CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1269|Reply: 17

Kalaulah beban boleh dipindah, saya hendak tanggung - suami Abby Abadi

[Copy link]
Post time 7-7-2026 11:48 AM | Show all posts |Read mode



Suami Abby Abadi, iaitu Faizal Zakaria mengakui sedih melihat isteri terus berdepan kecaman di media sosial sehingga terpaksa memendam kepedihan ditanggung.

Menerusi hantaran TikTok, Faizal atau mesra disapa Jai menggambarkan Abby sebagai wanita yang memilih menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman.

"Bila sebut nama Abby Abadi, siapa tidak kenal dan siapa tidak tahu. Dalam pelbagai pujian, terselit cacian. Tetapi, tidak mengapa, sentiasa memaafkan sebab mereka mungkin tidak kenal dan tidak pernah berada dalam lingkungan ini.

"Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang. Keluhan yang sentiasa dipendam. Walaupun sentiasa senyum, saya tahu hati sayang sentiasa menangis.

"Luka yang tidak akan pernah hilang parut. Sayang, saya sentiasa doakan sayang hingga akhir hayat saya," tulisnya.

Tidak sanggup melihat isteri terus menanggung kesedihan, Faizal berkata, dia sanggup memikul beban yang ditanggung Abby jika itu mampu mengembalikan kebahagiaan insan tersayangnya itu.

Faizal turut mengakui bimbang jika dia dijemput Ilahi terlebih dahulu kerana memikirkan siapa yang akan sentiasa berada di sisi Abby ketika berdepan dugaan.

"Kalaulah segala beban itu boleh dipindah, saya hendak tanggung. Saya cuma hendak sayang gembira dan tidak bersedih lagi. Saya bukan insan yang nampak hebat di luar tetapi saya tetap menjadi hebat untuk sayang.

"Saya takut kalau Allah panggil saya pulang lebih awal daripada sayang. Siapa yang akan dengar segala apa yang sayang hadapi, sentiasa ada ketika sayang sedih dan memeluk untuk tenangkan sayang.

"Moga anak-anak, Daiyan, Dayana dan Darda menjadi peneman serta penenang sayang di kala sedih nanti. Merekalah pengganti saya," katanya. penuh emosi

Faizal turut berdoa agar segala urusan Abby dipermudahkan dan setiap pengorbanan isterinya itu dibalas dengan ganjaran terbaik.

"Sayang ada saya dan anak-anak. Apabila tiba masanya kita pergi jauh, jom kita hijrah. Ada masanya tempat kita duduk ini sudah tidak sesuai untuk kita," katanya.

Luahan itu dipercayai berkait rapat dengan kemelut hubungan antara Abby dan anak keduanya, Marissa Dania, iaitu hasil perkahwinan dengan bekas suami, Norman Hakim, yang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Abby atau nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan, 49, mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada Ogos 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2026 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
oman oman omannn - bakyah abadi 2026
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2026 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakinya Jai ni kerja apa ya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2026 04:11 PM | Show all posts
CurangLagi replied at 7-7-2026 03:41 PM
Lakinya Jai ni kerja apa ya?

baru ni nampak tok lakinye memang buka company eletrik sendiri kot. jai tech solutions.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2026 04:43 PM | Show all posts
Orang kalau banyak beban takdelah sibuk mengundang public ulas cerita dalaman rumah tangga kan menambah serabut. Mungkin daripada sibuk fikir pasal beban apakata fikir pasal tanggungjawab, mana tanggungjawab  awak sebagai toklaki Bakyah eh, dia macam tak reti jaga keharmonian rumahtangga segala dirty laundry daripada zaman tok kaduk pun dijaja? Tak fikir ke aib dan kestablilan mental anak-anak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2026 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah pun berjodohan... Till jannah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2026 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara jai dgn oman mcm langit n bumi, sbb tu mkcik ni smpai skunk xpuas hati. iols tgk oman tlg ank dia masuk asrama pun iols ngetaste..untung memek
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 10:36 AM | Show all posts
walaupun jai nampak slow, biasa-biasa, nampak akur, nampak menurut je pergi vacation, nampak beralah...tapi iols rasa jai ni macam stay lama ngan kak bakyah, sebab dia pegang softspot bakyah. Harapnya takde drama cakar-cakar lah macam anak ikan dulu tu yang kawin kejap tu. Jai pun duda banyak tanggungan kan? tu yang dia malas into the scene sangat kot..

