CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram bayar ‘roadtax’ kereta guna duit raya anak - UAI

10-4-2025 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2551| Komen: 26|Original author: Raline


Ustaz-Azhar-Idrus.jpeg


PETALING JAYA – Ibu bapa dilarang menggunakan duit raya anak masing-masing bagi membayar keperluan sendiri seperti membayar cukai jalan kereta selepas ‘sesak’ menyambut hari raya.

Menjelaskan perkara tersebut, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, ibu bapa yang menggunakan duit raya anaknya bagi keperluan sendiri hukumnya adalah haram.

“Ramai mak ayah sekarang cakap, tidak mengapa sebab tu duit anak mereka sendiri, bagi yang tak ada ilmu kata macam tu lah, tapi sebenarnya haram.

“Jika guna juga mak ayah itu wajib bayar balik, kaedah dia cuit raya anak itu adalah hak dia, kita tidak boleh ‘mencuri’ duit anak itu ditambah lagi jika anak itu belum baligh,” jelasnya dalam satu klip video soal jawab agama di Youtube.

Tambah Azhar, perlu diingat duit raya tersebut adalah hak serta harta kepada anak itu, manakala duit ayah adalah hak dan harta ayah, tidak boleh sesiapa yang ambil.

“Islam tak ajar ambil harta orang, anak hak dia, ayah dan mak juga hak dia. Mak tak boleh ambik duit anak, ayah tak boleh ambil duit anak, anak juga tak boleh ambil duit ayah dan mak dia.

“Kalau ambil untuk simpan tak apa, jangan ambil guna. Anak yang belum baligh tidak sah ambil izin dia.

“Sebab tu jika ada kematian duit sedekah orang ramai tidak boleh digunakan untuk tahlil jika si mati masih ada anak yang belum baligh,” katanya.

Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 11-4-2025 05:59 AM
Ada ke parent yg guna duit raya anak utk renew roadtax bagai? Selalu jmpa parent yg guna utk beli keperluan anak mcm susu & diapers je.
Quote ultra78 11-4-2025 07:36 AM
Kalau tak mampu bayar roadtax kereta, itu tanda sama ada kamu sebenarnya tak mampu nak pakai kereta atau kamu langsung tak buat perancangan perbelanjaan atau kedua-duanya sekali.
Quote Suchi 11-4-2025 09:14 AM
Edited by Suchi at 11-4-2025 09:16 AM

Duit raya anak2 dh selamat masuk tabung aji dorang dah
Ikutkan budak ni nk kumpul beli ipad tp bkn byk pun mana ler cukup
Kena kumpul lagi 10 tahun baru cukup

Btw iols bleh je nak belikan ipad tu topup duit iols ke takpun beli yg 2nd tp iols masih ragu2 takut tu keputusan yg salah.
Risau kang keje sekolah tanak buat asik nak melukihh kat ipad je
Iols juga malas nak stress membaran tiap masa dan ketika gara2 nak marah anak main ipad ke apa so buat masa ni biarlah dulu
Selagi tak mampu buat karangan 500 patah perkataan ipad tangguh dulu
Lagipun ipad bukan leh guna tuk whatsapp kan? Kalau nk guna utk kelas tuisyen kat google meet tu cemana yaa? Biasa kan klik link cikgu bg kat whatsapp je
Quote Decaffeinated 11-4-2025 10:56 AM
Suchi replied at 11-4-2025 09:14 AM
Duit raya anak2 dh selamat masuk tabung aji dorang dah
Ikutkan budak ni nk kumpul beli ipad tp bkn b ...

Kalau paksa masuk tabung haji boleh ka? soalan mungkin tak berapa cerdik tapi serius.

Quote mzzenma 11-4-2025 11:01 AM
mcm mzz dah bgtau siap2..a small percentage of their duit raya boleh guna utk beli toys, books etc. The rest terus masuk savings.

And they totally understand.
Quote Suchi 11-4-2025 01:53 PM
Decaffeinated replied at 11-4-2025 10:56 AM
Kalau paksa masuk tabung haji boleh ka? soalan mungkin tak berapa cerdik tapi serius.

Tak paksa pun,mmg atas persetujuan dorg simpan situ dulu nnt dh cukup bleh la beli ipad tu
Ini duit raya yg sedara mara bg masa blk kg aritu
Kat bandar ni lum sempat lagi beraya umah kawan dan sedara mara kat sini
Lum campur lagi duit raya drpd kwn2 keje biasanya time jamuan raya opis nnt la baru bg
So yg ni biasanya dh tak masuk tabung aji yg tu terpulang pd anak nk guna nak beli apa.
Tahun lepas punya duit raya dh selamat beli beskal kat decathlon tu pun iols kena topup gaklaa

Quote Suchi 11-4-2025 02:03 PM
acikonion replied at 11-4-2025 05:59 AM
Ada ke parent yg guna duit raya anak utk renew roadtax bagai? Selalu jmpa parent yg guna utk beli ke ...

Ntahla iols biasanya malas amik tau org lain nk guna or buat apa dgn duit raya anak2 dorang
Selalu baca komen memasing halalkan je mak ayah dorang yg terguna duit tu tuk perbelanjaan rumah ke apa.

Quote airfilterkotor 11-4-2025 02:30 PM
Sesak takde duit selepas berhabis persiapan/menyambut raya?
Soalan-soalan dari hadirin yang menghadiri ceramah UAI ni, memang aku tak terperanjat pun.

Corak soalan agak sepesen dan tak terjangkau akal kenapa kau tanya soalan camni.

