fokus kat cincin dia. Mmg style zaman skang stack cincin yg berbatu camtu ke.
Quote Hoola 9-4-2025 03:06 PM
la ni jaman mak2 posing ootd, di samping anak2.
ank2 umpama jd prop je.
beda dgn dulu penuh keibuan.
sama dgn sorg lg ibu tpaling dukung baby londonnya. babay just like a prop.

-netijem
Quote Hoola 9-4-2025 03:06 PM
Edited by Hoola at 9-4-2025 03:08 PM

la ni jaman mak2 posing ootd, di samping anak2.
ank2 umpama jd prop je.
beda dgn jaman dulu penuh keibuan.
sama dgn sorg lg ibu tpaling dukung baby londonnya. baby just like a prop.

-netijem
Quote SpyLeman 9-4-2025 03:31 PM
Sementara ada ni balun laaa duit tu dgn anak2. Cuma aku tabik laaanorg blh pi bercuti jauh2 dari family, sanak sedara musim raya ni. Sbb time raya laaa korang nak jumpakan anak2 dgn sedara.  Time lain dah tak boleh dan bukan mudah nak berkumpul
Quote freyayong 9-4-2025 03:42 PM
iols pun penah suatu ketika dulu naik bengkak lari tgh panas... btw anak2 dia ok la kot eh tak jumpa cousin mereka raya2 ni... sbb rasanya budak2 excited kan nak kumpul sedara mara. tp tak tau la family keknis ni camne sebab dah lama block dia
Quote alesandra 9-4-2025 03:49 PM
Soneva jani antara yg paling mahal kt maldives ni kan.level retis2  hollywood  A lister  yg peginya.diorg ni bisnes hape?
Quote heythere123 9-4-2025 03:52 PM
alesandra replied at 9-4-2025 03:49 PM
Soneva jani antara yg paling mahal kt maldives ni kan.level retis2  hollywood  A lister  yg peginya. ...

cakenis macam mendonia, pastu kekrul katanya masyuk jugak buat bisnes sewa studio & prop.

Tapi meols pun masih sangsi dengan kekayaan theyols sebenarnya. Nak2 pulak theyols rapat dengan atok vincent tan 2-3 tahun ni
Quote heythere123 9-4-2025 03:53 PM
freyayong replied at 9-4-2025 03:42 PM
iols pun penah suatu ketika dulu naik bengkak lari tgh panas... btw anak2 dia ok la kot eh tak jumpa ...

ala2 chinese gittew. Chinese new year pergi holiday oversea
Quote doubleA 9-4-2025 03:54 PM
Tak kisah la kalau dorang mampu. Iols neutral je dengan couple ni dan anak2 deme sebab bagus la deme saling obses sesama lakibini dan tak kacau orang. Dorang nak show off bahagia ke apa lantak la iols pun tak follow dorang, so hak dorang
Quote alesandra 9-4-2025 03:57 PM
heythere123 replied at 9-4-2025 03:52 PM
cakenis macam mendonia, pastu kekrul katanya masyuk jugak buat bisnes sewa studio & prop.

Tapi m ...

Tulaaa kan.. rapat dgn vincent tan ni maleh le  nak husnuzon.kalo atok chep wan pegi soneva jani ke xde la nak heran sgt.tapi masalah nyer dia pegi hotel bese2 je kt maldives tu.
Quote royaldanish 9-4-2025 03:58 PM
JahLupa replied at 9-4-2025 06:57 AM
Aku fokus kat cincin dia. Mmg style zaman skang stack cincin yg berbatu camtu ke.

lama dh trend stack cincin ni cuolscuma jarang2 je


Quote innocentsangat 9-4-2025 06:00 PM
Tak jealous and tak kisah psl duit n vacation awak Hanis. Tp kenapa buat kuku gitu? Nampak tak cantik sgt. Try flat punya pulak. Cut straight much better. Still boleh guna kuku ori sendiri.
Quote irvene 9-4-2025 06:15 PM
ko asyik p maldives je. try dekat dubai pulak.
chrystan & marion kaunter pun belum pergi lagi.
Quote jemahjacjon 9-4-2025 07:21 PM
Bukan keknis tgah preggy no 3 ke? Awat nampak melidi je
Quote naina 9-4-2025 07:43 PM
Sama la NGN aku kalau lalu tengah panas terik tunggu beberapa jam kemudian naik la gatal2 merenyam kat atas tangan ni berbiji2 dalam seminggu lebih baru hilang..tapi aku bukan kaya. Benda ni berlaku lepas aku semakin tua.. imunisasi dah tak lut. Dulu2 relax join wataniah hari2 brrkawd berlari tengah panas terik. Lani xtahan dahhh
Quote Kangkung1M 9-4-2025 09:28 PM
naina replied at 9-4-2025 07:43 AM
Sama la NGN aku kalau lalu tengah panas terik tunggu beberapa jam kemudian naik la gatal2 merenyam k ...

Dulu Hanis klaim dia seorang yang adventurous dan suka main panas. Tak habis2 asyik nak membongak je dia ni.

[Fbp]https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10151767808129463&id=69856794462&set=a.83207354462&mibextid=Nif5oz[/Fbp]
Quote Manjahati 9-4-2025 11:42 PM
Kayooo betul couple ni
Quote Duriand24 10-4-2025 12:36 AM
alesandra replied at 9-4-2025 03:49 PM
Soneva jani antara yg paling mahal kt maldives ni kan.level retis2  hollywood  A lister  yg peginya. ...

Dah lama fishy. Lagi2 tetiba rapat dengan Vince wantan  hehehh
Quote prince_marhaen 10-4-2025 08:48 AM
Keksinah tak berbulu ke anak2 raya kat Maldives.... ehehehehehehehehe!

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.156994 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top