CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan perincikan dahulu tarif AS sebelum berunding

8-4-2025 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 386| Komen: 5|Original author: tatod

1000010573.jpg



PUTRAJAYA – Kerajaan akan menentukan secara terperici keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif baharu sebanyak 24 peratus kepada beberapa sektor ekonomi dari negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri akan memastikan beberapa pengecualian yang diberikan negara kuasa besar itu kerana ruang perbincangan dan perundingan masih ada.

-Advertisement-
“Sebagai sebuah negara, tentunya sebahagian kita mahu ambil keputusan yang agak terlalu keras, tapi kebijaksanaan rakan-rakan Jemaah Menteri adalah untuk pertamanya menentukan apa yang diputuskan secara terperinci.

“Ini kerana kenyataan itu umum dan ruang untuk perbincangan dan perundingan masih ada. Keduanya ada juga beberapa pengecualian yang kita nak pastikan itu dulu. Jadi, mungkin kita ambil jalur yang agak sederhana,” katanya ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau bersama Kementerian Luar dan Menteri-menteri yang berkaitan akan menghubungi rakan-rakan di ASEAN supaya ada pendirian negara masing-masing.

Katanya, langkah itu agar ASEAN dapat berdiri tegap sebagai suatu kelompok yang besar dengan jumlah penduduk sekitar 640 juta yang mempunyai kekuatan ekonomi antara paling utama di dunia. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-4-2025 10:30 AM
Berapa inci?


Quote kemaruk 7-4-2025 10:59 AM
clueless     
Quote plywood 7-4-2025 11:46 AM
Kalau masih untung sebab status tarif sekarang, iaitu dimana pengimport amerika lebih memilih malaysia dari china kerana tarif yang lebih rendah, dalam sesetengah produk, kenapa perlu berkeluh kesah...  dan lagi semikonduktor pulak tak kena.. yang lain tu carilah pasaran lain kalau dah tak boleh sangat...

Minta dari trump macam-macam, trump pun akan tuntut macam2..  trump ni tengah tunggu peluang minta logam2 yang dia sangat perlu...  itu contoh

setakat ini kesan negatif dari tarif lebih menonjol.. kemungkinan besar ini bersifat sementara dan akan ada perubahan2 lagi sebab tentangan kepada tarif trump ni besar datang dari semua arah

jangan contact trump, dan sebolehnya jgn dulu buat statement, apa lagi yang bersifat defensif sebab... realitinya, negara2 lain memang kenakan tarif kepada barang dari amerika... amerika tak ada hak kah nak buat?

satu lagi negara kita tak ada power sangat...bagus kekalkan berkecuali supaya bole berniaga dengan semua negara
Quote Purestteam1 7-4-2025 11:50 AM
PMX leh call trump utk selesaikan
Quote Decaffeinated 7-4-2025 03:32 PM
Aku suka ja US ni flex their muscle. Banyak negara2 haters ni sangat hipokrit kasi sedar sikit.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.315637 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top