CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kutipan sampah raya di Pasir Puteh cecah 100 tan sehari

8-4-2025 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 332| Komen: 3|Original author: tatod

1000010724.jpg



PASIR PUTEH – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) menguruskan kira-kira 100 tan sampah sehari sepanjang seminggu sambutan Aidilfitri bermula pada minggu lalu.


Yang Dipertuanya, Mohd. Roshdi Ismail berkata, peningkatan mendadak itu susulan kepulangan anak-anak perantau untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung masing-masing.


-Advertisement-

“MDPP kebiasaannya menguruskan sebanyak 50 tan sehari pada hari biasa. Peningkatan sekali ganda kepada 100 tan sampah berlaku pada musim perayaan.


“Sepanjang tempoh itu, MDPP telah mengenal pasti enam lokasi tumpuan yang merekodkan pembuangan sampah paling tinggi iaitu Semerak, Limbongan, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut , SMK Cherang Ruku dan laluan Pasir Puteh-Tok Bali,” katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Keselamatan Jalan Raya di Bukit Yong, di sini hari ini.



Mohd. Roshdi memberitahu, bagi melancarkan operasi pembersihan, MDPP turut melantik kontraktor bagi menguruskan kutipan sampah di enam lokasi terbabit. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 8-4-2025 04:01 PM
Logik la sampah sampai beribu tan sbb yang balik raya aritu tu kan berjuta
Quote lipans 8-4-2025 04:16 PM
lembah klang punya sampah drop
Quote airfilterkotor 8-4-2025 07:36 PM
Tempat sendiri pandai buang sampah pada tempat yg disediakan.
Tapi bila berada atas jalanraya, terus takde disiplin.

Kesian sungguh la orang Pahang.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.058330 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top