CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Jom Memasak Lihat artikel

Ini tip pilih baju raya wanita

6-3-2025 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24800| Komen: 1|Original author: tatod

1000388028.png



MUSIM perayaan bagaikan sudah menjadi satu acara buat para wanita memperagakan baju raya masing-masing.

Ada yang sanggup berhabis ratusan, bahkan ribuan ringgit untuk sehelai busana semata-mata mahu kelihatan bergaya serta mengikut  trend fesyen masa kini.

Berkongsi tip buat para wanita, perunding imej Wawa Idris berkata, pemilihan rekaan baju perlulah mengikut kesesuaian bentuk badan bagi menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai.

“Kalau jalan nampak macam pakai kimono, suami dah jalan jauh di depan tetapi kita masih tertinggal di belakang,” katanya.

1000388029.png



Ini tiga tips pemilihan baju raya untuk buat mereka yang masih tercari-cari gaya pada pagi raya.

1) Baju dengan rekaan lengan labuh atau panjang
Fesyen baju yang labuh dan lengan 'berekor-ekor' pada bahagian tangan tak sesuai digayakan oleh wanita bergelar ibu.

Walaupun kelihatan cantik namun rekaan berkenaan menyukarkan pergerakan apatah lagi ketika mendukung anak kecil.

2) Baju ketat

Pakaian dengan potongan sendat pula seharusnya dielakkan terutamanya ketika menziarahi sanak-saudara pada pagi Raya.

Mana tidaknya, rekaan tersebut bukan sahaja tidak selesa untuk digayakan malah ia turut menampakkan bentuk badan si pemakai.

Bukan itu sahaja, ada yang sanggup mengambil jalan mudah dengan memakai korset atau bengkung semata-mata mahu memastikan baju berkenaan muat untuk disarung.

3) Baju beropol-ropol

Pemilihan rekaan baju perlulah mengikut bentuk badan si pemakai  supaya pakaian yang disarung terletak cantik pada tubuh.

Tidak semua wanita sesuai mempergakan baju dengan lengan atau baju beropol-ropol kerana bimbang dia bakal kelihatan gempal dan kurang elegan.


Sumber: mStar



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan20002 7-3-2025 03:40 PM
test jap..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.131699 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top