CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DBKL bersihkan 8.8 tan sampah, kitar 250kg sisa dari Lorong TAR

4-4-2025 12:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 615| Komen: 7|Original author: tatod

1000006704.jpg



KUALA LUMPUR: Sebanyak 8.8 tan sampah di Lorong Tuanku Abdul Rahman (Lorong TAR) di sini, dibersihkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari terakhir Bazar Aidilfitri.


Pada masa sama, DBKL turut mengitar semula 250 kilogram (kg) sisa sampah dari kawasan berkenaan.


Menurut DBKL, operasi pembersihan intensif itu dijalankan bagi memastikan kawasan itu kekal bersih selepas tamatnya aktiviti perniagaan di bazar yang menjadi tumpuan ribuan pengunjung sepanjang Ramadan.


"Operasi ini membabitkan pasukan pembersihan DBKL dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd, yang bertindak pantas membersihkan kawasan sebaik saja bazar ditutup.


"Fokus utama adalah memastikan longkang, laluan pejalan kaki dan kawasan sekitarnya bebas daripada sisa sampah dan kekotoran.



"Sebanyak 250 g sampah dikitar semula, terdiri daripada plastik, kertas dan aluminium yang dipungut dan dihantar ke pusat kitar semula untuk diproses," kata DBKL dalam kenyataan, hari ini.


DBKL menegaskan, amalan menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama dan menggalakkan semua pihak, termasuk peniaga dan pengunjung untuk mengamalkan konsep "Sifar Sisa" bagi mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar.


"Usaha ini mencerminkan komitmen DBKL dalam memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, indah dan selesa untuk semua, terutama di lokasi tumpuan seperti Lorong TAR yang menjadi mercu tanda utama semasa musim perayaan," katanya. - BH Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 31-3-2025 10:39 PM
Sebab itulah pentingnya peniaga yang berniaga mempunyai license didalam  bandar
Quote bottombikini 31-3-2025 11:13 PM
mmg depa ni tak perlu bersihkan sisa jualan sendiri?
lambak gitu aje
Quote alesandra 1-4-2025 11:46 AM
Kesian baca luahan peniaga yg ada lesen..
Quote selipar_hijau 1-4-2025 01:05 PM
Peniaga2 memang blah tinggal camtu je ke?
Quote Skuau 1-4-2025 01:14 PM
FOTHER-MUCKER replied at 31-3-2025 10:39 PM
Sebab itulah pentingnya peniaga yang berniaga mempunyai license didalam  bandar

"butul abang 'cakap' ini"-Bangla
Quote Manjahati 1-4-2025 01:22 PM
Patutnya peniaga pun kena bersihkan tempat niaga sendiri
Quote KamikuP 4-4-2025 11:06 AM
mOGA tahun depan DBKL akan lebih agresif banteras peniaga haram.. kesian peniaga yg ada lesen ni khuenzzzzz

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-4-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.038423 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top