CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebakaran saluran paip: 100 tan sampah dikutip dalam seminggu

8-4-2025 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 436| Komen: 9

 


SHAH ALAM – Kira-kira 100 tan sampah berjaya dikeluarkan dalam tempoh seminggu dari kawasan perumahan yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, baru-baru ini.

Pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Tahir berkata, kutipan tersebut adalah hasil sisa sampah domestik dan pukal dalam operasi yang bermula sejak hari kedua kejadian sehingga semalam.

Katanya, secara purata dianggarkan sehingga 18 tan sehari berjaya dikeluarkan bersama beberapa pihak termasuk Sukarelawan Selangor dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

“Pekerja sudah dibenarkan masuk ke lokasi sejak hari kedua kejadian namun dengan jumlah terhad dengan kira-kira dalam 50 orang bagi tujuan pembersihan itu.

“Kita berjaya mengutip dan membawa keluar 12 hingga 18 sampah sehari,” katanya hari ini.

Terdahulu, kebakaran paip gas kebakaran saluran gas hingga menghasilkan letupan besar kira-kira pukul 8.10 pagi pada 1 April lalu, telah menyebabkan 437 rumah terkesan dengan 81 daripadanya musnah sepenuhnya.


Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya telah menyediakan tong sampah pukal (RORO) bermula semalam, di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru bagi memudahkan mangsa menjalankan kerja pembersihan.

“Difahamkan ada mangsa sudah balik ke rumah dan kita sediakan tong RORO bagi memudahkan sampah pukal seperti perabot dapat dikeluarkan mereka.

“Kemudian kita akan bawa semua aset antaranya lori kompaktor, pembersih takungan air dan mesin penyembur air berkuasa tinggi bagi tujuan seterusnya,” jelasnya.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-4-2025 02:35 AM
Kenapa pokok-pokok dekat situ tak ada daun? Sekarang ni Malaysia musim luruh ke?
Quote Zeelalala 9-4-2025 05:18 AM
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2025 07:35 PM
Kenapa pokok-pokok dekat situ tak ada daun? Sekarang ni Malaysia musim luruh ke?

Apa punya soalan...kan terbakar semua...itupun nasib baik masih ada batang pokok tu....
Quote nisako 9-4-2025 10:28 AM
sian
Quote kemaruk 9-4-2025 10:58 AM
Dekat pelaliling jayo
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2025 11:05 AM
Zeelalala replied at 9-4-2025 05:18 AM
Apa punya soalan...kan terbakar semua...itupun nasib baik masih ada batang pokok tu....

Daun hijau mana boleh terbakar
Quote supernaturalee 9-4-2025 02:08 PM
Zeelalala replied at 9-4-2025 05:18 AM
Apa punya soalan...kan terbakar semua...itupun nasib baik masih ada batang pokok tu....

heshe always on joke

Quote B40tastePosh 9-4-2025 02:15 PM
Edited by B40tastePosh at 9-4-2025 02:16 PM

Dia punya view tu macam serangan pada musim luruh oleh German di Belarus.



Quote Zeelalala 9-4-2025 06:28 PM

jokes x kene tempat
Quote supernaturalee 10-4-2025 01:21 PM
Zeelalala replied at 9-4-2025 06:28 PM
jokes x kene tempat

kdg mmg pun
geghammm je

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.405339 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top