CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Hutang tak bayar lagi, InstaStory ‘shopping’ raya sakan

24-3-2025 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 708| Komen: 11

 


PETALING JAYA – Sikap segelintir individu yang culas membayar hutang, namun tetap berbelanja mewah makin mendapat perhatian.

Terbaharu, beberapa pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila peminjam yang sebelum ini berjanji untuk melunaskan hutang dilihat berbelanja sakan sempena Aidilfitri termasuk memuat naik gambar dan video di Instagram dan TikTok.

Malah, ada segelintir individu yang tanpa segan silu mempamerkan barangan berjenama serta pakaian baharu berpasang-pasang sebagai persiapan menyambut Aidilfitri hujung bulan ini.

“Kalau tak ada duit, kita boleh faham kenapa lambat bayar hutang. Tapi tengok status (hantaran) InstaStory ‘shopping’ sakan, itu yang sakit hati. Minta bayar hutang, alasan tak ada duit, mungkin semua barang-barang raya orang baik hati belanja dia,” kata Asyura.

“Memang lumrah pemberi hutang beraya ala kadar, peminjam pula beraya kalah anak presiden,” perli Shahrol.


“Yang ‘best’ pemberi hutang pakai baju RM70, yang berhutang pakai baju RM300. Miskin sungguh pemberi,” kata Siti Marhanie.

“Ramai yang bila meminjam merayu menangis macam-macam berjanji nak pulangkan bagai. Bila dah dapat punyalah liat nak membayar. Aku taubat memang tak adalah aku nak bagi pinjam. Kalau ada aku niat sedekah je,” kongsi Eim Cassa.  


SUMBER: – KOSMO! ONLINE.
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 24-3-2025 11:10 AM
Laen kali, klu org nk pinjam rm100, bagi rm30 jer, nak xnak, mana kata diorg, jd klu org xbyr, xde rasa sakit hati.
Quote lanacondor 24-3-2025 04:33 PM
Ye ni la meolz rasa. Kemain dia up status joly katak beli mcm2. Laki beli rim moto baru, tayar motor baru. Makeup kete kasi baru. Dua Kali dtg pinjam xreti bayar. Ikutkan first time dia pinjam xbayar mmg xnak bg dah. Tapi dia boleh dtg rumah hujan2 pinjam duit lagi. Lepas raya ni ko dtg rumah aku mintak pinjam lagi mmg meols halaukan je
Quote sha82 25-3-2025 01:03 PM
Tak payah bg org pinjam lagi baik.Aman hidup kita dari nak kejar2 org byr hutang kita.Sbb tu i kedekut sikit bab duit ni
Quote sha82 25-3-2025 01:03 PM
Tak payah bg org pinjam lagi baik.Aman hidup kita dari nak kejar2 org byr hutang kita.Sbb tu i kedekut sikit bab duit ni
Quote BungaKencana 25-3-2025 01:26 PM
aku dulu ada kwn nk pnjm 1k.. berjanji bulan bintang tp nsb aku tak bg rupanye dia spesis liat byr hutang & mmg tak akan byr hutang tu.. skrg tak tahu mane merempat..
Quote syirazee 25-3-2025 05:17 PM
In reality ramai je yang perangai begini, sejenis biar papa asal bergaya,tahu berhutang tapi liat betul nak bayar. Tak segan silu plak tu menunjuk kat medsos.
Quote ina_na 27-3-2025 12:57 AM
BungaKencana replied at 25-3-2025 01:26 PM
aku dulu ada kwn nk pnjm 1k.. berjanji bulan bintang tp nsb aku tak bg rupanye dia spesis liat byr h ...

Iolss Ade kwn mcm ni... Bl dia x dpt pinjam duit de org yg dia target dpt,dia kutuk2 org tu...meminjam gan adik beradik,mak bapak, kwn2... Bl baju x nak kalah... Setiap bulan menyoping baju... walaupun bl kat shopee Lazada TT tp kan duit gak tu...dah Tau duit nak mkn pun x ckp x insaf2
Quote BungaKencana 27-3-2025 08:26 AM
ina_na replied at 27-3-2025 12:57 AM
Iolss Ade kwn mcm ni... Bl dia x dpt pinjam duit de org yg dia target dpt,dia kutuk2 org tu...memi ...

tu la psl.. biar papa asal bergaya katenyeee...
Quote fifie_olin 27-3-2025 10:28 AM
x yah bg pinjam..next
Quote acikonion 27-3-2025 11:30 PM
Xyah bg pnjm next time. Kwn aku pernah tag nama org berhutang kt status fb. Terus si penghutang buat police report... Diaibkan.
Quote ina_na 29-3-2025 05:29 PM
BungaKencana replied at 27-3-2025 08:26 AM
tu la psl.. biar papa asal bergaya katenyeee...

Tu la..tu dah dpt duit rahmah,Sara kumain belanje nye...mcm x de ari esok...mcm lps raya dah x de keperluan nak teruskan kehidupan..iolss tgk je...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.083270 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top