yang Daiyan, Dayana dan Darda ni anak angkat Bakyah ke? ramai nau amik anak angkat..kata hidup susah nak tanggung biawak kandung 3 ekor tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2026 12:27 PM | Show all posts
soh yebbi move on jer ... mesti selesai masalah. lepaskan semua jaga diri sendiri dan laki jer . anak dan beso dah tiba masa tumpu pada disi sendiri sahaja. nak layan drama anak dan keluarga lagi satu hanya menambah masalah. bawa diri jer lah yebbi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baayah dh x nmpk dh kebaikan Jai.Yg dia nampak nk jadik kaya je
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 09:52 AM | Show all posts
Gi lah jaga bini tu btul2, ni asek mroyan psl ex je. Org pun tngok ko "pandang serong", dh ada laki tpi msih mrempan psl ex
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 09:54 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 8-7-2026 10:36 AM
walaupun jai nampak slow, biasa-biasa, nampak akur, nampak menurut je pergi vacation, nampak beralah ...

Lah, duda juga ke? Ptutlh x ambil pusing bab bini sndri asek mrempan psl ex. Jgn jdi doormat sudah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 10:01 AM | Show all posts
KBW2 replied at 7-7-2026 04:43 PM
Orang kalau banyak beban takdelah sibuk mengundang public ulas cerita dalaman rumah tangga kan menam ...

Yg ni btul, slama ni sheol asek mrempan psl ex, up post mcm2, Jai ni xde rsa malu ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 11:41 AM | Show all posts
Edited by prince_marhaen at 13-7-2026 05:48 PM
gideoncross replied at 13-7-2026 03:54 PM
Lah, duda juga ke? Ptutlh x ambil pusing bab bini sndri asek mrempan psl ex. Jgn jdi doormat sudah ...

Haah kalau tak silap masih ada tanggungan anak-anak sekolah lagi rasanya.
Ada la nampak sekali dua je kot Bakyah post pasal anak laki dia. Most of the time pun takde mention, maybe exwife laki dia tak suka dia campur kot.

Laki dia skrg ex-wartawan HARAKAH PAS


https://www.mstar.com.my/spotlig ... 14/abby-abadi-nikah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 10:50 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 14-7-2026 11:41 AM
Haah kalau tak silap masih ada tanggungan anak-anak sekolah lagi rasanya.
Ada la nampak sekali dua ...

Pelik, laki Abby yg skrg ni pling x kisah bila Abby asek mrempan psl ex. Klau laki org lain, dh lama tinggalkn bini yg asek mrempan psl ex
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2026 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 14-7-2026 11:41 AM
Haah kalau tak silap masih ada tanggungan anak-anak sekolah lagi rasanya.
Ada la nampak sekali dua ...

Jai punya ex wife dah meninggal dunia chuols. Anak dara heols tinggal ngan nenek belah sana rasanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2026 11:01 AM | Show all posts
makcun14 replied at 14-7-2026 11:34 PM
Jai punya ex wife dah meninggal dunia chuols. Anak dara heols tinggal ngan nenek belah sana rasany ...

Eh..kenapa Jai tak jaga anak sendiri? Ni dok sibuk jaga anak angkat pulak. Takut dengan yebbey ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
CurangLagi replied at 7-7-2026 03:41 PM
Lakinya Jai ni kerja apa ya?

Dulu Acikpor kata keje pasang2 CCTV camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.078518 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list