CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kongsi Gambar Raya Seorang Diri, Aprena Manrose Merajuk Dengan Suami

10-4-2025 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 693| Komen: 7|Original author: Raline


aprenaa.png


Perkongsian pelakon Aprena Manrose yang memuat naik gambar raya seorang diri tanpa suami mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen.

Memetik mStar Online, Aprena bagaimanapun tiada niat untuk menimbulkan tanda tanya serta menjelaskan hubungannya dengan suami, Afiq Hamzan masih lagi baik.

Jelas Aprena gambar tersebut adalah ketika dia balik ke Indonesia seorang diri kerana suaminya ada tuntutan kerja dan perkongsian itu hanya luahannya sahaja.

“Sebenarnya, yang gambar saya raya seorang itu adalah sebab saya balik ke Indonesia seorang diri tanpa suami. Saya ini manja orangnya, jadi apabila perlu balik seorang, saya saja meluahkan dekat Instagram.

“Afiq perlu bekerja pada hari raya kedua. Jadi, dia tidak dapat ikut dan hantaran tersebut macam buatkan saya nampak merajuk sahaja. Saja mahu buat drama.  Insya-Allah tiada apa yang berlaku. Doakan jodoh kami berpanjangan,” katanya.

Sementara itu, Aprena memohon maaf jika ada netizen yang salah faham dengan hantarannya itu namun dia juga ada berhak untuk memuat naik apa saja luahan namun dia sedar perlu ada batas.

“Saya minta maaf kalau orang tersalah anggap, bagi saya dalam kehidupan kita kalau kita bukan pelakon dalam drama kita pun ada drama hidup kita sendiri.

“Saya pun selayaknya boleh post apa saja yang saya rasa di Instagram, cuma harus berbatas sebab mungkin orang akan lebih peduli, lebih ambil berat, saya akur dan saya minta maaf,” katanya.

Sumber : mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 10-4-2025 04:52 PM
Aprina ni WNI ke berkahwi dgn lelaki WNM?
Quote heythere123 10-4-2025 05:26 PM
kesian sendu sangat sampai benda macam ni pon kena bayar wartawan
Quote Glass_shoes 10-4-2025 05:38 PM
nolya replied at 10-4-2025 04:52 PM
Aprina ni WNI ke berkahwi dgn lelaki WNM?

Aprena anak Iwan dangdut..Mungkin dia melawat saudara mara di Indonesia
Quote sukanyanyi 17-4-2025 01:35 PM
heythere123 replied at 10-4-2025 05:26 PM
kesian sendu sangat sampai benda macam ni pon kena bayar wartawan

Semua org tertipu.. terpaksa post benda mengundang psl status umahtgga.. apeee la
Quote heythere123 17-4-2025 04:23 PM
sukanyanyi replied at 17-4-2025 01:35 PM
Semua org tertipu.. terpaksa post benda mengundang psl status umahtgga.. apeee la

iols nyampah tau sebab for me sheols kategori takde aura. Serabut kalau asyik naik tred sheols je manjang
Quote sukanyanyi 17-4-2025 04:27 PM
heythere123 replied at 17-4-2025 04:23 PM
iols nyampah tau sebab for me sheols kategori takde aura. Serabut kalau asyik naik tred sheols je  ...

Ahah.. sblm ni iols rase sheols cute. Pastu baru ni iols tgk sheols buat b4 after makeup.. ya ampun.. maaf la, agak awam. Meols rase sheols ade aura dulu je mase rambut kepuk2. Tp takkanla nak suh bukak pulak ek. Dpt saham dosa skali..haha
Quote heythere123 17-4-2025 04:28 PM
sukanyanyi replied at 17-4-2025 04:27 PM
Ahah.. sblm ni iols rase sheols cute. Pastu baru ni iols tgk sheols buat b4 after makeup.. ya ampu ...

sheols macam cepat tua pon ada

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.056914 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top