|
View: 921|Reply: 14
|
[Tempatan]
Jual Durian Tak Pakai Baju Kembali...
[Copy link]
|
|
|
Edited by YgBenar at 16-6-2026 09:05 PM
Pernah tular di media sosial kerana tampil menjual durian tanpa memakai baju, pemilik gerai Durian Papa Muda akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik video promosi yang mencuri perhatian ramai itu.
Pemiliknya, Muhamad Hairul Hafiz berkata, pendekatan luar biasa tersebut hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran bagi menarik perhatian pelanggan ke gerai duriannya.
Malah, dia mengakui masih meneruskan gaya promosi berkenaan kerana ia dilihat berjaya membantu meningkatkan perhatian orang ramai terhadap perniagaannya lapor Gempak.
Jelas Hairul apa yang dikongsikan di media sosial hanyalah sebahagian rutin ketika mereka memunggah durian di bawah cuaca yang panas.
“Rasanya biasa sahaja apabila golongan lelaki membuka baju ketika bekerja di bawah panas terik.
“Kami pun tidak mahu baju terkena peluh ketika proses memunggah buah durian keluar dari lori.
“Sepanjang melakukan jualan, kami berbaju. Bukan kami mahu mempromosikan tubuh badan atau unsur tidak senonoh.
“Cuma apa yang dipaparkan di media sosial disalah ertikan sesetengah pihak,” katanya seperti dipetik Gempak.
Bagaimanapun dia tidak mengambil hati dengan kecaman yang dilemparkan, baginya apa yang penting adalah kualiti buah mereka sentiasa terjaga.
Dalam masa sama Hairul memaklumkan impak daripada populariti yang diraih dua tahun lepas menyebabkan perniagaan mereka mampu menjana jualan sehingga sekitar RM10,000 sehari.
Hairul turut berkongsi dia berdepan pelbagai cabaran termasuk dikhianati oleh individu yang dipercayai.
“Paling sedih apabila orang yang kita percaya pun cuba mengambil kesempatan. Namun, saya anggap ia sebagai dugaan dalam perniagaan.
“Semua itu proses untuk saya belajar dan memperbaiki strategi,” katanya.
Tegas Hairul, pekerja di sana sudah dianggap seperti keluarga dan sebolehnya dia tidak mahu ada perkara yang melemahkan semangat pekerjanya.
“Perniagaan ini bukan melibatkan saya seorang sahaja. Semua kakitangan yang bekerja saya sudah anggap seperti keluarga.
“Jadi, saya tidak boleh patah semangat apabila berdepan ujian. Biarlah saya sendiri yang menanggung kesusahan itu,” katanya lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
impak daripada populariti yang diraih dua tahun lepas menyebabkan perniagaan mereka mampu menjana jualan sehingga sekitar RM10,000 sehari.
and who can blame them!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
You do you bang
Though geli .... rupa dan body below par
Bole dpt 10k sehari ye?
Kalau korean idols like mingyu or Jackson Wang yg shirtless entah berapa pula dpt sehari
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu bang @pooh~key laju je bila ada thread mcm ni diam je  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pisanggoreng replied at 16-6-2026 09:56 PM
Selalu yang buat macam ni tak kena censored kali ni kena censored sebab ada payudara tek layut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 16-6-2026 11:09 PM
and who can blame them!
This is interesting sissy. And akak wonder, ada statistik tak percen yang beli ramai laki2 kah pompuan2 kah sissy?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 17-6-2026 06:19 PM
selalu bang @pooh~key laju je bila ada thread mcm ni diam je
Bangpooh akui bangpooh dah mula hilang minat nak terjah cari porum, dekjitu… ini pun bangpooh terjah cari porum sat sebab nak tengok komen2 dekjitu…  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 18-6-2026 02:24 PM
Kak @pooh~key oii.. This is for U!
“ Bagaimanapun dia tidak mengambil hati dengan kecaman yang dilemparkan, baginya apa yang penting adalah kualiti buah mereka sentiasa terjaga.”
Yang penting kualitas “buah” mereka senantiasa terjaga katanya sissy tumpang oiii…  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 19-6-2026 09:00 AM
Bangpooh akui bangpooh dah mula hilang minat nak terjah cari porum, dekjitu… ini pun bangpooh ter ...
mcm tanda2 nak berubah je tu 
kembali ke pangkal jalan
masih belum terlambat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila:
bapa Msian...mak indon.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
memandangkan harini hari jumaat maka aku kecam dalam ati jer laa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|