CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangguh peluasan skop SST, beri rakyat ruang bernafas – Ka Siong

8-4-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 382| Komen: 6|Original author: tatod

1000010666.jpg



PETALING JAYA – Kerajaan diminta menangguhkan pelaksanaan peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) secara progresif yang akan bermula pada 1 Mei depan.


Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tarikh pelaksanaan yang diumumkan sebelum ini cuma berbaki 25 hari dari sekarang dalam keadaan ketidaktentuan pasaran.


Menurut beliau, penangguhan akan membantu mengurangkan ketidaktentuan dalam pasaran dan membolehkan para peniaga serta pelabur merancang dengan lebih baik.


Kata beliau, ia juga memberi sedikit ruang bernafas kepada rakyat yang sedang terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan dalam ketakutan terhadap tekanan ekonomi makin meningkat.


“Mengambil kira ketidaktentuan pasaran terutama kepada sektor perkilangan dan eksport, maka saya menyeru kerajaan menangguhkan pelaksanaan SST disemak semula ini.



“Kerajaan perlu menyatakan dengan jelas sama ada pelaksanaan SST dijadualkan pada Mei 2025 telah dibatalkan atau ditangguhkan. Jika ditangguhkan, nyatakan dengan telus bila tarikh baharu disasarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Media pada 8 Oktober tahun lalu melaporkan, peluasan skop SST secara progresif oleh kerajaan akan dilaksanakan mulai 1 Mei 2025.


Cukai jualan itu namun dilaporkan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat.


Ia hanya akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado.


Terdahulu, Ka Siong berkata, pelaksanaan SST yang disemak semula sepatutnya diwartakan dalam suku pertama tahun 2025 selepas perbincangan menyeluruh dengan pihak berkepentingan agar ia boleh berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025.


Kata beliau, cadangan pelaksanaan itu termasuk kenaikan kadar cukai ke atas produk tertentu serta peluasan skop cukai di samping kenaikan kadar cukai perkhidmatan dan peluasan skop yang telah dilaksanakan pada Mac 2024.


“Namun sehingga kini, ia masih belum diwartakan mahupun dibahaskan secara meluas di Parlimen dan tidak banyak bukti menunjukkan bahawa perbincangan mendalam dengan pihak industri telah dijalankan.


“Malah, memang tidak sempat dibincangkan pada sesi kedua persidangan Parlimen tahun ini yang dijadualkan pada 23 Jun 2025 sekiranya tarikh asal pelaksanaan peluasan skop SST masih tidak berubah iaitu kekal pada 1 Mei 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 8-4-2025 08:54 AM
tangguh juga la e-invoicing tu, or buat je utk kampeni besau2 revenue rm50M ke atas camtu
Quote Kitty_catz 8-4-2025 08:55 AM
tangguh juga la e-invoicing tu, or buat je utk kampeni besau2 revenue rm50M ke atas camtu
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2025 10:16 PM
tangguh juga la e-invoicing tu, or buat je utk kampeni besau2 revenue rm50M ke atas camtu
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2025 10:16 PM
tangguh juga la e-invoicing tu, or buat je utk kampeni besau2 revenue rm50M ke atas camtu
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2025 10:17 PM
tangguh juga la e-invoicing tu, or buat je utk kampeni besau2 revenue rm50M ke atas camtu
Quote kemaruk 9-4-2025 10:45 PM
satu satunya negara yang tukar dari sistem canggih GST ,kembali ke sistem SST

umpama dah pakai kereta tesla tapi nak patah balik guna kereta lembu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.663819 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top