CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

ASEAN tak akan berundur depani cabaran semasa - PMX

10-4-2025 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 702| Komen: 3|Original author: Raline


Screenshot 2025-04-10 082726.png


KUALA LUMPUR: ASEAN tidak akan berundur dan tergesa-gesa dalam mendepani cabaran semasa, sebaliknya akan membina semula untuk membentuk sesuatu yang lebih baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata pada masa ini, rantau berkenaan bukan lagi wilayah yang terpencil dalam ekonomi global, sebaliknya berada di tengah-tengahnya.

Namun begitu katanya, pengaruh ASEAN tetap bergantung kepada perpaduan, keupayaan untuk bersuara secara bersama dan bertindak dengan niat yang dikongsi bersama.

"Bagi ASEAN, jawapannya (kepada isu) bukan untuk berundur, juga bukan untuk tergesa-gesa. Rantau kita telah ditempa dengan pelbagai cabaran – daripada kejutan mata wang hingga wabak global, kita telah melaluinya semua.

"Setiap kali, kita bukan sahaja membina semula, tetapi membentuk sesuatu yang lebih baik," katanya dalam ucaptama majlis makan malam gala sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia dalam 'Finance Track', di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bagaimanapun, Anwar berkata, daya tahan sahaja tidak mencukupi tanpa hala tuju yang jelas kerana dunia tidak menunggu dan ASEAN juga tidak boleh ketinggalan.

"Inilah sebabnya Kepengerusian Malaysia berpegang kepada tema Kelestarian dan Inklusiviti - bukan sebagai hiasan retorik, tetapi sebagai cita-cita yang nyata dan boleh dilaksanakan," katanya.

Anwar berkata, inklusiviti bermaksud pertumbuhan yang bukan sekadar mengangkat pasaran, tetapi turut menyentuh kehidupan yang merangkumi peniaga kecil, usahawan muda, golongan yang terpinggir dan mereka yang tidak kelihatan.

"Kelestarian pula membawa makna yang lebih luas daripada sekadar kesedaran terhadap perubahan iklim. Ia berkaitan dengan kesinambungan - dari segi peluang, kestabilan, dan keyakinan terhadap institusi.

"Ia menuntut kita untuk merancang dengan disiplin, melabur dengan pandangan jauh, dan bertindak dengan penuh keprihatinan.

"Finance Track memberikan kita instrumen untuk merealisasikan aspirasi ini.

"Sama ada dengan memperdalam perdagangan intra-ASEAN, menyelaraskan rangka kerja kewangan hijau, memperkukuh jaringan keselamatan sosial, atau memperluaskan akses kepada modal - kita sedang membentuk rantau yang ingin kita diami, bukan sahaja untuk hari esok, tetapi juga untuk dekad-dekad yang akan datang," katanya.


Sumber :– Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 10-4-2025 09:17 AM
Hari ini asean menaaang, esoookkkk
Quote Decaffeinated 10-4-2025 10:57 AM
Orang luar pandang ka ASEAN ni? soalan serius.
Quote nusaraya 10-4-2025 11:30 AM
kemaruk replied at 10-4-2025 09:17 AM
Hari ini asean menaaang, esoookkkk

Tampaknya masa depan "ASEAN" saat kini bergantung hidupnya kepada kebijakan dan keputusan PMX Anwar yaitu PM Bangsa MalayDesh Mahawangsa yang Maha Kuat, Maha Besar Superpower Dunia  serta juga Penguat Kuasa Alam Melayu dan Dunia guna membalas kebijakan "resiprokal Trump"  yang saat ini sedang memporak-perandakan negara-negara ASEAN ...

Ayo PMX... 700 juta rakyat ASEAN menunggu "Your ACTION"  ..Buktikan Kehebatan dan Kebesaran MalayDesh MAHAWANGSA yang selama ini selalu anda propagandakan keseluruh dunia  adalah "REAL dan NYATA"   bukan hanya sekedar "MIMPI atau ANGAN-ANGAN"  ...



[youtube]hu5HQC6MAew[/youtube]


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.032650 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top