CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua tahun berterusan difitnah, Shiha Zikir dah tak tahan

27-3-2025 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2696| Komen: 19|Original author: Raline

sh 1.PNG


Lama memendam rasa, penyanyi Shiha Zikir akhirnya meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang berterusan bercakap buruk mengenai dirinya.

Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, sebelum ini dia mengambil langkah berdiam diri kerana enggan ambil pusing perbuatan individu berkenaan.

Bagaimanapun dia sudah tidak mampu menahan sabar apabila cerita tidak benar disebarkan itu telah menimbulkan fitnah dalam kalangan rakan-rakan.

sh.PNG

"Rasanya dah dua tahun saya dengar cerita tentang perangai dia ini, namun saya hanya ambil langkah berdiam sahaja. Semakin lama semakin ramai pula yang bercerita tentang dia dan ada rakan juga terkena perkara sama.

"Dia seolah-olah mahu tutup periuk nasi orang lain dengan cerita yang tidak betul. Saya rasa melampau dengan cerita fitnah yang disebarkan. Sabar saya pun ada batas," katanya ketika dihubungi mStar.

Shiha sebelum itu berkongsi satu luahan di Instastory berkaitan indivdiu berkenaan yang didakwa cuba melaga-laga hubungan baiknya dengan orang lain.

Enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan, penyanyi ini memberitahu dia bersedia bersemuka untuk menyelesaikan jika wujud sebarang salah faham antara mereka.

"Saya cuba hubungi dia namun telah disekat termasuk di sosial media. Bagi saya jika ada buat salah lebih baik cakap bersemuka dan selesaikan semua.

"Saya pun sedia untuk berjumpa bila-bila masa sahaja. Di akhir Ramadan ini eloklah kita berjumpa dan minta maaf.

"Jarang saya kongsi perkara begini di sosial media. Saya tidak ada masalah dengan sesiapa dan tak suka benda ini terjadi," ujarnya.



Dalam masa sama, Shiha memberitahu apa yang dilakukan individu berkenaan memberi kesan terhadap dirinya, lebih-lebih lagi apabila ada kenalan bertanya tentang kesahihan cerita yang tersebar.

"Usia kita pun sudah sama-sama meningkat, tak elok buat macam itu. Sekarang ini dalam fikiran saya anggap dia ada masalah mental sahaja.

"Disebabkan cerita dia, ada yang bertanya kepada saya untuk dapatkan kepastian," jelasnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 26-3-2025 06:22 PM
fitnah apo? context please...
Quote jalfa 26-3-2025 06:25 PM
Nak koba ..koba je la terus..
Quote MatDeghem 26-3-2025 06:27 PM
dah ko tahu si pemfitnah ape lagi....kasi LOD lah

#janganmain2LODokeyyy

Quote slyfynx 26-3-2025 07:20 PM
Aku suke dgr suara die kat Youtube SeismikTV dalam video Sambung Lagu Itu.
Quote mawarberbisa 26-3-2025 08:01 PM
whatever la sendu
Quote Kekunci_Hitam 27-3-2025 08:37 AM
cepatla kawin shiha.. dah nak dekat 40 tu..
Quote black_handbag 27-3-2025 09:05 AM
oh 38 dah ke umo shiha zikir ni.. tak kawin lag ye.. lawa dia ni macam iras2 rossa.. semoga berjodohan. tak berminat nak tahu sape yg buat dia
Quote anony-mous 27-3-2025 08:32 PM
38??? Awet muda
Quote koalacomel 29-3-2025 12:05 PM
Maghah dgn sapo Shihaa?
Quote Purplehaz 29-3-2025 09:45 PM
Mcm ada isu dgn pengacara jer...
Caras mencaras job ker
Quote Carcosa 30-3-2025 01:05 PM
Aku baru lepas tgk Melodi.
Still taktau jgk sapa si Shiha ni maksudkan. Sendu yach
Quote cmf_premierleag 30-3-2025 01:18 PM
Gigihnya la tv3suku nak naikkan minah ni
Buat la apa cara skalipun, sheols tetapppp la senduuuuuuuu
Quote bottombikini 30-3-2025 08:54 PM
post2 begini mengundang fitnah je
buat org meneka dalam kesamaran
Quote MadameOnion 30-3-2025 09:59 PM
Dia ni sendu sgt walaupun dah buat macam2..semua dia sapu tapi tetap sendu..
Quote Ruthbird 31-3-2025 03:31 AM
HELLO
Quote bambimo 31-3-2025 08:48 AM
Lah..dh 38 umur dia...
Quote tidak_kelihatan 31-3-2025 10:08 PM
Fitnah apa? Aku rasa dia ni antara artis yg xde gossip....biar la org kata sendu asalkan bukan famous dgn publisiti murahan
Quote jargon 6-4-2025 10:27 PM
Suara dia xleh masuk telinga aku sorry zikir

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-4-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067217 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top