2. Nasi Goreng Bahan-bahan: Nasi putih lebih semalam yang disimpan dalam peti sejuk 2 ulas bawang putih (ketuk) 3 sudu makan cili boh 1 biji telur Garam secukupnya Minyak untuk menumis secukupnya 100gm sawi (potong) 100gm isi ayam (potong nipis) Cara-cara: 1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau. 2. Pecahkan dan masukkan telur, garam, isi ayam dan hirisan sawi. Gaul seketika. 3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata. 4. Angkat dan sedia dihidangkan. 3. Telur Hancur Bahan-bahan: 2 biji telur 1/ 2 biji bawang merah besar (dicincang) 1 sudu makan mayones Garam secukup rasa Sedikit minyak masak untuk menumis Cara-cara: 1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak. 3. Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam. 4. Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda. 4. Ayam Black Pepper Bahan-bahan: 500gm isi ayam (hiris kecil) Daun Bawang Rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga) 3 biji cili merah (hiris memanjang) 1 biji bawang besar (dadu kecil) 5ulas bawang putih (cincang) Halia (hiris halus) 1 sudu teh lada hitam 1 sudu makan sos lada hitam 1 sudu makan kicap pekat manis Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Cara-cara: 1. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering. 2. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis. 3. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit. 4. Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya. 5. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam. 6. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas. 5. Kerabu Crunchy Bahan-bahan: 2/3 cawan (25g) ikan bilis tanpa kepala 1 biji bawang besar 2 tangkai cili api 1 tangkai bunga kantan 1 biji tomato 1 sudu besar perahan limau Cara-cara: 1. Rendam ikan bilis dan goreng sehingga garing dan ketepikan. 2. Hiris halus bawang besar, bunga kantan dan cili api. 3. Kemudian, potong dadu tomato. 4. Gaul semua bahan sehingga rata. 5. Masukkan jus perahan limau serta perasakan dengan sedikit gula secukupnya kemudian sedia untuk dihidang! Sumber: Seismik |