CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisyah Aziz Bakal Berkahwin, Ibu Titip Pesan Jaga Aib, Nama Baik Suami

7-4-2025 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3278| Komen: 29|Original author: tatod

IMG_8346-585x327.jpeg



IBU kepada penyanyi Aisyah Aziz, Siti Hafiza S. Mohamad Basharahil tidak mampu menahan air mata apabila bercakap tentang perkahwinan anak perempuannya yang bakal berlangsung bulan ini.

Menerusi siaran langsung sebuah stesen radio Singapura, Hafiza memberi pesan ringkas penuh makna buat pemilik nama Nur Aisyah Aziz, 30, yang akan bergelar isteri tidak lama lagi.

“Jaga aib dan nama baik suami. Mommy doakan yang terbaik.

“Semoga menjadi isteri solehah dan sabar dalam rumah tangga.

“Apa suami larang, ikut sahaja. Taat pada suami sebab doa suami besar nilainya,” katanya.

Pelantun Bila Entah itu turut berada di studio hanya mampu tersenyum sambil memegang tangan ibunya.

Mengulas penampilan puteri kesayangannya yang kini berhijab, Hafiza berkata perubahan itu datang atas kehendak Allah.

“Perubahan ini, Allah yang gerakkan hati dia. Kita sebagai ibu cuma boleh didik, selebihnya doa.

“Di luar sana, pengaruh sangat besar. Jadi doa itu penting,” ujarnya.

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu juga mengingatkan Aisyah supaya tidak hanyut dalam keselesaan dunia.


“Setiap ujian ada sebab. Kadang-kadang kalau tak diuji, kita leka. Tapi bila diuji, hati kita mula sedar.

“Selagi hidup, selagi itu kena terus belajar dan baiki diri,” luahnya. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 6-4-2025 12:36 PM
semoga laki dak esah eloklah, x hangsua cam abgnya dulu...
Quote Tunakimchi 6-4-2025 03:57 PM
Harap perangai x same mcm alif.
Quote DukunSentet 6-4-2025 04:22 PM
Xnak pesan kat bakal menantu suruh jaga burung sekali ker..kang berterbangan bebas pulak mencari mangsa..
Quote dua_chzy 6-4-2025 04:23 PM
Apa tu lanang? Perangai macam Tun Lanang? Macamana perangai lanang?
Quote pocongkiutss 6-4-2025 04:28 PM
Geli pulak..takpelah sat gi mak angkat theyols ni masuk sini.. kohkohkoh
Quote Zeelalala 6-4-2025 04:28 PM
haha...malas aku nak komen
Quote anony-mous 6-4-2025 10:53 PM
I xde la nk doa benda xelok. Cuma nk tau jgk kalau menantu tu mcm alip ajis, mak dia bekap ank ke bekap menantu
Quote tidak_kelihatan 7-4-2025 12:02 AM
Tahniah aisyah. Senyap2 je

Yg gigih bergesel ke gunung ke laut ke mahkamah, tetaplah dipalau mak jantannya
Quote fattymah 7-4-2025 12:12 AM
Tahniah in advance adik cantik suara merdu
Quote Yoonggi 7-4-2025 01:01 AM
dua_chzy replied at 6-4-2025 04:23 PM
Apa tu lanang? Perangai macam Tun Lanang? Macamana perangai lanang?

Lanang ni lelaki dlm bhs jawa
Quote BoongaKertas 7-4-2025 08:26 AM
spesis enabler acik ni. to u cah, chuols kalau laki gatal jer nanti, kau tuntut jer lah ke court dik. buka aib kat sana. kang canang2 1 negara, mak chuols kata tu aib. puih.
Quote selipar_hijau 7-4-2025 08:58 AM
patut la dh berjilbab nk kawin rupanya
Quote nonymous 7-4-2025 09:02 AM
Tahniah, moga dipermudahkan urusan Aisyah dan fam.
Quote cikatilia 7-4-2025 10:50 AM
Yoonggi: Lanang ni lelaki dlm bhs jawa


pesan kat wedok aje eh x guna betoi emak nya
anak nya lagi 1 perangai cam tahi
Quote Kitty_catz 7-4-2025 01:20 PM
moga dapat sebijik mcm abiang nyehhh
Quote matbad 7-4-2025 02:25 PM
Harap prangai suami dia hangsuang mcm peangai abg dia..tgk mak dia nak diam atau tetap berkata kata baik memihak pda menantu..dan smoga perangai mentua aisyah sebijik mcm mak dia..sekian amiinnn
Quote eira2310 7-4-2025 02:58 PM
ada i baca kt threads..yang lofa n aisyah ni bakal biras..tak pasti kesahihan nya
Quote OsHiN_hOnEy 7-4-2025 05:20 PM
selipar_hijau replied at 7-4-2025 08:58 AM
patut la dh berjilbab nk kawin rupanya

lama dah
cuma kalo tgh buat performance
dia akan half selendang jer or hoody

kalo nama suami baik mmg tak baik lar kita nak 'aib'kan
tapi kalo suami tu tak berapa baik pun tak boleh nak sebarkan 'aib' dia
Quote gold_teeth 7-4-2025 08:46 PM
Tula.. abg harris ke adik dia ar?? Woww igtkan dlu ecah ni couple ngn white man

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.190638 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top