CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu kandung gigit, cucuk anak dengan gunting direman

9-4-2025 11:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1890| Komen: 20|Original author: tatod

DERA-ANAK-GUNTING.jpeg

KANGAR – Seorang wanita direman selepas disyaki menggigit dan mencucuk anak kandungnya menggunakan gunting sehingga mengakibatkan kecederaan dalam kejadian, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian itu terbongkar apabila guru besar sekolah menyedari kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu kerap hadir lewat ke sekolah.


“Guru besar sebuah sekolah rendah di Jitra, Kedah itu pada mulanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena sebelum membuat laporan polis pada kelmarin.

“Mangsa yang merupakan murid tahun lima didakwa menjadi mangsa penderaan oleh ibu kandungnya sendiri yang berusia 33 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
DERA-KANAK-KANAK.jpeg
Menurutnya, laporan pemeriksaan perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini mendapati terdapat kesan luka pada belakang badan, leher, kaki dan tangan mangsa yang dipercayai akibat digigit selain dicucuk menggunakan gunting.
Susulan itu, katanya, polis melancarkan Ops Jejak bagi mengesan suspek dan kira-kira pukul 1.30 pagi semalam, wanita itu berjaya ditahan berhampiran jejambat Titi Kerbau, Lebuhraya Changlun–Kuala Perlis, dekat sini.

“Turut dirampas sebilah gunting berhulu kuning sepanjang 12 sentimeter, seunit telefon pintar jenis iPhone 12 berwarna merah serta sekeping kad sim jenama Tune Talk yang dipercayai digunakan suspek. Mahkamah Majistret Kangar telah membenarkan reman selama empat hari terhadap suspek bermula semalam hingga 11 April ini bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 9-4-2025 02:30 PM
allah... siannya adik ni
Quote Purestteam1 9-4-2025 02:35 PM
tq cikgu yg prihatin
Quote silance 9-4-2025 02:39 PM
Suami dia mana. Dari mula cerita sampai habis tak muncul.
Mujurlah guru besar alert dengan masalah murid.


Quote Skuau 9-4-2025 03:10 PM
silance replied at 9-4-2025 02:39 PM
Suami dia mana. Dari mula cerita sampai habis tak muncul.
Mujurlah guru besar alert dengan masalah m ...


"nk muncul acaner kita kerja la...kang ada kt umah ngata kita bewak...pulok"-Somi
Quote kaoru44 9-4-2025 03:37 PM
dah pehal main cucuk2 ngn gunting plak,ingt tak sakit ke..kesian ank dpt mak mcm gini..
Quote Samerosie 9-4-2025 03:43 PM
Tak kesian ke kat anak, sakit tu, cuba kau sendiri cucuk diri dgn gunting sakit ke idak.  kalau tak sakit meh sini aku tolong cucukkan betul2.  Sian anak tu.
Quote Claudia_Lestat 9-4-2025 04:34 PM
mental ke apa pompuan ni? aku kalau terpelepap anak aku pun tahap menyesal tu x tau nak cakap camana. yang dia boleh banyak kali cucuk dgn gunting ni sakit jiwa ka apa?
Quote black_handbag 9-4-2025 04:42 PM
sama geng dgn mak pak arwah zayn rayyan ke nih
Quote Prickford 9-4-2025 04:48 PM
silance replied at 9-4-2025 06:39 AM
Suami dia mana. Dari mula cerita sampai habis tak muncul.
Mujurlah guru besar alert dengan masalah m ...

Sama kes dgn mak yg tolak anak tersungkur kena bucu kerusi tu. Kes ni pon orang dok tanya, mana suaminya sampai sume anak, mak sorang2 dok pikul bwk sana sini.
Quote midori888 9-4-2025 04:53 PM
kesian ko dik, dpt mak sakit jiwa
Quote sukacactus 9-4-2025 04:56 PM
Bagus GBnya, alert & prihatin
Mak budak ni gila ke apa?
Quote kotakbaju 9-4-2025 04:56 PM
Depa ni tinggal kat kangar tapi sekolah kat jitra ke? Jauh jugak tu nak berulang alik.
Quote zehra2 10-4-2025 07:48 AM
cuba cucuk gunting tu pd mak dia.. apa rasa nya
harap je pakai iphone tp otak kosong
Quote cmf_Strawberry 10-4-2025 07:51 AM
Gila, ya Allah tolongla semua orang buat sesuatu utk melindungi anak-anak. I jaga anak2 I dgn sgt baik sbb I pun dibesarkan dalam keluarga yg bahagia walaupun tak kaya. Anak2 I alhamdulillah InsyaAllah baik je walaupun tak cemerlang tapi akhlaknya boleh dikawal. I sll bagitau anak2 yg lelaki mereka adalah pelindung. Kerajaan tolongla buat sesuatu.
Quote IzzahF 10-4-2025 07:55 AM
bila gila, tp gatal nk kawen beranak pinak. org kawen ko pun nak kawen
Quote sapeka 10-4-2025 07:57 AM
Mak dia kenapa
Gila ke?
Quote Dalcott 10-4-2025 08:33 AM
hisap ke mak dia ni
Quote mejaputih 10-4-2025 09:12 AM
berita siap highlight iphone jenis apa si emak keparat ni pakai...
Quote KamikuP 10-4-2025 09:16 AM
mAK dia ni mesti gundu kepam

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060903 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top