![]()
Seremban: Anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang wanita pada hujung bulan lalu. Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa dengan sengaja menumbuk di kepala seorang wanita berusia 28 tahun di Taman Satria, Senawang di sini, pada 10.20 malam 29 Mac lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000. Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan memohon tarikh sebutan semula.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Chrysandy Lai yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya menanggung dua anak masih kecil dan ibu bapa serta isteri. Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin. Sebutan semula bagi serahan dokumen dan laporan perubatan penuh ditetapkan pada 19 Mei depan. ![]() Media sebelum ini melaporkan tular satu klip video memaparkan seorang pemandu kereta wanita ditumbuk seorang lelaki dekat Taipan Senawang. Kejadian dipercayai berpunca selepas lelaki berkenaan bengang kerana mendakwa anaknya dilanggar pemandu kereta Perodua Axia berkenaan ketika melintas jalan. Tangkapan terhadap lelaki itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan. - Harian Metro |
Thunderclouds replied at 7-4-2025 11:55 AM
Kurang2 kena denda sajorkk..Biasa la. Undang2 malaysia. Nk puas hati mangsa kna proceed saman sivil. ...
prettyuglybabe replied at 7-4-2025 02:54 PM
kalau mengaku salah, settle bayar denda je kot..
boleh merayu minta kurang denda..
ni dah ngaku tak ...
prettyuglybabe replied at 7-4-2025 02:54 PM
kalau mengaku salah, settle bayar denda je kot..
boleh merayu minta kurang denda..
ni dah ngaku tak ...
ADVERTISEMENT