CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aktor naik miang ketika sesi fotografi

7-4-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5019| Komen: 38|Original author: tatod


1000010236.jpg



RASA hendak tersedak juga Cik Bunga bila mendapat perkhabaran mengenai seorang aktor terkenal tanah air ini. Iyalah, masa gosip itu diluahkan oleh rakan industri, kita pula tengah ralit makan biskut semperit.

Mana tidaknya mahu tersedak apabila sumber beritahu, aktor berkulit putih mulus ini dengan selambanya mengulang-ulang ayat dia tengah ‘stim’ semasa sedang menjayakan satu sesi fotografi baru-baru ini.

Biar betul? Tanya Cik Bunga pada sumber. Namun kata sumber dia tidak mereka-reka cerita kerana perkara itu memang terjadi di depan matanya.

“Tak faham juga saya Cik Bunga. Entah apa yang aktor itu fikirkan, asyik sebut dia horny depan kekasihnya.

“Tak tahan apa, pandai-pandailah Cik Bunga fikir. Geli kita yang mendengarnya,” kata sumber sambil buat riak wajah meluat.

Cik Bunga pun jadi hilang kata-kata bila dengar sebab rasa macam tidak sesuailah kelakuan begitu apa lagi masa kejadian itu berlaku di bulan Ramadan. Apa yang dia fikirkan? Macam orang yang tiada pedoman pula bercakap begitu.

Cik Bunga tidak rasa dia hendak bergurau sebab menurut sumber, memang nada percakapannya itu macam betu-betul memaknakannya. Habis itu macam mana pula reaksi kekasihnya yang ada di situ?

Kata sumber, memang riak wajah kekasihnya itu pun macam sedang menahan malulah, tetapi terpaksa cover sebab dia pun macam tak sangka si lelaki macam itu di hadapan orang ramai.

Kot iya pun, jagalah sikit kelakuan. Ini mesti tengah di bawah pengaruh sesuatu ini. Aneh-anehlah perangai! - Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jihyomelly 6-4-2025 08:20 PM
dah actor mana pulak yg kulit putih mulus nih???? nanti2 la dtg balik
Quote pencintaABC 6-4-2025 09:27 PM
Hint: kulit putih mulus & ada kekasih
Quote Zeelalala 6-4-2025 09:41 PM
jihyomelly replied at 6-4-2025 01:20 PM
dah actor mana pulak yg kulit putih mulus nih???? nanti2 la dtg balik

Tak dan nak meneka chuolsssss...busy langgar rumah org beraya kekdahnya
Quote dua_chzy 6-4-2025 09:43 PM
Fattah Amin? Oh tak mungkin tak mungkin dia stiiiiem.
Quote Manusiabesa 6-4-2025 10:19 PM
Awat terbayang ketpu.
Mula2 tebyg cukri yehya tp x match dgn hint kekasih.

Aku lock ketpu. Klu ketpu lantak p bkn muslim pn
Quote MarryPottet 6-4-2025 11:14 PM
Manusiabesa replied at 6-4-2025 10:19 PM
Awat terbayang ketpu.
Mula2 tebyg cukri yehya tp x match dgn hint kekasih.


Samalah, baca je terus terdetik dia dlm fikiran
Quote sharlenetexas 6-4-2025 11:15 PM
Kena ganti puasakah?


Quote BoongaKertas 7-4-2025 08:28 AM
cik bunga ni gosip dia kdg2 out of the box sikit. klu nya sikit benau acik oi. cer sebut jer terus. hahaha!
Quote MatDeghem 7-4-2025 08:34 AM
Mengundang pitenah...si acik bunga. Wartawan sangkak hadap makan pree
Quote apedehal 7-4-2025 08:44 AM
Kalo ketpu knp xsesuai plak di bln ramadan?bkn dia muslim pun..tp penampakan potoshoot ketpu dgn sopia koshka jur ada ke potoshoot dgn gepren dia...tp mana x horny tgk sopia siap berlaga dada bau napas masing2..itupun kalo betul okg la
Quote apedehal 7-4-2025 09:14 AM
[youtube]bigY3XSw8rs?si=mrbsjo-VZ_VX1xKD[/youtube]

Cehh setahun yg lalu.. yaampunn.
Btw suka plak tgk riena ni gedik dia yg xnyampah ditengok n xdibuat buat cool je, no wonder kitpu nmpak mcm cinta mati dgn dia.. remind me of faz pulak riena nih
Quote Zezo 7-4-2025 09:21 AM
Bg hint pun tak membantu. Baik tak pyh.
Quote syamzana 7-4-2025 09:54 AM
apedehal replied at 7-4-2025 09:14 AM
Cehh setahun yg lalu.. yaampunn.
Btw suka plak tgk riena ni gedik dia yg xnyampah ditengok n xdibu ...

tua beno nmpk keithfoo dlm video ni.
Quote Tunakimchi 7-4-2025 10:07 AM
Hint x membantu. Bye
Quote seri_mawr 7-4-2025 10:49 AM
apedehal replied at 7-4-2025 09:14 AM
Cehh setahun yg lalu.. yaampunn.
Btw suka plak tgk riena ni gedik dia yg xnyampah ditengok n xdibu ...

mcm barbie doll sophia...
cantik betul...makhluk Tuhan sorang ni...huhuhuhu
Quote seri_mawr 7-4-2025 10:50 AM
iouls klu jenis2 yg cik bunga ckp ni..iuols terbayang adik lopa dgn BF dia je...hahahaha

JN je berani benda2 gini di khalayak...tp dia artis seberang...hahahaha
Quote _kelly 7-4-2025 01:16 PM
dua_chzy replied at 6-4-2025 09:43 PM
Fattah Amin? Oh tak mungkin tak mungkin dia stiiiiem.

berani uols petik nama duda terpaling alim di mesia ni
Quote QueenIsolde 7-4-2025 01:32 PM
seri_mawr replied at 7-4-2025 10:49 AM
mcm barbie doll sophia...
cantik betul...makhluk Tuhan sorang ni...huhuhuhu

Cantik betul dak pia, patotla retis pompuan sendu muka kemek + retis tua acah hot insecure ng dia.
Quote AbukRokok 7-4-2025 01:34 PM
apedehal replied at 7-4-2025 09:14 AM
Cehh setahun yg lalu.. yaampunn.
Btw suka plak tgk riena ni gedik dia yg xnyampah ditengok n xdibu ...

patutla stim

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.073556 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top