CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Nak jadi bini kena bijak” - Wanita puas hati dapat beli baju raya sendiri RM400 sepasang, suami punya RM60 je

21-3-2025 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 699| Komen: 9|Original author: tatod

263.jpg


PERSIAPAN menyambut hari raya termasuk membeli baju baharu menjadi antara perkara yang ditunggu-tunggu setiap kali menjelang Aidilfitri.

Namun, kisah seorang wanita yang membeli baju raya untuk diri sendiri berharga lebih RM400, sementara baju suaminya hanya RM60 mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, wanita berkenaan dengan selamba berkongsi bahawa dia lebih mengutamakan bajunya sendiri dan memilih pakaian yang lebih murah untuk suami.

"Beli baju raya sendiri harga lebih RM400. Lepas tu cari baju raya suami harga RM60 je.

"Rasanya kalau ada lagi yang murah, mesti akan belikan yang murah tu. Nak jadi bini, kena bijak," katanya dalam nada berseloroh.

pkns-630x403.jpg


Namun, tindakan wanita tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen kerana menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak adil.

Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap si suami kerana perbezaan harga pakaian begitu ketara.

"Maaf tapi tak berapa bijak sebab suami yang sediakan semua untuk kita. Jadi apa saja dia nak, beli je. Masa raya biasanya baju Melayu RM200 macam tu je, RM60 mesti kain murah.

"Kasihan suami tu. Kecuali la isteri yang belikan baju suami. Kalau guna duit suami untuk beli baju suami isteri, memang kasihan," komen beberapa netizen.

Ada juga netizen yang tertanya-tanya sama ada tindakan wanita tersebut benar-benar disengajakan atau sekadar gurauan.

"Ini betul ke main-main? Kalau betul, kasihan gila laki tu. Saya ni nak beli baju sendiri mahal-mahal pun rasa bersalah. Ambil yang murah je. Yang suami tak apa la mahal sebab duit dia," ujarnya.

Menyedari perkongsiannya mendapat reaksi negatif, wanita berkenaan tampil menjelaskan sebab mengapa dia membeli baju raya yang lebih murah untuk suaminya.

1447872452.jpg

Menurut wanita tersebut, suaminya sendiri yang meminta agar dibelikan baju murah kerana mahu menggunakan bajet sedia ada untuk membeli dompet baharu.

"Suami sudah pesan, dia nak baju Melayu yang murah sebab tahun ni dia nak guna duit untuk beli wallet... jadi kita cari la yang terpaling murah.

"Suami saya tak nak berbelanja lebih untuk baju Melayu sebab dia akan pakai sekali je. Nanti dia cari baju kasual untuk jadikan baju raya.

"Selalu baju yang kasual dia akan beli sendiri dan lebih mahal daripada baju saya yang RM400 tu," jelas wanita berkenaan dalam balasan kepada salah satu komen netizen.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 20-3-2025 02:54 PM
nk kesian knp kat laki, ptt suami yg sediakan bj.. kan.. dah cukup baik bini tu beli
Quote naina 21-3-2025 12:44 AM
manehnya: nk kesian knp kat laki, ptt su ...


Tu duit nafkah dari suami la kot
Quote naina 21-3-2025 12:45 AM
Tapi memang xelokla camtu..baju rm400 alahai membazir nampak nau KO miskin sebab KO berkira dgn laki KO dgn bagi baju murah2 je. Jauh gila beza harga. Melainkan KO tanggung biawak selayaknya xpayah belikan baju melayu.
Quote Kancilkering 21-3-2025 06:02 AM
laki x kerja ke sampai beli kan baju raya ….
duit sendirik kan…beli je ….sekali utk diri sendiri….org macam ni sure spend n use sampai dua tiga tahun….baru berbaloi roi….
Quote Dysania@72 21-3-2025 10:04 AM
laki dia ok, apedehal...mmg hak dia, alahhhh camni pun isu...haishhh
Quote kucingitam 21-3-2025 10:22 AM
pompuan i nak highlight baju raya dia rm400 tu je sebenarnya.. kang kawan2 sedara mara taktau pulak harga baju dia..
Quote akies 21-3-2025 10:06 PM
Baju mahal2 tu nak melaram ke mana ntah agaknya.
Kalau ada event special di hotel ka..iols pahamla..
Ni setakat balik kampung..cuaca panas lit lit
ketibass teruss
Quote acikonion 22-3-2025 10:41 PM
Jgn ptg tag... Biar org tau hrga baju tu
Quote xflat67 24-3-2025 05:57 PM
mahallah....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.099603 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top