CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Menara 118 dalam filem Marvel Studios

7-4-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2175| Komen: 44|Original author: tatod

1000010143.jpg



Kuala Lumpur: Video aksi terjunan lagak ngeri pelakon utama filem Thunderbolts terbitan Marvel Studios, Florence Pugh di menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118, di sini, tular dan mencuri tumpuan ramai.


Nama Malaysia sekali lagi menjadi bualan di seluruh dunia apabila babak di sebalik tabir pembikinan filem itu yang memaparkan menara Merdeka 118 dikongsi di laman sosial Marvel Studios.


1000010142.jpg



Florence berkata, aksi terjunan yang dilakukannya di Merdeka 118 itu adalah antara lagak ngeri yang menakjubkan pernah dilakukan.


"Dari banyak babak lagak ngeri yang dilakukan dalam mana-mana filem, ini antara yang menakjubkan.


"Bila saja anda dapat tengok seseorang buat aksi terjunan dari bangunan pencakar langit seperti ini? Seronok gila," katanya.


Terdahulu, Marvel Studios berkongsi video di sebalik tabir pembikinan filem terbaru mereka iaitu Thunderbolts.


Selain Florence, filem Thunderbolts yang akan ditayangkan pada 2 Mei ini turut menampilkan lakonan Sebastian Stan, David Harbour, Wyatt Russell, Olga Kurylenko dan ramai lagi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-4-2025 04:26 PM
Ooo deols betul2 datang pi sana rupanya. Ingatkan takat CGI. Apa la tak heboh2, takleh la rakyat menjakun flock gi sana. Nah video:

[youtube]AW3fpmN1txs?si=A4TPp4pkKn_di2nw[/youtube]
Quote dua_chzy 6-4-2025 04:30 PM
So, tq PM Najib?
Quote fadz84 6-4-2025 05:55 PM
Okla tu bangunan pencakar langit Msia masuk film Marvel .. nk harapkan retis mampu g audition je (katanya).. hehehe
Quote chanthik 6-4-2025 05:58 PM
Syukur Malaysia dapat blue filter, kalau yellow filter macam negara jiran malu yachh
Quote syamzana 6-4-2025 06:01 PM
uihh x gayat ke
tak sangka masih kekal kedua tertggi didunia

best ke cite neh, skrg marvel keluar entah apa2 cite lgsg x menarik. ke iols yg dah menua bkn taste lagi tgk cite2 camni
Quote dagusengett 6-4-2025 08:12 PM
Woowwww not baddd
Tu ada scene dgn adik2 landyard ke as extras
Quote hyie 6-4-2025 09:16 PM
chanthik replied at 6-4-2025 05:58 PM
Syukur Malaysia dapat blue filter, kalau yellow filter macam negara jiran malu yachh

warna filter ni yang dalam scene tu ke? pastu apa maksud peranan filter warna ni ye
Quote Hoola 6-4-2025 09:26 PM
Edited by Hoola at 7-4-2025 01:17 PM

wah tahniah malaysia !
Quote dua_chzy 6-4-2025 09:38 PM
hyie replied at 6-4-2025 01:16 PM
warna filter ni yang dalam scene tu ke? pastu apa maksud peranan filter warna ni ye

Yellow filter tu juga dikenali dengan nama Mexico filter. Selalu digunakan untuk depict suasana yang panas, hangat, berdebu, biasanya untuk depict negara dunia ketiga macam Mexico.

Tapi dalam scene TRX tu, bukan kat Malaysia pun dalam skrip - tapi negara fictional Madripoor:

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Madripoor

Madripoor ni negara kat SEA yang konon kaya la, hence the blue filter.
Quote exclusive_vvip 6-4-2025 10:03 PM
dua_chzy replied at 6-4-2025 04:26 PM
Ooo deols betul2 datang pi sana rupanya. Ingatkan takat CGI. Apa la tak heboh2, takleh la rakyat men ...

Elok gak x bgtau..kang wartawan malaysia kecoh..dulu Robert De Niro penah dtg cuti2 Malaysia, sekali wartawan dpt tau..pastu diorg soh RDN buat sidang akhbar..geram je i rasa, buat malu malaysia je..kawan tu dtg senyap2 nak bercuti..
Quote hyie 6-4-2025 10:04 PM
dua_chzy replied at 6-4-2025 09:38 PM
Yellow filter tu juga dikenali dengan nama Mexico filter. Selalu digunakan untuk depict suasana ya ...

thanks sister for the sexplanation
Quote dua_chzy 6-4-2025 10:06 PM
exclusive_vvip replied at 6-4-2025 02:03 PM
Elok gak x bgtau..kang wartawan malaysia kecoh..dulu Robert De Niro penah dtg cuti2 Malaysia, seka ...

Hahahaha gituh level jakun zaman tu kan. Tapi sekarang rasanya media dah tak sejakun dulu. Tapi meols tingin jakun2 sebab tak pernah jumpa retis Holiwud.
Quote dua_chzy 6-4-2025 10:06 PM
hyie replied at 6-4-2025 02:04 PM
thanks sister for the sexplanation

Welkam bebeh. Kredit bang google.
Quote exclusive_vvip 6-4-2025 10:10 PM
dua_chzy replied at 6-4-2025 10:06 PM
Hahahaha gituh level jakun zaman tu kan. Tapi sekarang rasanya media dah tak sejakun dulu. Tapi me ...

oh,kalu peminat nak jakun2 kalu retis hollywood dtg ok la..iols penah jakun2 masa Benedict Cumberbatch datang sbb time tu iols minat kat dia..gituhhh i menghalalkan cara
Quote dua_chzy 6-4-2025 10:38 PM
exclusive_vvip replied at 6-4-2025 02:10 PM
oh,kalu peminat nak jakun2 kalu retis hollywood dtg ok la..iols penah jakun2 masa Benedict Cumberb ...

Eh penah dia datang Malaysia? Meols ketinggalan yach. Tatau pun. Huntong la uols dapat jakun2 merelit tengok Benedict depan2.
Quote miamiot 6-4-2025 10:40 PM
Muka FP dlm ni dh mcm muka Azfarheri
Quote MarryPottet 6-4-2025 11:11 PM
Scene acik2 lanyard tu mcm AI je
Quote jejaka_hensem 6-4-2025 11:16 PM
MarryPottet replied at 6-4-2025 11:11 PM
Scene acik2 lanyard tu mcm AI je

Acik lanyard (bukan 7.5inchi) tu betul,iols ada baca kat mana tah dulu acik yg pakai tudung tu cite pasal scene ni.
Quote supernaturalee 7-4-2025 01:00 AM
dua_chzy replied at 6-4-2025 04:26 PM
Ooo deols betul2 datang pi sana rupanya. Ingatkan takat CGI. Apa la tak heboh2, takleh la rakyat men ...

no shit
gilo tinggi
die buat sendiri stunt instead of guna stuntman

btw suka fp ni bwk watak2 perempuan yg brutal dan strong
muka die sgt ngam wtk2 mcm tu

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.383987 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top