CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 739|Reply: 8

[Jenayah] Sembang Seram Bila Ditipu Kontraktor Kawan Baik Sendiri #DITTOStudio [ Lebur RM400k! ]

[Copy link]
Post time 12-7-2026 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by borne at 12-7-2026 08:19 PM



Pelakon Safwan Nazri meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dirinya mengalami kerugian besar akibat diperdaya seorang kontraktor rumah yang juga merupakan kenalan rapatnya sendiri. Perkongsian tersebut dibuat menerusi Instagram Story miliknya dan mendapat perhatian ramai kerana melibatkan jumlah kerugian yang sangat besar.

Menurut Safwan, dia telah membuat bayaran penuh kepada kontraktor berkenaan bagi menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian rumah. Namun, projek itu didakwa terbengkalai sebelum individu terbabit menghilangkan diri tanpa sebarang penyelesaian.

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada kontraktor tersebut mencecah RM400,000.



Safwan menjelaskan kerja pengubahsuaian yang diminta sebenarnya tidak terlalu besar. Ia hanya melibatkan penambahan ruang di bahagian belakang rumah serta pembinaan sebuah bilik kecil.

Bagaimanapun, projek itu didakwa mengambil masa sehingga dua tahun tanpa sebarang penyelesaian yang memuaskan.

Lebih mengecewakan, Safwan mendakwa dia terpaksa melantik kontraktor baharu bagi membaik pulih semula rumah tersebut selepas mendapati hasil kerja sebelum ini tidak memuaskan.



Disebabkan keadaan itu, dia perlu mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM200,000 bagi menyiapkan semula projek berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Safwan memaklumkan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar Letter of Demand (LOD) kepada syarikat kontraktor terbabit sebagai tuntutan ganti rugi.

Namun begitu, menurutnya sehingga kini individu berkenaan masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap tuntutan tersebut.

Malah, Safwan turut mendakwa kontraktor berkenaan dipercayai mengelak daripada menerima surat tuntutan yang dihantar.



Perkongsian Safwan Nazri ini menjadi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memilih kontraktor, walaupun individu tersebut merupakan rakan atau kenalan sendiri.

Bagi projek pengubahsuaian yang melibatkan nilai tinggi, setiap urusan sewajarnya dibuat secara bertulis dengan kontrak yang jelas, jadual pembayaran, skop kerja yang terperinci serta bukti transaksi yang lengkap. Langkah ini dapat membantu melindungi kedua-dua pihak sekiranya berlaku pertikaian atau kelewatan sepanjang pelaksanaan projek.

Selain itu, pemilik rumah juga digalakkan membuat semakan latar belakang syarikat, rekod projek terdahulu serta mendapatkan beberapa sebut harga sebelum membuat keputusan. Tindakan ini mampu mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan atau projek terbengkalai yang akhirnya menyebabkan kerugian kewangan yang besar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2026 03:23 PM | Show all posts
ko yang cerdik sangat..gi bayar sedebuk
bayar ikut progress  
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2026 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 12-7-2026 10:32 PM

Tak ada agreement ke dengan contractor?

Lebih baik ko cari tukang kampung kampung atau Madura je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2026 03:41 PM | Show all posts
ini memang serammmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 12-7-2026 03:23 PM
ko yang cerdik sangat..gi bayar sedebuk
bayar ikut progress

Percaya kat kawan...agaknya dia ingat xkanlah kawan dia nk tipu dia,sekali tengok rupanya kawan dia tu spesies ular
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ^CUN_GILA~. at 15-7-2026 09:07 PM



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2026 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 12-7-2026 03:23 PM
ko yang cerdik sangat..gi bayar sedebuk
bayar ikut progress

betull jgn bayar habis terus. kena tegas cakap ada progress baru bayar. lagi satu kena selalu visit site tuk pastikan dia buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani mati ko bayar kontraktor segedebuk
Org bayo ikut progress
Takpe la..satu pelajaran mahal utk ko sentiasa beringat, sapa saja boleh menipu, even kwn baik sdr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2026 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg byk kes jadi mcm ni. Kawan ke adik beradik ke.. bila berkaitan duit kena la proper tak boleh percaya bulat2. Unless byk duit niat nak sedekah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.086962 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list