CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada mesej ‘lantaklah nak hidup ke nak mati’ pada hari Zayn Rayyan hilang

8-4-2025 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2470| Komen: 22

 


PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu terdapat beberapa mesej perbualan dalam WhatsApp berkaitan Zayn Rayyan Abdul Matin pada hari kanak-kanak autistik itu hilang di Apartment Damansara Damai di sini, 5 Disember 2023.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superitendan Mohd. Zaidi Abu Hassan berkata, perbualan WhatsApp itu ialah, ‘Zayn hilang’, ‘dia Lari’, ‘lantaklah nak hidup ke nak mati’, ‘letih gila aku mencari’ dan ‘geram betullah’ yang mana kesemua mesej tersebut direkodkan pukul 12.20 hingga 12.59 tengah hari.

Kesemua mesej itu diekstrak daripada telefon bimbit yang dirampas ketika siasatan yang mana salah satunya adalah ‘iCloud’ yang didaftarkan atas nama ‘Ismanira’, manakala Huawei pula menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan.

Mohd. Zaidi berkata, perbualan WhatsApp atas nama ‘Baby Sayang’ dan ‘Manja’ itu diekstrak daripada dua telefon bimbit tersebut serta dua kad sim yang diserahkan oleh pegawai penyiasat kes berkenaan.


Semasa prosiding, mahkamah turut diberitahu terdapat beberapa perbualan WhatsApp pada 20 Jun 2023 antaranya ‘Stressnya sampai rasa macam nak bunuh orang je’, ‘aku nak rehat pun tak leh’, ‘Hang belasah je lah sampai puas’ dan ‘Pastu nanti sakit ke mati baru tahu.

Selain itu, terdapat dua mesej iaitu ’stress gilalah dengan Zayn ni’ dan ‘macam nak bunuh diri je sekarang’ pada 11 Oktober 2023.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-25 itu memberitahu, pada 4 Jun 2024, dia telah diserahkan satu beg plastik mengandungi dua telefon bimbit masing-masing jenis Huawei dan Iphone dalam keadaan baik.

“Hasil pemeriksaan dan analisis ke atas data barang kes jenama Huawei dan mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp melibatkan tarikh 20 Jun, 11 Oktober dan 5 Disember 2023.

“Setelah selesai membuat analisis ke atas barang kes yang diterima, saya telah menyediakan Laporan Pemeriksaan bertarikh 6 Jun 2024.

“Sepanjang masa barang kes ini di dalam simpanan saya, barang kes tersebut saya simpan di dalam kabinet besi berkunci kepunyaan saya di dalam bilik barang kes.

”Saya seorang saja yang mempunyai akses ke atas kabinet besi tersebut. Barang kes bersama-sama laporan turut disimpan di dalam almari besi berkunci,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh akan bersambung lagi esok.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing 30 tahun sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikan anak mereka dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kekunci_Hitam 8-4-2025 08:53 AM
bila la kes ni nak abis... banyak dah versi cerita dok baca.. harap dipermudahkan semuanya dan ada keadilan utk zyn
Quote Kekunci_Hitam 8-4-2025 08:54 AM
bila la kes ni nak abis... banyak dah versi cerita dok baca.. harap dipermudahkan semuanya dan ada keadilan utk zyn
Quote KamikuP 8-4-2025 09:18 AM
Hmmm.. satu satu aib terbongkar..
Quote prince_marhaen 8-4-2025 12:31 PM
...kata-kata daripada seorang IBU dan BAPAKKKK!!!

ZAYN.png
Quote rezaremy 8-4-2025 04:42 PM
sampaiii hati kann...anakk tu...Allah
Quote rezaremy 8-4-2025 04:42 PM
sampaiii hati kann...anakk tu...Allah
Quote Tunakimchi 8-4-2025 05:00 PM
Harap adik zayn dapat keadilan.
Quote kaoru44 8-4-2025 06:53 PM
kesian arwah..
Quote kelapaparut 8-4-2025 07:08 PM
Mule2 netizen sokong makpak ni, mustahillah makpak melayu yg kelihatan warak zuhud bertudung wajah penuh chy keimanan tergamak buat anak sendiri mcm tu, same mcm ebit l*ew sanggup menggoncangkan zakar pd perempuan selain isteri, atau abg belon hero melayu yg suci murni tanpa dosa tu.. Mmg melayu ni mudah digula2kan dgn karakter org beragama.. Skrg netizen da start realised dan masing2 da malu sendiri
Quote awanearisu 8-4-2025 07:27 PM
Terlajak perahu, boleh diundur.
Ternyata forensik digital menjadi elemen yang amat penting untuk menguatkan kes.
Quote lolipopmanish 8-4-2025 07:47 PM
Kesiannya hmm selalu kena dera anak2 ni
Quote lolipopmanish 8-4-2025 07:47 PM
Kesiannya hmm selalu kena dera anak2 ni
Quote mejaputih 8-4-2025 07:53 PM
Mateen pun kena dera juga ye?
Quote supernaturalee 8-4-2025 07:58 PM
so mmg benar la ape yg didedahkan dlm ES thn lps
part gunting, cedera2 dgn Whatsapp2 tu semua
ni baru dibentangkan dlm court

masih tgu utk ubah pendakwaan kpd kes bunuh


Quote noor2 8-4-2025 09:03 PM
Bila la mak ayah arwah ni nak mampos
Quote eyansss 8-4-2025 10:14 PM
kelapaparut replied at 8-4-2025 07:08 PM
Mule2 netizen sokong makpak ni, mustahillah makpak melayu yg kelihatan warak zuhud bertudung wajah p ...

sebab tu penonggeng agama semakin banyak dan berleluasa...  samada sebelum tertangkap mahupun selepas kena tangkap...  macam si belon, tetiba berkopiah bertasbih segala...  hahaha...
Quote ina_na 9-4-2025 01:02 AM
kelapaparut replied at 8-4-2025 07:08 PM
Mule2 netizen sokong makpak ni, mustahillah makpak melayu yg kelihatan warak zuhud bertudung wajah p ...

Selagi boleh tunggang.... Tu sbb iolss ssh nak percaya org yg luaran nampak Islamic... Ingat ustazah kentut...beria kata Haram pakai perfume sekali dia keluarkan perfume...apooo..
Quote edayildiz 9-4-2025 01:57 AM
sbbtu masa bapak dia acah pengsan..mak dia tgh jwb soalan reporter kt tangga tu i dh kutuk..i mcm xrasa nk caya..i rasa mcm xsampai cite sedih dorg tu....tp xsangka la jgk sampai tahap ini thp kejam tu...
Quote doubleA 9-4-2025 02:50 AM
Semoga tidak membiak lagi, kesian anak kang. Pakai jelah perancang, umo muda lagi possibility membiak tinggi tapi kalau nak rehat sangat takyah ada anak

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.518229 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top