CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bonda Rozita tak sanggup jaja aib perkahwinan terdahulu, enggan jadi asbab susah masuk syurga

7-4-2025 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5213| Komen: 80|Original author: tatod

3250591.jpg


USAHAWAN Rozita Ibrahim lebih rela menelan tomahan orang ramai daripada menjaja aib tentang empat perkahwinannya yang berakhir dengan penceraian.

Rozita, 61, berkata dia memegang teguh dengan prisnip hidupnya iaitu menyimpan segala kesusahan hidup sendirian tanpa menyusahkan sesiapa termasuk anak-anaknya.

Katanya, cukuplah orang ramai sekadar mengetahui dirinya sudah berpisah daripada perkahwinan sebelum ini.

"Saya tak sanggup nak cerita keburukan bekas suami lama saya, kehidupan saya ini anak saya pun tak tahu. Memang saya kahwin cerai tapi sampai itu saja saya sanggup bercerita.

"Saya punya prinsip adalah saya yang melaluinya, anak saya tak perlu tahu dan saya tak akan cerita aib... Saya berazam saya nak mati jumpa tuhan tanpa hisab.

"Kalau nak mati tanpa hisab saya cuba lawan diri saya sendiri supaya tidak buka aib orang di sekeliling saya, tapi sekiranya anak nak cerita tentang aib saya ceritalah... Mereka tanggung nanti dekat sana (akhirat).

"Kalau kisah saya sepanjang mereka masih kecil yang mereka tengok tapi mereka tak tahu intinya di dalam, nak buat apa cerita?," luahnya menerusi siaran langsung di Instagram pada Ahad.


3250581.jpg

Kata Rozita, dia sememangnya tidak berkongsi kesusahan dan dugaan yang dilalui bersama ahli keluarga kerana enggan menambah beban pada mereka.

Menurut Rozita, hanya pembantu rumahnya menjadi saksi segala kesakitan yang dilalui selama ini.

"Sejak saya hidup senang ini, tak ada seorang anak saya tahu terperinci susah payah saya.

"Saya menangis sendiri dengan perangai semuanya, baik masalah perniagaan ke dalaman ke... Saya menangis ke sakit ke hanya pembantu rumah saja tahu.

"Jadi kalau korang ingat anak saya tahu semua benda, tak ada ! Sebab kalau saya cerita pada anak, dia orang pun tak boleh selesaikan masalah saya," kongsinya.

Tambah Rozita, dia juga enggan meriah simpati orang ramai dengan menjaja hal peribadi kerana bimbang menjadi asbab tidak ke syurga.

"Saya tak nak dapat simpati manusia, sanjungan manusia ke... nak ramai orang follow saya ke, atau saya nak lihat kalau saya mati nanti Allah tanya saya.

"Syurga neraka saya berjalan di sosial media. Lebih baik saya kalah sokongan dan sanjungan manusia, saya tak mati dek puji tak hina dek keji itu saya punya prinsip," jelasnya.

3250579.jpg

Dalam pada itu, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini juga berharap anak-anak dan orang ramai menerima dirinya seadanya tanpa perlu membuka aib yang lama.

"Anak saya sayang ke tak, staf sayang ke tak ke biar! Saya sudah biasa hidup seorang.

"Kalau anak lihat saya ini ibu yang baik,  pekerja lihat sebagai majikan yang baik... Jadi terimalah saya seadanya.

"Tak perlu saya cerita aib lama-lama. Saya tutup buku biar saya rasa sendiri. Kalau saya cerita aib lepas-lepas, saya kalah nak dapat syurga Allah," katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini juga berharap anak-anak dan orang ramai menerima dirinya seadanya tanpa perlu membuka aib yang lama.

"Anak saya sayang ke tak, staf sayang ke tak ke biar! Saya sudah biasa hidup seorang.

"Kalau anak lihat saya ini ibu yang baik,  pekerja lihat sebagai majikan yang baik... Jadi terimalah saya seadanya.

