CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zayn Rayyan mati dijerut, bukan lemas- Telinga dihiris, dubur luka disumbat objek tumpul!

9-4-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6533| Komen: 83|Original author: Raline

zr.PNG


Kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin berpunca daripada jerutan di leher dan bukannya lemas.

Perkara itu dimaklumkan Pakar Perubatan Forensik dari Hospital Pasir Gudang, Dr Rohayu Shahar Adnan ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa.

Beliau yang ketika itu bertugas di Hospital Sungai Buloh berkata, dapatan itu dibuat hasil bedah siasat ke atas jasad Zayn Rayyan yang dilakukan pada pukul 12 tengah hari, 7 Disember 2023.

Menurutnya, jerutan yang membawa maut itu mungkin berpunca daripada penggunaan tali, landyard, kain atau sebarang objek yang dipintal kuat hingga menghalang aliran oksigen ke paru-paru dan otak mangsa.

"Jerutan dapat dikenal pasti melalui kesan lebam pada otot leher dan kelenjar tiroid. Ia cukup kuat sehingga menyebabkan kematian," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.

Selain itu Dr Rohayu berkata, antara kecederaan yang dikesan adalah kesan jerutan sepanjang enam sentimeter di bawah kedua-dua telinga.

Untuk rekod Dr Rohayu yang juga saksi pendakwaan ke-27 tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pengabaian Zayan Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal membabitkan, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh.

Selain itu, terdapat kesan lebam pada pelbagai bahagian tubuh mangsa termasuk mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan dan lengan kanan serta kiri.

Lebih menyayat hati, pemeriksaan turut menemui luka koyak dan lelasan pada bahagian dubur Zayn Rayyan yang dipercayai akibat kemasukan objek tumpul, namun menurut doktor, kecederaan tersebut tidak mematikan (membawa maut).

"Terdapat juga potongan, tikaman dan hirisan di beberapa bahagian tubuh termasuk telinga kiri sehingga belakang kepala dan lengan. Semua ini menunjukkan wujud unsur penderaan fizikal terhadap mangsa," katanya.

Bedah siasat turut menemui benda asing dalam salur pernafasan dan perut mangsa dan lebam pada lelangit mulut.

Ia menguatkan kemungkinan objek itu dimasukkan secara paksa.

Namun Dr Rohayu menegaskan, Zayn Rayyan tidak mati akibat tercekik atau lemas kerana tiada bukti menunjukkan mangsa ditenggelamkan atau direndam dalam air walaupun terdapat kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki mangsa.

"Mayat mula menunjukkan tanda-tanda membusuk (reput) seperti kulit kehijauan, mengelupas dan perut mengembung.

"Tapi tiada kesan kecederaan pertahanan atau luka menumbuk atau menendang dilihat pada mangsa," katanya yang menambah tiada penyakit serius pada organ dalaman yang ditemukan.

Pada 13 Jun tahun lalu, ibu bapa Zayn, yang masing-masing berusia 30 tahun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengabaikan anak mereka sehingga boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 8-4-2025 05:33 PM
Zayn tak melawan ke masa dijerut tu? Kesan kecederaan tu suma inflicted bila dia dah tak sedar/mati ke? Sedihnya bila meols imagine kemungkinan dia tak bergelut/melawan sebab mak dia yang buat...
Quote dua_chzy 8-4-2025 05:37 PM
Edited by dua_chzy at 8-4-2025 09:47 AM

Terus meols teringat kes sorang toddler or little kid under 5 la gitu, kena dera kat US. Last words dia sebelum mati dibunuh oleh maknya adelah, "I love you mommy". Dengan harapan mak dia benti seksa dia. Takda makna. Betina tu pi lemaskan anak dia dalam bath tub if tak silap lepas dah puas bantai. Meols terai google case ni tapi tak jumpa pula. Sebab nak ingat balik nama little angel tu sapa.
Quote 3chanceno 8-4-2025 05:57 PM
Kesiannya dak Zayn nie, sedih meols baca laporan nie  patutlah polis chek dgn interpol ke apa pasal pedo pasal ada kesan2 aniaya kat budak nie. Tak terkata bila baca berita nie.

Semuga pihak polis dapat buktikan siapa pelaku aniaya budak nie.

Apa hal apak dia duduk kat wheelchair?
Quote cmf_almondpecan 8-4-2025 06:10 PM
dua_chzy replied at 8-4-2025 05:37 PM
Terus meols teringat kes sorang toddler or little kid under 5 la gitu, kena dera kat US. Last words  ...

Riley Ann Sawyers
Quote Goodluckdontcry 8-4-2025 06:30 PM
Kejam, zalim , tidak berperikemanusian..namakan apa shj, yg pasti ko mmg iblis laknatullah yg menyamar jd manusia...mmg dasar celaka..moga ditimpa azab tak terperi diats perbuatan keji dan zalim yg ko lakukan, xkira la engkau SIAPA...amin..perkenankanlah ya Allah ya tuhanku...amin..
Quote lolipopmanish 8-4-2025 07:51 PM
Kejamnya tergamak betul
Quote borrow 8-4-2025 10:00 PM
dua_chzy replied at 8-4-2025 05:37 PM
Terus meols teringat kes sorang toddler or little kid under 5 la gitu, kena dera kat US. Last words  ...

