CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stesen minyak Setia Alam sediakan sangkar untuk kucing jalanan

9-4-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 708| Komen: 12|Original author: Raline

ss.PNG


PETALING JAYA – Seorang wanita teruja apabila buat pertama kali melihat stesen minyak yang menyediakan sangkar besar untuk kegunaan kucing-kucing jalanan di kawasan itu.

Video itu dimuat naik @ssempire_ di laman TikTok yang menunjukkan beberapa ekor kucing dijaga rapi dan kelihatan bersih oleh pihak pengurusan stesen minyak di Setia Alam, Selangor itu.

“Kebiasaannya, kita lihat stesen minyak hanya menyediakan fasiliti seperti tandas, surau, bangku dan sebagainya tetapi di sini agak lain. Mereka telah membina ‘banglo’ kucing yang besar, selesa dan bersih supaya kucing-kucing di sana selesa.

“Pihak pengurusan juga menjaga kebajikan makanan dan minuman kucing. Kucing-kucing jalanan di situ semuanya comel, gebu dan manja sangat,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan sikap pemilik stesen minyak itu.

“Pemilik shell Setia Alam ini memang bagus. Bukan setakat surau dan tandas bersih tetapi dia ada pekerja orang kurang upaya juga,” @mohdfairuzz239.

“Semoga pemilik dan pekerja Shell Setia Alam dilimpahkan rezeki seperti air zamzam yang tidak henti mengalir dan sihat walafiat,” kata @huurunnur.co.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 8-4-2025 02:47 PM
Semoge syurge buat puan..
Quote MarryPottet 8-4-2025 03:24 PM
Alhamdulillah
Moga Pemilik & staff dinaungi rahmah Allah serta direzkikan dgn takdir2 yg baik sentiasa. Aamiin
#adoptdontshop
Quote mejaputih 8-4-2025 03:27 PM
bersih2 bulu kucing2 situ...
Quote manehnya 8-4-2025 03:35 PM
boleh jd tarikan jugak tu utk budak2 bila singgah kan, smoga murah rezeiki owner
Quote nazzse 8-4-2025 04:27 PM
Seronoknya sambil cari rezeki sambil dapat doa drp customer.

Melimpah ruah rezeki owner ni dunia akhirat
Quote prettyuglybabe 8-4-2025 04:58 PM
hope tak ada orang curi kucing yang cantik-cantik and orang buang kucing kat situ..
Quote Decaffeinated 8-4-2025 05:24 PM
Ada sangkar tapi melepak di luar? Kalau masuk untuk berak ja then call it toilet la.
Quote Skuau 8-4-2025 06:56 PM
Edited by Skuau at 8-4-2025 07:23 PM

Sementara itu...bawah Stesen BRT South Quay pulok dah jadi 'tempat tinggal' anjing2 liar.
Quote zamnie 8-4-2025 07:27 PM
Alhamdulillah moga murah rezeki
Quote KamikuP 9-4-2025 09:31 AM
Alhamdulillah.. moga dilimpahkan rezzeki buat org baik..dan juga semoga kucing tu tak diculik dan dimakan oleh warga asing.. huhuhuh
Quote missbigrockstar 9-4-2025 10:55 AM
Montel-montel semua nya
Quote gigahertz 9-4-2025 06:09 PM
prettyuglybabe: hope tak ada orang curi kucing yang cantik-cantik and orang buang kucing kat situ..
kalau ada yang buka klinik binatang mesti ada kes binatang di tinggalkan depan pintu kedai.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.415819 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top