"Tak perlu saya cerita aib lama-lama. Saya tutup buku biar saya rasa sendiri. Kalau saya cerita aib lepas-lepas, saya kalah nak dapat syurga Allah," katanya.

3250580.jpg

Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwan sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.


Anak kepada Rozita yang dikenali sebagai Ain kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya berpisah dengan suami terdahulu.

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu. - mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-4-2025 10:04 PM
Whai iz dis isu semasa?
Quote supernaturalee 6-4-2025 10:51 PM
gmbr atas lupa nk filter ke sissy

Quote kaseh80 6-4-2025 11:05 PM
Teruks nau gambar ka atas lupi filter dah mcm nenek nenek beno
Quote shida81 6-4-2025 11:42 PM
Mudah nau acik kawen cerai.. X nmpk derita pun.. Tau2 kawen.. X per la acik berduit.. Klu acik still rubber tapper mungkin naseb x sama.. Tp acik x yh la nk drama Sgt... Same je ngn ank dua syukri
Quote awenda507 7-4-2025 12:12 AM
Taknak bukak aib bekas suami maksudnya nk kata dia mangsa keadaan lalu bercerai ke ni?
Quote B40tastePosh 7-4-2025 01:16 AM
Suami dia yang dia buat jadi Tukang Kebun tu dah kena cerai ke???

Quote aint 7-4-2025 06:58 AM
pompuan tua ni yg kawin cerai kawin cerai byk kali... opkos ko yg bermasalah...

jgn salahkan ex laki..
Quote damsel_fiji 7-4-2025 07:03 AM
kenapa nak kena guna asbab..dah hapus ke perkataan sebab dari bahasa melayu

Quote bluebutter 7-4-2025 09:44 AM
Dah tua dah kan? Eeeiii. Haha.
Quote Kitty_catz 7-4-2025 09:57 AM
apa ke hei citer ponder sangkak masuk CI?

isu semasa kah?
Quote renko 7-4-2025 09:58 AM
Apa ke teruk rupa skang. Padan la aritu konon2 berpurdah
Quote kakikuDibibirmu 7-4-2025 10:03 AM
damsel_fiji replied at 7-4-2025 07:03 AM
kenapa nak kena guna asbab..dah hapus ke perkataan sebab dari bahasa melayu

Asbab tu plural, orang gemecheh panggil sebab-sebab, jaman now ramai yang malas nak taip kata ganda
Quote cantthinkofany 7-4-2025 10:03 AM
supernaturalee replied at 6-4-2025 10:51 PM
gmbr atas lupa nk filter ke sissy

baru nak tanya.....anjat jugak la tadi....
Quote Tunakimchi 7-4-2025 10:04 AM
5 kali kawen cerai. Tetap salah laki. Bonda lupa tengok cermin ke?
Quote kaseh80 7-4-2025 10:13 AM
Lain sgt dah rupe bonda ni dah tak filter ke
Quote bbasir 7-4-2025 10:36 AM
tapi nenek ni pun indirectly bagitau yg bekas suami dia ni smua yg problem ea? ""Saya tak sanggup nak cerita keburukan bekas suami lama saya, kehidupan saya ini anak saya pun tak tahu. Memang saya kahwin cerai tapi sampai itu saja saya sanggup bercerita"

Amboi nekk... kau la yg terpaling victim ea... byk kali cerai tu.. mmm cermin diri ye nek oi...
Quote kakikuDibibirmu 7-4-2025 10:38 AM
Untunglaaa dapat 5 batang lemang yang berbeza-beza
Quote edoraixora 7-4-2025 11:04 AM
kalau semua anak2 & cucu2 pun tak support macit, then macitlah yg bermasalah
pastu acah2 taknak sanjungan manusia
bukan ke selama ni memang macit hadap sanjungan puji pujian netizen ke
Quote Thunderclouds 7-4-2025 11:12 AM
**insert eyeroll

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.147451 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top