CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Justin Bieber sindir Selena Gomez umum bertunang?

7-4-2025 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 929| Komen: 9|Original author: tatod


1000010389.png



LOS ANGELES: Penyanyi pop sensasi, Justin Bieber, terus mencuri tumpuan apabila dikatakan  menyindir selebriti, Selena Gomez yang juga bekas kekasihnya di Instagram.

Dakwaan itu timbul selepas Bieber berkongsi sebuah video parodi daripada filem Lord of the Rings dengan kapsyen ‘perempuan di media sosial selepas umum bertunang’.

1000010386.jpg


Dalam pada itu, Selena yang pernah menjadi kekasihnya tujuh tahun lalu baru sahaja mengumumkan berita gembira bertunang dengan seorang penerbit muzik dan komposer, Benny Blanco sebulan lalu.

Ketika berkongsi mengenai pertunangan tersebut, pelakon Only Murders in the Building sempat memuat naik sebentuk cincin berlian yang dibuat khas oleh pereka aksesori Abril Barret menggambarkan kisah cinta pasangan itu.

1000010390.png



Bukan itu sahaja, seiring dengan berita gembira itu, Selena dan Benny turut menerbitkan album kolaborasi pertama mereka I Said I Love You First pada 21 Mac lalu. Sejap itu, peminat mula mengesan perubahan sikap Justin yang juga merupakan bapa kepada seorang anak.

Terdahulu, Selena dan Bieber pernah menjalin hubungan selama lapan tahun sekitar tahun 2010 sebelum berpisah. Beberapa bulan selepas itu, Bieber berkahwin dengan model, Hailey dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jack Blues Bieber pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut laporan akhbar tempatan, Bieber dikatakan berada dalam episod ‘mania’ apabila tidak makan, tidak tidur dan memerlukan rawatan. -UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AceHand 7-4-2025 01:04 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Tak boleh move on lagi...?


Jizzz... Klong! Klong!

Quote Beribear 7-4-2025 10:02 AM
Tak malu nya ko ni bibir. Bini ko pon centu time ko bertunang dgn dia lepas 2 bulan putus dgn sel. Ko dgn bini ko yg obses kat sel ni sama psycho
Quote cikatilia 7-4-2025 11:04 AM
biber ni nampak terlalu tua
dah mcm mid 40s
Quote BoongaKertas 7-4-2025 11:49 AM
eleh budak kecik ni, tu pun nak bitter ke dgn ex. kau dah jadi laki org kot. siap ada anak dah.
Quote BungaKencana 7-4-2025 12:50 PM
knp nk sindir?
Quote alesandra 7-4-2025 01:51 PM
Lama dah tunang nyer kan? kenapa baru skrg nak menyindir.x paham
Quote borrow 7-4-2025 10:29 PM
selamba je tayang bong kat ig. Heols mmg tgh struggle dari segi mental kan. Harap satu hari nanti betul2 ok la. Sbg retis heols mmg berbakat.
Quote lasagna 9-4-2025 08:46 AM
aiyooo bitter tak abes2.. move on jer laa uuiii...
Quote marchikobonzo 16-4-2025 10:26 AM
Laki bini sama psycho, obses sangat ngan SG

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068046 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top