Ramai yang suka masak ikan cencaru secara bakar kerana isinya yang begitu manis dan sedap. Selain dibakar, anda juga boleh buat Ikan Cencaru Sumbat Sambal yang sedap di rumah.
Ikan Cencaru Sumbat Sambal sering jadi pilihan lauk di kedai nasi campur dan ada rahsia untuk jadikannya lebih sedap. Apabila makan, selera pun boleh terangkat dibuatnya.
Perkongsian resipi oleh BellaNasz Nasz di Facebook sangat menarik untuk anda jadikan sebagai sajian buat keluarga tersayang di rumah. Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru (gaul dengan kunyit dan garam)
15 tangkai cili kering (direbus)
3 biji cili merah besar
1 biji tomato (tak nak letak pun boleh)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia dan 1 biji limau nipis
3 helai daun limau purut (carik-carikkan)
1 biji bawang besar
1 biji tomato (dihiris)
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kisar cili kering bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan tomato.
2. Selepas itu, kisar tapi jangan sampai halus sangat.
3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut sampai pecah minyak.
4. Seterusnya, perasakan gula, garam dan sedikit perahan limau nipis.
5. Masukkan bawang hiris dan tomato, kemudian sumbat sambal di bahagian belakang ikan.
6. Akhir sekali, boleh bakar atau goreng ikan sampai garing. Siap untuk dihidang!
Tak kisahlah nak bakar atau goreng sekalipun, tapi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ini cukup memikat selera kerana rasa masam, manis dan pedasnya kena dengan citarasa.
Jika anda ingin mempelbagaikan resipi untuk hidangan di rumah, boleh ganti ikan cencaru dengan menggunakan jenis ikan lain seperti bawal, kembung, siakap dan banyak lagi.
Selamat mencuba!
Sumber:MyResipi
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|