Lg satu kt Sg, Megan Khung. Teruk sheols kena seksa, tak cukup makan , pakaian , pukul. Katanya ayat terakhir im sorry mummy. Geram dgn kes ni sbb pihak tadika dh perasan tp malangnya tak cukup tindakan.
Quote borrow 8-4-2025 10:01 PM
I think antara sbb mak2 mampu dera sbb rasa diri terpaling mangsa. Anak jahatlah , rosakkan hidup depa la. Bahaya bila mentaliti gini sbb segala perbuatan jahat dpt dihalalkan , konon mendapatlah gitu.
Quote B40tastePosh 8-4-2025 10:57 PM
Masalahnye tak jumpa suspek lain....muka mak ayah dia je yg turun naik mahkamah.
Quote lurve82 8-4-2025 11:04 PM
Kemudian 1 family bersubahat. Ntah la. Aku dah terlupa sikit2 yg baca dkt edisi siasat tu. Bila baca balik, terus murung. Skrg arwah dah dkt syurga. Cuma sedih bila fikir saat2 akhir dia tahan sakit tu
Quote TeropongThaico 9-4-2025 12:02 AM
Dengan anak yg meninggal cara gitu... Aiol tak boleh brain camno le mak bapak leh tersengih2 tiap kali gi mahkamah. Yg atok leh reda dgn ujian... Kalau aiol maunya sasau dah skrg
Quote ina_na 9-4-2025 12:35 AM
dua_chzy replied at 8-4-2025 05:37 PM
Terus meols teringat kes sorang toddler or little kid under 5 la gitu, kena dera kat US. Last words  ...

Iolss yg ada anak ni mmg nampak sgt,kita kalo marah anak pun anak x melawan...dia org duk diam je...nanti x sampai 1 minit akan dtg dan ckp ibu msh marah ke...saya x tau saya bt Salah sampai ibu marah... iolss lps tu bgtau iolss mak Asia..x blh kontrol kalo nak marah n membebel,tp iolss x naik tangan... Kecuali kalo asyik ckp aku ko sesama deme adik beradik...iolss jentik mulut dua2..x elok dgr...lg satu cer tgk parent bawak kete mcm kene kejo gan malaikat maut.. anak2 dlm kete x fkr pun dia org x selamat...dia org relax je...iolss fkr sampai mcm tu tahap kepercayaan anak2 kat parent...iolss ni sejak msk 4s ni sensetif lebih skt...banyak kes eksident iolss avoid baca..tp kes adik Ryan ni iolss still follow..msh teringat ade forumer tulis pe yg iolss speku ms awal2 dl nanti merangkak kat padang mashar ...
Quote pocongkiutss 9-4-2025 12:57 AM
dua_chzy replied at 8-4-2025 05:37 PM
Terus meols teringat kes sorang toddler or little kid under 5 la gitu, kena dera kat US. Last words  ...

Aduh..nk nangis baca komen uols ni

Terus cium anak yg tgh tido

Why eh ada mak yg mcm ni..senang sgt dpt maka tak menghargai ke?
Quote dua_chzy 9-4-2025 01:45 AM
cmf_almondpecan replied at 8-4-2025 10:10 AM
Riley Ann Sawyers

Thanks. Aiyoooo sedehhhh bila ingat balik camna dia diseksa sampai mati...
Quote dua_chzy 9-4-2025 01:47 AM
borrow replied at 8-4-2025 02:00 PM
Lg satu kt Sg, Megan Khung. Teruk sheols kena seksa, tak cukup makan , pakaian , pukul. Katanya ay ...

Alahai....Memang selalunya camni kan. Singapore tu ada CPS kot, apsal la tak buat apa2.
Quote dua_chzy 9-4-2025 01:48 AM
pocongkiutss replied at 8-4-2025 04:57 PM
Aduh..nk nangis baca komen uols ni

Terus cium anak yg tgh tido

Yang kes Riley Ann ni tak silap mak dia druggie. Sebab tu macam syaiton perangai. Druggie ni sumanya patut dimandulkan ja. Takyah ada zuriat.
Quote edayildiz 9-4-2025 01:49 AM
masuk forem sbb boss kt ofis bkk cite ni td..hmm xnk baca tkt murung...haih jhtnya...
Quote dua_chzy 9-4-2025 01:52 AM
ina_na replied at 8-4-2025 04:35 PM
Iolss yg ada anak ni mmg nampak sgt,kita kalo marah anak pun anak x melawan...dia org duk diam je. ...

Samo la kita. Meols ni ober nau sentitip bila dah kertu. Maybe sebab selalu ingat mati, ingat hidup kemungkinan dah tak lama dengan orang tersayang, etc. Sedih la kalau betul Zayn ni diam ja kena cekik sampai mati - maybe sebab terlalu terkejut mak dia sanggup buat camtu. Meols dah tanak husnuzon, memang meols tuduh mak dia pembunuh pehtu bapak and the rest of the family bersubahat.
Quote Buritan 9-4-2025 07:41 AM
Mak dia dah terover stress.. bunuh anak tnpa sedar.. simpati pd mak pak yg ade anak otism.. nii..

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.185201 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top