CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakaman dron dedah kemusnahan lokasi insiden letupan, kebakaran saluran gas Putra Heights

7-4-2025 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 536| Komen: 2|Original author: tatod


1000010301.jpg



Subang Jaya: Video rakaman dron yang menunjukkan keadaan dan kemusnahan di lokasi susulan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini Selasa lalu dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Video itu mendedahkan kawah yang terhasil akibat letupan berkenaan yang mana ia turut ditakungi air dan kerja mengeluarkan air yang bertakung di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas sedang giat dilakukan.

Rakaman itu turut menunjukkan kawasan sekitar dan deretan rumah penduduk yang turut terjejas di mana ada rumah yang berhampiran lokasi itu dilihat mengalami kerosakan serius dengan ada yang bahagian bumbung rumah musnah sepenuhnya.

Video berkenaan turut menunjukkan kerja penggalian sedang dilakukan dengan menggunakan jentera pengorek di lokasi kejadian.

Sebelum ini media melaporkan, polis mengesahkan berlaku aktiviti korek tanah di kawasan insiden kebakaran untuk menggantikan paip kumbahan yang berada kira-kira 30 meter dari pusat letupan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, hari ini berkata, pihaknya sudah menggali semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh sebuah syarikat kontraktor untuk siasatan dan mendapati paip itu dipasang pada kedalaman 2.1 meter (m) dari aras jalan sedia ada.

Katanya, kerja galian dilakukan dengan tiga excavator (jentera pengorek), satu bulldozer (jentolak) dan sebuah backhoe (jentera kaut) bagi membuka kawasan dan meninjau kedudukan paip Petronas yang dipercayai berada di kedalaman antara enam dan tujuh meter.

Kerja galian itu dilakukan dan dipantau oleh pihak polis bersama Petronas, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Selain turut membabitkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor dan pihak kontraktor.

Siasatan di kawasan insiden kebakaran belum dapat dimulakan lagi kerana masih dalam fasa menstabilkan 'ground zero' (lokasi kejadian) berkenaan dan kawasan berkenaan sangat tidak stabil akibat letupan serta kini ditakungi air akibat hujan.

Untuk rekod, sebanyak 220 rumah daripada 439 rumah penduduk yang terjejas disahkan selamat hasil penilaian kali kedua yang lebih terperinci dilakukan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan radius yang lebih besar.

Manakala rumah terjejas adalah sebanyak 219 rumah dan daripada jumlah itu, 87 adalah mengalami kerosakan melebihi 20 peratus iaitu kerosakan besar dan 132 mengalami kerosakan kecil iaitu kurang daripada 20 peratus. - Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-4-2025 10:36 PM
Akak rasa sebab dark matter menghentam bumi lah, sebab itu lah kita tak nampak puncanya
Quote B40tastePosh 6-4-2025 11:33 PM
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 10:36 PM
Akak rasa sebab dark matter menghentam bumi lah, sebab itu lah kita tak nampak puncanya

Hihihihihi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.040543 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top