CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizi Ali warning Shakila Khoriri, jangan bawa lari anak masa raya

25-3-2025 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4587| Komen: 38|Original author: Raline

fz.PNG


Fizi Ali dilihat seakan membalas semula luahan pelakon Shakilla Khoriri berhubung isu membabitkan anak perempuan tunggal mereka di Instagram miliknya pada Sabtu.

Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian secara undang-undang dan bukannya di media sosial.

Fizi turut meminta Shakilla tidak bersikap seperti kebudak-budakan dalam menyelesaikan hal berkaitan anak mereka di media sosial.

f 1.PNG

“Belah sana asyik cerita fasal hak-hak. Cari hak di mahkamah, kita ada undang-undang bukan merentan dekat IG.

“Kalau tak puas hati lawan dekat mahkamah bukan media sosial. Apa perangai macam budak-budak,” katanya.

Fizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, tanpa berselindung Fizi menjelaskan tidak timbul isu isterinya iaitu Siti Zulaikha bertindak sebagai penjaga utama dan mendaftarkan persekolahan anak perempuannya iaitu Ameena tanpa pengetahuan Shakilla.

f 2.PNG

Jelas Fizi, dia juga berada hairan apabila kebaikan isterinya walaupun hanya sekadar ibu tiri dipertikaikan orang ramai.

“Fasal sekolah apa hal bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal. Apa belah sana cakap semua korang percaya, sebab apa?

“Sebab dia mak? Sebab dia perempuan? Habis itu isteri saya bukan perempuan? Bukan mak? Korang nak buli-buli macam ni?

“Mak tiri (isteri) layan anak tiri baik-baik korang kecam. Mak tiri dera anak dia korang kecam. Korang nak macam mana lagi?,” ujarnya.



Sementara itu, Fizi memberi amaran agar bekas isterinya tidak membawa ‘lari’ anak mereka kerana tahun ini adalah gilirannya menyambut Aidilfitri bersama Ameena.



“Sah lepas hantaran ini belah sana bawa lari anak.

“Cuma nak ingatkan, mahkamahkah jatuhkan raya sebelah sini (tahun ini). Harap tak bawal lari okay.

“Saya ambil tindakan mahkamah sahaja nanti,” ujarnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fizi mengenai isu itu tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dibalas.

Pada Sabtu, Shakilla atau Nur Shakilla Mohd Khoriri, 36, meluahkan rasa berang apabila mendakwa seorang individu mengaku sebagai penjaga utama Ameena.



Shakilla mendakwa perbuatan individu berkenaan terbongkar apabila dia dalam dia cuba mendaftar persekolahan Ameena tanpa pengetahuannya.

Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.



Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.

Fizi kembali bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023  manakala Shakilla menamatkan status ibu tunggal dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Mohd Fariz pada 24 Februari 2024.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 24-3-2025 03:10 PM
Oh tanya ni turn raya dgn fizi, harap ibu terpaling tak meroyan.. Atau mungkin ibu terpaling boleh jadi bff dgn jopliam
Quote dua_chzy 24-3-2025 03:17 PM
Berbaik je la bodoooooo ntah2 bulan depan dah nak mati buang masa ja gaduh tak abis.
Quote dua_chzy 24-3-2025 03:18 PM
Ambik iktibar dari retis2 yang gaduh bagai nak rak dulu, tapi sekarang dah besties. Macam Abby-Norman, Fasha-Nora.
Quote jalfa 24-3-2025 03:27 PM
Ibu terpaling ni memang kuat rentan ya.

Benda kecik macam ni pon nak buat post berkajang.padahal benda boleh setel tepi je pun
Lepas tu claim dia yg sara anak dia sorang..eh pizi tak bagi nafkah ke...dari kecik rasa pizi yg bela sampai serai baru lah berebut anak.tapi stil pizi x lupa anak.tapi tepaling claim jaga anak sorang...tanggung anak soram.lepas tu post lak mengundang mintak duit sek utk anak..padahal pizi dah bgtau apa apa mitak melalui loyer sbb dia dah x caya dgn ko.nurtizen tolol terus hukum pizi bapak kedekut tak nak bayar duit sek anak...memang wanita terainiya betholl...
Quote melinda_kerr 24-3-2025 03:28 PM
amende dua manusia ni..tk penat ke gaduh2....
Quote DeLuna85 24-3-2025 05:33 PM
Tak suka la jantan ni. Mak tiri mak tiri mak tiri. Diamlah!
Quote Sazreena 25-3-2025 04:07 PM
Bawak-bawaklah tobat memasing pun...anak tu pun nanti pandai gak gugel gugel..tak malu ke merentan  semua benda nak up.
Quote Hoola 25-3-2025 04:16 PM
maigoddd

so barisan juri...adakah anda bersedia para netijemmmmmm
Quote Shayang 25-3-2025 04:22 PM
Hahah tiba salahkan system idme plak
Ko tu yg tak tau apa2
Anak pun blm darjah 1 lagi jd ko mmg tak biasa ngn idme terus tuduh org lain bukan2
Sikit2 nk tulis karangan kat socmed padahal menda bleh setel sesama sendiri
Quote sukacactus 25-3-2025 04:23 PM
Sian ameena dapat parents gini
Quote sha82 25-3-2025 04:29 PM
Tak habis gaduh lagi deme ni ye
Quote Manenak 25-3-2025 04:38 PM
Shayang replied at 25-3-2025 04:22 PM
Hahah tiba salahkan system idme plak
Ko tu yg tak tau apa2
Anak pun blm darjah 1 lagi jd ko mmg tak  ...

ujung² ckp tak tuduh pon...helooo ko jugak yg create isu mrempan posting karangan pjg berjela sindir² sampai tolowers bodoh ko komen bukan2 kt fizi & tiz...play victim sgt ye mak terpaling ni..angkuh bongkak! mmg tak pernah nak ngaku slh si penyondol ni
Quote Minami2013 25-3-2025 04:54 PM
Si kila ni tak boleh ke tanya fizi dulu sblm meroyan tak tentu psl on socmed.
Quote marchikobonzo 25-3-2025 04:54 PM
Lawan piji..kuat sangat merentan tu..tak happy ke ngan laki baru?
Quote nonymous 25-3-2025 05:13 PM
cuma kesian kat anak je yg jd mangsa, comel anak depa.
Quote Fly_over 25-3-2025 05:23 PM
ws conversation yg kila post tu. pasal share bayar. sapa yg ckp? kila ke mak tiri? sbb hijau kn dr owner ws. tp komen netz ckp mak tiri yg mintak share sbb tu kila merentan. iols xfaham..
Quote jemahjacjon 25-3-2025 05:29 PM
Ngapenye berpatah arang sgt dorang ni. Cerai dulu cara baik kan
Quote eSZack 25-3-2025 05:53 PM
Koriri ni pun ala penyondol khinzir juga ke?

Iols rasa dia jeles tu sbb anak baik dgn mak tiri.

Quote asfaz 25-3-2025 06:01 PM
eSZack replied at 25-3-2025 05:53 PM
Koriri ni pun ala penyondol khinzir juga ke?

Iols rasa dia jeles tu sbb anak baik dgn mak tiri.

iyerrr.  untung dia ex bini laki dia bukan jenis meroyan macam dia

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-4-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.220763 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top