Quote dua_chzy 11-4-2025 02:33 PM
Eh patutnya kau guna ayat ni untuk duit Bantuan Awal Persekolahan, Biasiswa Kerajaan Persekutuan semua tu. Rammmmaiiii kot mak pak pi sakauuuuyyy
Quote dua_chzy 11-4-2025 02:34 PM
Kena ada hukum - "harom mak pak guna duit bantuan dan biasiswa anak" kot, barulah rakyat ada sikit segan nak guna.
Quote silance 11-4-2025 02:42 PM
dua_chzy replied at 11-4-2025 02:33 PM
Eh patutnya kau guna ayat ni untuk duit Bantuan Awal Persekolahan, Biasiswa Kerajaan Persekutuan sem ...

Aktiviti sakau ada di mana-mana. Dari yang atas-atas sampai yang paling basic. Parents sakau duit bantuan anak, kesian budak-budak tu.
Quote Decaffeinated 11-4-2025 03:31 PM
Suchi replied at 11-4-2025 01:53 PM
Tak paksa pun,mmg atas persetujuan dorg simpan situ dulu nnt dh cukup bleh la beli ipad tu
Ini dui ...

Ohh... tak paksa OK la. Paksa rela pun bagi aku OK juga sebab ada perkataan rela tu janji dorang nampak jalan di hadapan. Jangan paksa tanpa rela itu kejam



Quote ina_na 11-4-2025 04:02 PM
Anak sulung iolss bl baju tuk cosplay guna duit raya...bg duit raya kat iolss tuk msk bank..si adik mmg bg iolss pegang..iolss pulak x de duit kecik nak bg duit raya..jd iolss trs transfer duit iolss dlm akaun anak iolss Dan bayarkan duit baju cosplay online... Duit raya dia org iolss letak dlm sampul tuk bg duit raya..kiranye tukar duit gan anak je...kat Johor ni beraya nye sebulan...dgn rumah terbuka nye... bg la duit raya kan kat anak2 tuan rumah..iolss nak bt rumah terbuka rsnye mcm x larat...
Quote vespa_oren 11-4-2025 04:46 PM
Duit raya anak semua ibu dia pegang, pastu masuk tabung haji diaorang, setakat ini plg bnyk dpt rm700 si abang, adik2nya rm600+ sorg
Tpi sblm raya hari tu terpaksa gak kuarkan duit tabung haji aku nk cover untuk balik raya
Quote mizruncing 11-4-2025 05:08 PM
duit anak2 ni seeloknya menabung la utk future. selagi mampu guna la duit sdri sara anak.. klu x mampu ikut la keperluan anak tu klu nak pakai pon. masing2 dah besar kan ada otak boleh pikir.. yg aku x paham duit raya untuk anak suruh anak manage sdri. contoh trdekat cousin aku dgn takde keje tetap, takde income lain tp duit raya anak pi beli hp sbb katanya anak dh lama mintak
Quote TeropongThaico 11-4-2025 05:24 PM
Anak2 aiol permurah bab ni. Puas tolak naik letih mulut tp ade je nak belanja family. Kena pula bulan ni start 21hb ni sampai 19hb depan celebrations birthday kami semua... Ada je rancangan diarg dah plan tu. Diarg tak nak bgth dpt berapa harap diarg guna 1/3 drp jumlah dah le. Selalu aiol bank in cepat2 tp kali ni terpaksa mengalah next month baru diarg setuju nak simpan baki
Quote renko 11-4-2025 06:00 PM
Edited by renko at 11-4-2025 06:01 PM

ade je kenal orang cmni
geng terpaling boikot
puasanya sehari pun tak macam2 alasan
tapi beraya mengalahkan macam orang puasa setahun
sampai raya ke 6 duk berootd anak beranak baju raya
lepastu hayak anak beranak ke sana sini kutip duit raya merata
duit takde nk isi minyak apa bagai
rolling duit raya anak2 dia
sekali g beraya berbelas2 rumah disinggahnya
semata2 nak kutip duit raya pastu mencekik tak ingat2
Quote Suchi 11-4-2025 09:51 PM
renko replied at 11-4-2025 06:00 PM
ade je kenal orang cmni
geng terpaling boikot
puasanya sehari pun tak macam2 alasan

Iols tak reti nak g beraya umah org kecuali org ajak
Biasanya raya ke 2 pi umah kakak sulong iols tu pun tunggu dia ajak kalau dia tak ajak secara personal mmg tak g walau adik badik lain ada yg beraya aritu kt umah dia.
Sejak mak pak iols dah takde raya ke 3 iols akn cau cin cau gerak balik umh sendiri pastu esoknya sambung pi coti2 Malaysia berlibur healing sana sini sampai abis cuti sekolah takde maknanya nk g beraya umh org sampai berhari2.

Quote Apoo 12-4-2025 02:04 AM
Klu ikut fatwa mufti WP, aku quote, "Jumhur fuqaha iaitu mazhab Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa bapa tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukannya sahaja[2]. Oleh itu, jelas di sini bahawa ibu bapa yang menggunakan duit raya anak mereka untuk tujuan selain daripada keperluan atau maslahat anak itu sendiri, maka ia hendaklah diganti semula. Hal ini kerana, bersikap kedekut atau berlebihan dalam menguruskan harta anak adalah berdosa."
(https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5892-irsyad-hukum-siri-ke-835-hukum-ibu-bapa-menggunakan-duit-raya-anak-anak)

In case klu parent betul2 x dak duit utk bayar roadtax, & kenderaan tu digunakan utk hantar anak2 pi sekolah, itu dah dikira satu keperluan kan? Cuma kena ganti balik la.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.145763 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top