CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki lemas, rakan hilang ‘ditelan’ ombak

8-4-2025 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 408| Komen: 2

 


MERSING – Kegembiraan tiga sahabat mandi-manda di Pulau Mawar di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, seorang lagi masih hilang selepas dibawa arus ombak.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Endau, Pegawai Bomba Kanan II KUP Azman Yahya berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 2.37 petang tadi.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar kejadian tiga orang mangsa lelaki dewasa lemas ketika mandi di Pulau Mawar.

“Seorang mangsa lelaki warga tempatan berjaya menyelamatkan diri manakala dua rakannya dipercayai lemas dibawa arus deras. Seorang mangsa lelaki warga Singapura telah di temui terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri di permukaan pantai, dan telah di bawa ke pesisir pantai oleh orang awam sebelum PKO tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pencarian diteruskan dengan menggunakan teknik ‘surface searching’ dikawasan sekitar mangsa dilaporkan hilang untuk mencari seorang lagi mangsa merupakan warganegera India yang masih belum dijumpai. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kekunci_Hitam 8-4-2025 08:37 AM
kesiannya... semoga cepat dijumpai.. nak selamat tu macam dah tipis kan.. harap dapat disempurnakan jela jenazah/mendiang dengan sewajarnya.
Quote Tunakimchi 8-4-2025 04:23 PM
Salam takziah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.035202 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top