CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Tak sangka paip ini yang meletup di Putra Heights’

8-4-2025 07:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1070| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Tiada bangunan kedai atau  taman perumahan. Itu adalah situasi di kawasan sekitar Putra Heights, Subang Jaya dekat sini kira-kira 25 tahun lalu.

Perkongsian itu dibuat seorang individu yang mendakwa pernah melakukan kerja pemasangan paip gas lebih dua dekad lalu sebelum berlakunya insiden letupan dan kebakaran pada 1 April lalu.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok GitarTanganKanan, kawasan Putra Heights juga ketika itu masih dikellingi hutan.

“Antara pekerja yang terlibat dalam pemasangan paip gas Putra Heights kira-kira 25 tahun lalu.

“Ketika itu, Putra Heights masih dikelilingi hutan dan tiada bangunan kedai atau taman perumahan,” tulis individu terbabit.

Menurutnya, kerja-kerja pemasangan paip di kawasan tersebut sangat mencabar dan menguji mental serta fizikal.

“Bermacam-macam kejadian berlaku, pernah cedera di pipi hampir dengan mata, (terima) tiga jahitan akibat terkena besi cangkuk (earth) yang terjatuh dari batang paip.


“Kenangan 25 tahun lalu, tak sangka paip inilah yang meletup di Putra Heights,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mengenai projek pemasangan paip gas.

“Pernah tengok dia buat dan tanam dalam tu, lalu jalan lalu kampung, lalu kebun getah dan sawit, ambil tanah siap bayar pampasan,”kongsi GagakHitam.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali sebagai PakSheikh Azrin Taharudin.

“Saya juga terlibat mereka cipta laluan paip gas 36” dari Klang (Selangor), Sitiawan, Parit Buntar (Perak) terus ke Pokok Sena, Alor Setar (Kedah) pada tahun 1996,” kongsinya. 

Sumber – KOSMO ONLINE!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 8-4-2025 08:21 AM
X reti bab teknikal ni, kiranya sampai berpagar tu - paip besar / utama la kot, sbb area kawasan parlimen rumah aku ni , baru je ada Gas Malaysia letak paip sepanjang jalan. Jenis type mini2 kot, xde pulak berpagar ke apa ( sbb letak kawasan dh berpenduduk).
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2025 10:22 PM
Sebab tu paip gas kena letak atas tanah, jangan tanam bawah tanah, nanti orang tak nampak ada bahaya dekat situ. Salah Petronas tak guna psikologi.
Quote Skuau 9-4-2025 10:28 PM
Edited by Skuau at 9-4-2025 10:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2025 10:22 PM
Sebab tu paip gas kena letak atas tanah, jangan tanam bawah tanah, nanti orang tak nampak ada bahaya ...


kalau letak atas tanah...rhisau pulok kang ada yg tersandung.....jatuh terpeleot....
Quote kemaruk 9-4-2025 10:32 PM
dulu member bangkem cakap ada paip yang salurkan duit dari bank ke ATM
Quote ninja boy 10-4-2025 01:42 AM
Kawasan banjir jamban dan septic tank kena buat atas darat jamban kena tinggi, xde la bila banjir taik terapung sbb level banjir sama level  septic tank
Quote lipans 10-4-2025 11:03 AM
sekarang dah 5G, guna wireless je.
Quote Claudia_Lestat 10-4-2025 03:52 PM
kemaruk replied at 9-4-2025 10:32 PM
dulu member bangkem cakap ada paip yang salurkan duit dari bank ke ATM

kawan bangkem kenapaaaaaa
Quote seri_mawr 10-4-2025 04:22 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2025 10:22 PM
Sebab tu paip gas kena letak atas tanah, jangan tanam bawah tanah, nanti orang tak nampak ada bahaya ...

ni lagi bahaya aku rasa...huhuh..

klu setakat pipe kecik2 ok lagi..ni  pipeline utama ni..36" size besar tu...huhuhu..

klu kena dia buat pembangunan tepi2 tu..org accident terlanggar pipe...mmg bersepai terus...jgn kata dia je bersepai...kawasaan sekitar pun bersepai...
budak2 terbalik mercun...ke...ada pulak mat pet pi bendadih belakang pipe tu...

klu kebakaran berlaku dekat2 dgn gas pipe tu..kebarangkalian dia meletup sekali sgt lah tinggi...

selain tu maintenace kena lebih kerap..kos lebih mahal....- ni lebih kepada company

aih...bnyk pulak kemungkinan nak di fikir sblm letak above ground.


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.290006 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top