CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Bapa risau adik ipar lelaki suka melebih-lebih cium anak umur 3 tahun, susah nak kesan pedofilia

24-3-2025 07:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 387| Komen: 2|Original author: tatod

Lindungi-Anak-Anda-daripada-Penderaan-Seksual.jpg


KES sumbang mahram yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini sememangnya membimbangkan ramai ibu bapa.

Malah, seorang bapa turut meluahkan rasa risau apabila adik ipar lelakinya sering mencium anaknya yang masih kecil.

Pengadu meluahkan hal itu menerusi mesej WhatsApp yang dihantar kepada penceramah dan jurulatih keibubapaan, Mohd Fhais Salim.

Mohd Fhais kemudiannya berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar pengadu menerusi akaun Facebook miliknya.

"Assalamualaikum tuan, saya nak minta pendapat dan nasihat. Bagaimana hendak menegur adik ipar lelaki yang sering mencium anak saya.

"Anak saya perempuan. Dan bagaimana cara saya nak beritahu anak saya. Anak saya umur tiga ke empat tahun. Saya nak ajar supaya dia tak disentuh orang bukan mahram.

"Cukup sekadar bersalaman sahaja jika perlu," tulis bapa kepada kanak-kanak itu.

Menjawab pertanyaan itu, Mohd Fhais berkata si bapa perlu menegur perbuatan adik iparnya dan anak-anak juga hendaklah diajar mengenai sentuhan selamat.

"Bagaimana nak tegur? Kalau saya, saya tegur direct saja. Ada batas-batas sentuhan antara lelaki perempuan hatta adik beradik sekali pun tidak boleh berlebihan dalam menyentuh atau mencium berlainan jantina.

"Ini sebagai langkah berhati-hati dan mencegah kita sebagai ibu bapa. Anak-anak perlu dilatih dan dididik tentang sentuhan selamat dan tak selamat," pesan penceramah itu.

images.jpg


Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi nasihat serta pengalaman mereka yang berdepan situasi sama.

"Saya pernah lalui macam ni. Saya ajar anak untuk menolak kalau pakcik dia nak cium dan peluk.
"Saya tak suka betul orang cium budak-budak sebab ramai pedofilia tak boleh dikesan.

"Cium pipi okay lagi, tapi cium bibir tu memang betul-betul nak marah. Aku dan suami pun tak cium bibir anak kami.

"Saya ajar anak-anak dari kecil hanya boleh salam dan cium tangan je, yang lain jangan bagi," tulis netizen.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 24-3-2025 03:06 AM
Tegur je la.. X pun bgtau wife. Biar wife yg tegur
Quote nono86 25-3-2025 07:18 AM
Ko tegur cepat2 la bapak oii.. ko bagi tau bini ko sekali tegur ajar anak benda yang sama.. memang ada sesetengah mak pak dia tak percaya adikbradik dia pedo.. tapi percayalah, ko silap.. adik lelaki bapak aku dulu, cium leher, raba pepek, ikut pi tandas, macam2 la kalau dah sangap.. masa tu bodo lagi budak2 kan.. pikir2 balik sakit hati. Orang sangap ni merata aku hadap,samada strangers, kawan2 sekolah, cikgu, dan famili sendiri. mungkin kat dahi aku ada cop "SILA RABA" kot. Tapi takpe, serah kat ALLAH semuanya..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.144485 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top